Bulan Ogos, bulan kemerdekaan semakin hampir kepenghujung. Kemuncak bulan ini ialah sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut pada setiap tahun. Cuma sambutan beberapa tahun kebelakangan ini aku lihat agak suram berbanding sewaktu aku remaja dahulu. Waktu itu perarakan memang akan dibuat secara besar-besaran. Aku selalu juga terlibat didalam pererakan ini.
Sekarang kemeriahan sambutan hari merdeka agak berkurangan. Mungkin kerana kemelut ekonomi dan juga kemelut politik yang masih membelenggu negara kita Malaysia.
Walau apa pun situasinya, Hotel GrandBluewave Shah Alam (GBWHSA) tetap akan mengadakan promosi sempena hari yang bersejarah ini yang sudah pun memasuki usia 59 tahun. Seperti juga di tahun-tahun lepas, GBWHSA akan datangkan pelbagai menu khas sempena tarikh bersejarah 31hb Ogos.
Promosi Hi-Tea Hari Merdeka @ Restoran Royale Songket GBWHSA
Pelbagai menu bakal disajikan untuk anda dan keluarga serta rakan-rakan pada hari yang bersejarah nanti. Antaranya:
Pembuka Selera / Appetizers
Untuk membuka selera anda, anda mempunyai banyak pilihan untuk dicuba. Assorted Fresh Mesclun Salad, Grilled Vegetables, Dill Marinated Salmon, Roasted Chicken Breast, Assorted Crudities, Pelbagai Sandwich dan Sotong Kangkung pasti membuka selera anda sebelum menikmati hidangan berat yang lain.
Untuk anda yang memilih permulaan makanan yang hangat, anda boleh menikmati Sup Kacang Hijau dan Sup Szechuan yang didatangkan sekali dengan pelbagai roti.
Menu utama
Kemudian anda anda bolehlah mengorak langkah untuk mencuba menu yang lebih berat. Pilihan menu seperti Laksa Johor, Puyuh Goreng Berempah, Udang Goreng Mentega, Asam Pedas Ekor Lembu, Japanese Fried Udon dengan Cendawan Chitake, Daging Masak Hitam Pulau Pinang, Chinatown Yong Tau Foo, Penang Char Kuey Teow dan pelbagai jenis Dim Sum sudah pasti akan mengujakan anda. Lebih menarik lagi, Murtabak Durian dan Jagung Stim dengan Butter Milk turut dihidangkan sekali.
Di satu sudut yang lain pula ada gerai untuk menyediakan Burger Daging Tarik dan Pasta. Menu di gerai ini disediakan bergantung kepada order. Pelanggan yang ingin menikmati menu ini hanya perlu memaklumkan kepada chef di situ dan menu anda akan disediakan secara ‘live’.
Dessert
Sebagai penutup makan tengahari anda, jangan lupa menikmati dessert-dessert enak yang telah tersedia untuk anda. Ada Cream Caramel, Jelly Buahan, Cheese Tart, Cream Brulee, Hot Vanilla Puding, Bubur Cha Cha, Caramel Pop Corn, dan banyak lagi.
Minuman
Anda mempunyai pilihan untuk menikmati minuman kordial yang menyegarkan, Teh tarik, Teh dan Kopi.
Haaa… menarik tak? Bestkan…!
Harga
Untuk Dewasa: RM68.00+
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM45.00+
Kanak-kanak (4-11 tahun): RM35.00
*semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST.
Tarikh: Hanya sehari iaitu pada Hari Merdeka, 31 Ogos 2016
Masa: 12.00 tengahari – 4.00 petang
Venue: Restoran Royale Songket, Groud Floor, Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Komen eXplorasa
Saya dah rasa kebanyakan menu yang disebutkan di atas semasa food review baru-baru ini. Memang semuanya sedaop-sedap belaka. Banyak menu feveret saya yang ada. Salmon, Sup Szechuan, Puyuh Goreng Berempah memang saya tak akan lepaskan. Yang pertama kali saya cuba adalah Asam Pedas Ekor Lembu. Tak sangka sedap! Selama ni saya makan Sup Ekor Lembu jer.

Untuk yang punya kelapangan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga maupun rakan-rakan sambil makan tengahari, anda boleh pertimbangkan untuk ke sini.
Untuk sebarang tempahan pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi:
Restoran Royale Songket: 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613
Selamat menjamu selera!!!
Marilah sama-sama mengingati bahawa kesatuan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai satu bangsa
~ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama
Boleh tahan menunya. Tapi awat sehari ja harga tu?
dah namanya promosi merdeka. hr merdeka sehari je kaaan.
Kenapa saya tengok gambar-gambar ni semua nampak kabur?… Adakah disebabkan mata saya, atau gambar ni memang kabur?
Anuar recently posted…Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
mungkin gambar kabur kot… terkompress
Gambaq kena tgk balik ke.. seab terlalu asyik tgk makanan ni bamhoq?
sampai fokus melampau buka blog abg..
Lapa ni tgk blog abam hoq…
teh tarik ada, burger daging tarik pun ada 🙂
Amir Mazlan recently posted…Cara berniaga online di Instagram yang sebijik macam stail gerila
Kenapa gambar macam pecah-pecah je, kurang jelas tengok
Khairul Zamri recently posted…Apply Kad Debit Maybank Secara Online
yup… ada kesilapan teknik sikit. nnti aku tukar gambar lain. belum ada masa…