Bulan Sibuk Untuk eXplorasa

Trip ke Sungai Lembing

Pintu gerdang pekan Sungai Lembing (pic: google)
Pintu gerdang pekan Sungai Lembing (pic: google)

Ya… Bermula hari ni.. Bermulalah bulan dan minggu yang sibuk buat eXplorasa. Saat entri ni ditulis, saya sedang menunggu kereta blogger Afiq untuk bergerak ke pahang.

Besok eXplorasa dan 15 orang lagi blogger kbba mendapat jemputan merasai sendiri pengalaman yang saya jangka amat mengujakan di xcape resort Sungai Lembing Pahang. Semua penginapan, makan dan aktiviti menarik di sana ditaja oleh Xscape Resort.

Program sebenar bermula pada pukul 8 pagi pada hari sabtu di Sungai Lembing. Tapi oleh kerana kami semua daripada KL, kami khuatir tidak sempat sampai di Sungai Lembing seawal waktu yang dijanjikan maka kami bertolak awal.

Malam ini kami menginap di homestay balok perdana. Tempahan dibuat saat akhir. Jadi homestay dah banyak yang tak available. Tak banyak pilihan. Duduk jer homestay memana pun. Janji dapat rehatkan badan kejap malam ni sebelum terlibat dalam aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak esok hari.

Apa-apa pun saya akan ceritakan pemgalaman di sana apabila balik nanti.

Muslim Trip ke Kyushu Jepun

pemandangan di Sanganen Kagoshima, salah satu tempat yang bakal kami lawati nanti (pic: google)
pemandangan di Sanganen Kagoshima, salah satu tempat yang bakal kami lawati nanti
(pic: google)

Balik daripada berekreasi di Sungai Lembing, ada masa berehat seminggu sebelum pergi trip lagi. Trip yang ni saya pergi jauh sikit. Saya dan beberapa blogger melayu yang lain dijemput oleh Japan Tourism untuk membuat review tentang Muslim Trip ke Kyushu. Trip yang ni memang saya tak sabar nak pergi.

Almaklumlah.. Dah lama tak dipanggil untuk trip sebegini ke luar negara. Yang paling akhir saya pergi trip macam ialah ke Jawa Tengah, Indonesia tajaan Air Asia.

Saya akan berlepas pada 1 Oktober 2016 dan akan balik semula ke Malaysia pada 6 Oktober 2016. Nanti dah dekat tarikh berlepas saya akan kongsi ittenerary di sana. Memang best dan cantik tempat-tempat yang bakal saya dan rakan blogger lawati nanti jika anda membuat carian di Google.

Balik dari trip ke Jepun, rehat lagi seminggu. Bukan rehat sebenarnya. Sebab banyak entri-entri berkenaan trip tu yang perlu disiapkan. Nak pilih gambar dan nak cerita tu memerlukan perahan otak yang agak kronik tu… Hehehe.

Review Health Centre di Phuket

Phuket Thailand. (pic: google)
Phuket Thailand.
(pic: google)

Lepas tu saya dan 3 lagi blogggers daripada Kelab Bloggers Ben Ashaari (termasuk Ben Ashaari) akan berlepas ke Phuket. Kami dijemput oleh PR daripada Turki untuk review pusat kesihatan di sana. Pusat kesihatan bertaraf dunia ini adalah tempat eksklusif bagi sesiapa yang ingin mengikuti program kesihatan dan diet. Pelbagai pakej yang menarik dan efektif disediakan di sini. Dan yang pasti kos setiap satu-satu pakej adalah premium.

Saya juga akan share di entri yang akan datang.

Ok.. Afiq dah hampir sampai. Saya stop dulu dan fokus kepada trip ke Sungai Lembing dulu. Moga trip ini nanti dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Aameen!

Bye!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ