Tahniah Mat Dan! Dah Jadi Icon Pelancongan Negeri Terengganu Mung..!

Siapa yang tak kenal Mat Dan (Dialek Terengganu: Mat Dang), jejaka ‘mat saleh’ yang bukan sahaja fasih berbahasa melayu malah bertutur dalam loghat Terengganu.

Pemuda yang diberi nama Mohammad Kareef Daniel Abdullah (selepas memeluk agama Islam) ini berasal daripada Britol, England ini dah menetap selama 10 tahun di negeri Terengganu. Beliau juga telah mendirikan rumahtangga dengan rakyat negeri Terengganu dan telah pun mempunyai seorang anak.

Mohammad Kareef Daniel Abdullah aka Mat Dan

Dengan kepetahannya bertutur dalam loghat Terengganu yang pekat, beliau pantas menjadi icon dan ‘influencer’ di media sosial. Setakat entri ini ditulis followers instagram Mat Dan dah mencecah lebih 800 Ribu orang.

Kini Mat Dang dilantik menjadi icon pelancongan negeri Terengganu yang memang terkenal dengan pulau-pulau dan pantai-pantai yang antara tercantik di dunia.

Pemilihan itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini dengan objektif yang lebih besar iaitu supaya Mat Dan dapat mempromosikan negeri Terengganu ke luar negara khususnya ke United Kingdom dan Eropah.

Pada aku, pemilihan Mat Dan sebagai icon pelancongan negeri Terengganu ini amat tepat. Dengan kebolehannya sebagai influencer yang mempunyai ramai followers di media sosial, Mat Dan akan lebih mudah menyalurkan maklumat untuk mempromosikan bidang pelancongan yang merupakan antara sumber pendapatan utama negeri Terengganu.

Good luck Mat Dan.

P/s: tengah cari peluang untuk berborak dengan Mat Dan ni..

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI LAUNCHES THE MATEPAD PRO MAX, HEADLINING ITS LATEST...

Together with the HUAWEI nova 15 Max, WATCH KIDS X1 Series and WATCH GT...

HUAWEI nova 15 Max ARRIVES IN MALAYSIA: THE ALL-MAX...

Combining all-day battery life, dependable durability, immersive entertainment, and stylish design for modern lifestyles KUALA...

Kenapa Gaya Klasik/Bobber Sentiasa Menawan Hati Walaupun Banyak Superbike...

Dunia permotoran hari ini didominasi oleh angka, data, dan spesifikasi yang kadangkala membuatkan kita...

THE NEW HUAWEI WATCH FIT 5 SERIES, WATCH ULTIMATE...

The latest lineup combines advanced wellness technology, premium craftsmanship, and expressive design, bringing a...

HUAWEI ALL-SCENARIO TECHNOLOGIES

Reflecting a growing shift towards everyday movement and more mindful approaches to staying healthy. KUALA...

WORK LIGHTER, TRAIN SMARTER AS HUAWEI INTRODUCES TWO NEW...

Redefining what compact devices can do, from productivity to performance. KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2026...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge