Buffet Ramadhan 2019: Best Western i-City Shah Alam

Alhamdulillah… eXplorasa dijemput lagi oleh Hotel Best Western i-City Shah Alam untuk menjamu selera di buffet Ramadhannya pada tahun ini.

Ini adalah jemputan review buffet Ramadhan pertama yang aku boleh sertai setelah beberapa jemputan terpaksa ditolak dek kerana bertembung dengan perkara lain.

Aladdin and The Malaysian Treasures @ The View Cafe Best Western i-City Shah Alam

Seperti tahun-tahun terdahulu, tahun ini juga The View Cafe menjadi tempat berlangsungnya buffet Ramadhan 2019.

Aku memang suka The View Cafe ni. Sebabnya ia ada tempat tertutup dan terbuka. Nak rasa aircond boleh makan kat dalam. Nak nikmati udara luar boleh makan kat luar walaupun meja kat luar sikit dan sedikit kecil.

Yang paling ‘ohsem’ adalah tika matahari mula terbenam. Kalau cuaca menyebelahi korang, korang akan menikmati satu pemandangan ‘sun set’ yang cantik. Jadi makesure korang datang awal ke sini bulan puasa nanti.

Tema tahun ini adalah Aladdin and The Malaysian Treasures. Ini adalah kerana tahun ini The View Cafe menyerikan lagi suasana dengan menambahkan elemen sentuhan arab kepada lebih 160 jenis makanan Malaysia.

Tarikh Buffet Ramadhan: 6 May – 3 Jun 2019

Menu-menu Buffet Ramadhan The View Cafe i-City Shah Alam

Ya.. Bermula bulan puasa nanti korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis menu termasuklah appertizers, salads, sup, hidangan utama, pencuci mulut, gerai masakan secara langsung dan yang paling ditunggu-tunggu, Durian Kampung.

Durian dan Nangka turut disediakan untuk pengunjung

So nanti korang bolehlah mulakan buka puasa korang dengan sup yang beraneka. Antaranya Sup Kambing Berempah, Tomyam Seafood, Sup Lobak Putih Udang Kering, Sup daging Ketam dan jagung, Krim Cendawan,
Sup Ramuan Akar Teratai, Soto Madura dan banyak lagi.

Hidangan utama yang bakal dipersembahkan kepada pengunjung pula adalah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Hitam, Kambing Varuval, Ayam Masak Berempah, Udang Sambal Tumis Petai, Labu Madu Bakar, Lamb Shoulder dengan Sos Mint, Daging Madu Teriyaki, Kambing Lada Hitam, Irish Lamb Stew, Beef Stroganoff, Bamboo Clam berlada, Ikan Setam Tauchu dan bermacam lagi.

Ikan Stim Tauchu

Sebanyak 13 gerai yang memasak secara langsung akan dibuka. Penggemar Rojak Campur, Okonomiyaki, Teppanyaki, Shawarma, Pasta Station, Bolognaise, Char Kuey Teow Lala, Ikan Bakar, Lamb Shoulder, Sliced Beef, Otak-otak, Yong Tau Fu, Murtabak dan Kambing Perap Bakar boleh menikmati menu kegemaran mereka ini secara panas-panas.

Nasi Arab
gerai ini akan menyediakan makanan hanya apabila diminta. Jadi makanan terjamin segar dan panas
Ikan Bakar
Kambing Perap Bakar

Untuk pencuci mulut pula, korang boleh menikmati Ais Krim, Kuih Muih Melayu, Puding Roti, French Pastries, beraneka mousse, Agar-agar, Chocolate Fountain, Baklava, Tapai, Dodol, dan pelbagai jenis pencuci mulut lagi.

Nanti kat lobby hotel, korang akan dapat melihat satu mini Rumah Melayu siap dengan pelita, buluh dan lemang untuk mengimbas kembali kenangan korang sewaktu kat kampung dulu.

Cabutan bertuah

Untuk meyemarakkan lagi keriangan, cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah untuk dimenangi pada setiap malam. Hadiah-hadiah termasuklah baucar Hi-Tea, diskaun bilik hotel, penginapan di hotel dan macam-macam lagi hadiah menarik.

Early Bird Special dan Tempahan

Harga Buffet Ramadhan The Aladdin and The Malaysian Treasures ini ialah RM119 Nett untuk dewasa. Manakala untuk warga emas dan kanak-kanak pula ialah RM69 Nett.

Untuk korang yang inginkan lebih keistimewaan, korang boleh cepat-cepat buat tempahan. Dapatkan harga Early Bird iaitu pada harga RM99 Nett untuk dewasa.

Nak lebih jimat lagi, korang tempah terus untuk 9 orang. Setiap tempahan berbayar untuk 9 orang, korang layak mendapat 1 tempahan secara PERCUMA.

Antara menu yang aku sempat sumbat ke dalam perut..

So tunggu apa lagi. Tempahan dah dibuka bermula 13 Mac sehingga 30 April 2019.

Sila hubungi:

Tel: 03-55219000
Emel:
enquiry@bestwestern-icity.my – untuk tempahan individu.
sales@bestwestern-icity.my – untuk tempaham berkumpulan.

Selamat menikmati juadah berbuka puasa di The View Cafe Best Western i-City Shah Alam.

1,048 total views, 10 views today

2 Comments

  1. Mama Kembar Tiga March 20, 2019
    • sohoque March 21, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: