
Pada awal penubuhan eXplorasa dahulu, kami telah mendapat jemputan untuk kali pertama bagi mempromosikan penerbangan Air Asia dan Taman Tema Legoland di Johor.
Ya. Air Asia telah memberikan kepercayaan kepada eXplorasa untuk berkongsi pengalaman menaiki pesawat Air Asia daripada Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Senai, Johor.
Bersama-sama Air Asia ialah Legoland Resort yang menaja hotel yang sangat best dan Taman Tema Legonya.
Memang amat berbangga kerana walaupun agak baru di dalam niche Travel dan Food ini, ada pihak yang telah sudi menjemput dan memberi kepercayaan kepada kami.
Hari ini, setelah beberapa bulan eXplorasa menyelesaikan tugas dengan baik mempromosikan Air Asia dan Legoland, kami dijemput lagi oleh Air Asia. Kali ini tripnya adalah ke luar Malaysia.
Ya… eXplorasa dijemput menyertai Media FAM Trip ke Jawa Tengah oleh Air Asia Indonesia. Terima kasih kepada Air Asia dan Air Asia Indonesia. Terima kasih kepada Tune Insure juga kerana melindungi kami sepanjang trip tersebut.

Trip ke Jawa Tengah kali ini disertai oleh 3 orang blogger dan 3 orang wakil media. Bloggers yang yang mengikuti trip ini ialah eXplorasa, Ruby.my dan Ally (daripada Singapura). Manakala wakil media ialah Lee (Sing Chew Jit Poh), Evelyne/Missyblurkit (Majalah Santai) dan Khairul Ashraf/Ayyap (News Straits Times).
Ini adalah ittenarary yang telah kami lalui:
AIRASIA INDONESIA FAM TOUR ITINERARY
14-19 November 2014
Jumaat, 14 November
08.30 Tiba di Lapangan Terbang Ahmad Yani, Semarang (KUL-SRG AK0328)
10.15-13.30 Lawatan Bandar Semarang:
Bangunan Lawang Sewu Building
Kuil Sam Poo Kong
Makan Tegahari di restoran tempatan
13.30-14.15 Ke Ambarawa
14.15-14.45 melawat Muzium Keretapi Ambarawa
14.45-15.00 Ke MesaStila Hotel & Resort
15.00-16.00 Melawat Ladang Kopi MesaStila Hotel & Resort
16.00-16.30 Ke Magelang
16.30 Check in Hotel Artos Aerowisata, Makan Malam, & rehat
23.00 Ke Chandi Borobudur
Sabtu, 15 November
00.00-03.00 Menghadiri “200 Tahun Commemoration of Borobudur Temple Discovery” – Record baru dunia Hari Wisnu, bermain 300 lagu Jazz & Broadway dan bermain paling banyak 13 daripada instrumen kayu dan angin
Kompleks Kuil Borobudur
03.00-08.00 Balik hotel & rehat
08.00-09.00 Sarapan di hotel
09.00-09.30 Pendaftaran dan ambil Pek Larian
Grand Artos Mall
09.30-15.00 Melawat Bandar Magelang:
Muzium Widayat
Borobudur Perak
Kuil Borobudur
Muzium Samudraraksa
Makan Tengahari di Restoran Tempatan
15.00 Baik ke hotel & rehat
18.00 Ke Prince Manohara Resort
18.30-22.00 Menghadiri “Festival Jazz Borobudur” & “Jamuan Makan Malam Larian Antarabangsa Borobudur 10K (Borobudur International 10K)”
Prince Manohara Resort
Ahad, 16 November
05.00 Ke garis permulaan Larian Antarabangsa Borobudur 10K
Lumbini Park, Kompleks Kuil Borobudur.
06.00-10.00 sertai Larian Antarabangsa Borobudur 10K
*sarapan disediakan di majlis tersebut
Prince Manohara Resort
10.00 Balik ke hotel & check-out
11.00 Ke to Dieng Plateau
*makan tengahari di restoran tempatan di perjalanan
15.00 check-in di Alex rehat
Acacia HomeStay
19.00 Makan Malam di home stay
Isnin, 17 November

03.00-06.00 Ke Puncak Gunung Sikunir menyaksikan matahari naik dengan cahaya keemasan
06.00 Balik ke homestay
07.00-08.00 Sarapan di homestay
08.00-12.00 Meneroka Dieng Plateau
12.00-13.00 Balik ke home stay, makan tengahari, check-out
13.00-18.00 Ke Solo
18.00 Mendaftar masuk Hotel – Syariah Hotel
20.00 Makan malam di restoran tempatan
Selasa, 18 November
07.00-08.00 Sarapan di hotel
08.00-15.00 Melawat Bandar Solo:
Puro Mangkunegaran
Pasar antik Triwindu
Kampoeng Batik Laweyan
Sangiran Early Man Site/Muzium
makan tengahari di restoran tempatan
15.00-17.00 Ke Semarang
17.00 Daftar masuk Hotel
@Home/Horison Hotel
19.30 Dinner Simpang Lima
Rabu, 19 November
06.30 Sarapan di hotel & check-out
07.30 Ke Ahmad Yani airport
09.00 Berlepas ke Kuala Lumpur
SRG-KUL AK0329
program tamat

FAM Trip ini memang sarat dan padat dengan program. Namun dalam keletihan memang seronok dan teruja dengan tempat-tempat menarik yang telah dilawati.
Lawatan ke tempat menarik berserta tempat makan yang best di Jawa Tengah akan menyusul di entri yang lain. Tungguuu…!
Alhamdulillah, rezeki dari Allah swt.
Nikmat mana yang dapat di dustakan. Banyak berjalan luas pandangan
Mazni Azmi recently posted…Tudung Labuh Koshibo Daisi Beli Online Murah
Alhamdulillah, rezeki dari Allah swt.
Nikmat mana yang dapat di dustakan. Banyak berjalan luas pandangan. Kawasan candi borobudur tu berkabus sampai macam tu ya
Mazni Azmi recently posted…Tudung Labuh Koshibo Daisi Beli Online Murah
yang namak berkabus tu sbb gambar tu diambil pd pkl 3 pagi.. masa kami ke sana utk menyaksikan upacara keagamaan di situ
HUrmmm…. gua tunggu gambar gadis / wanita indon dan makanan kat sana jer… hihihii
hazman aka species1980 recently posted…Jom cuba makanan Food Truck Fiesta sempena ulangtahun pertama HungryGoWhere
gambar makanan ada.. gambar gadis gua simpan sendiri.. #eh
Terbaik tuan..
Seronok traveling ni kan..
Experience benda baru..
ya.. memang seronok.. lebih2 lagi percutian ditaja.. 🙂 alhamdulillah
niche travel and food e? hmm… idea… idea… hehehehehe
Alongxp recently posted…Bloglist berkategori
hehehehe… tu la.. combine pun ok tu..
wow..memang rezeki boleh datang dalam berbagai bentuk. syok juga dapat berjalan bila ada yg sponsor nie. hehe.
Oja Samid recently posted…Penyakit Cagu Sembuh Tanpa Rawatan?
mmg sgt syok oja samid. syukur!!
Awesome… I rindu pulak Borobudur ni… huhuhu
miera recently posted…Great hair starts with Aveda
I pun dah rindu ni.. walaupun baru balik.. hehehe
wah untungnya dapat join FAM trip selalu macam ni..tahniah tuan. Murah rezeki!
Siti travelog recently posted…Suka duka 2014
alhamdulillah.. rezeki… syukur padaNya kerana nikmat ini
cantiklah kat Bukit Batu Pandang Angin tuuuu
memang cantik… hilang segala penat lelah mendaki apabila terpandang pemandangan yang cantik kat situ
cantiklah kat Bukit Batu Pandang Angin tuuuu
jardness recently posted…Trekking to Rainbow Waterfall, Sg Lembing, Pahang
memang cantik terutama bila matahari mula keluar. cahayanya keemasan di celah2 pergunungan merapi
wah menarik. percutian yang rasanya meninggalkan kenangan yang manis tambahan diberi peluang oleh Air Asia
aRz MoHa recently posted…Wordless Wednesday #20 | Sedih Sangat
memang best percutian tu. sampai skrg tak habis tulis lg kisah percutian tu