Restoran Aroma Hijrah, Sebab Kenapa Anda Mesti Singgah

restoran nasi arab
Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya Shah Alam

Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya Shah Alam

Sudah 2 tahun saya kenal restoren ini. Sejak saya kenal memang selalu jugak saya dan keluarga ke sini untuk menikmati hidangan nasi arab antara yang terbaik pernah saya rasa.

Kebiasaan kami akan bertandang ke sini bersama keluarga apabila ada tarikh penting yang kami sambut seperti hari lahir, berbuka puasa, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

Kali ini eXplorasa dijemput melalui food blogger Hazman Fadzil untuk sesi food review di sini. Terima kasih atas jemputan. Turut mendapat jemputan selain eXplorasa dan hazman fadzil adalah sifu wordpress, Abang Graphic Hero, Abang Naga, dan deqnoor.

Parkir

saya sampai 30 minit awal daripada masa yang dirancang kerana lokasinya yang tidak berapa jauh daripada rumah saya. Perkara pertama yang perlu dibuat apabila sampai ialah mencari parkir kereta. Kawasan restoran ini jika anda datang pada waktu puncak seperti waktu makan tengahari, kebiasaanya agak susah untuk mencari parkir. Namun tengahari itu saya bernasib baik kerana saya tidak menunggu lama untuk mendapat parkir. Parkir di depan restoran ini telah dikosongkan.

Susun atur

Setelah semua sampai, kami masuk ke dalam restoran ini. Sekali pandang, memang teratur susun atur restoran ini. Ada dua bahagian lot kedai yang bersambung membentuk satu restoran yang besar. Bahagian sebelah kanan baru diambil alih untuk membesarkan lagi restoran ini untuk menampung kebanjiran pelanggan.

makan bersila
kami pilih tempat makan bersila

Di bahagian tepi ada disediakan kawasan untuk pelanggan yang memilih untuk makan bersila. Ada meja rendah disediakan untuk memudahkan acara makan. Kawasan istimewa ini dihias dengan tema arab siap dengan langsir dan kusyen untuk lapik punggong atau bersandar. Tempat ini boleh memuatkan 8-10 orang untuk satu-satu bahagian. Ada 3 bahagian kesemuanya. Anda dinasihatkan menempah terlebih dahulu jika merancang untuk menggunakan tempat ini.

pangkin nasi arab
tempat yang dikhaskan untuk duduk bersila

Menu Nasi Arab

Tiba masa makanan dihidang. Seperti mana lazimnya restoran nasi arab yang lain, antara pilihan men nasi arab di restoran ini ialah nasi Kabsah, Mandy dan Maqlubah.

Untuk sesi review kali ini kami dihidangkan dengan set combo A. Hidangan ini boleh dimakan 4-5 orang untuk orang Malaysia. Jika orang arab hidangan ini boleh dihabiskan hanya 2 orang makan.

nasi arab
Set Combo A

Set combo ini adalah set campuran di mana ia terdiri daripada nasi Mandy, Kabsah dan Maqlubah. Ia didatangkan bersama 1 bahagian Ayam Panggang, 1 bahagian Ayam Masywi, 1 bahagian Kambing panggang, 1 bahagian Kambing Kabsah/Mandy, salad dan Sos Nasi Arab.

ayam nasi arab
lauk campuran antara ayam dan kambing
sayur nasi arab
sayuran
sos nasi arab
sos nasi arab
sup nasi arab
sup yang disertakan sekali

Menurut pemilik restoran ini, Tuan Aminuddin Resab, resipi nasi arab di restorannya dipelajari daripada Chef Ammar, salah seorang chef yang ternama di Malaysia.

owner restoran aroma hijrah
Pemilik Restoran Aroma Hijrah Tuan Aminuddin Resab dan isteri

Jika anda baru pertama kali datang bertandang ke sini, ada baiknya jika anda memilih set combo ini. Ia adalah kerana anda akan dapat menikmati pelbagai menu masakan Nasi Arab dalam satu set.

Minuman

Untuk minuman pula anda boleh cuba Nenas Asam Boi (pilihan saya) ataupun pelbagai pilihan jus buahan yang lain. Jangan bimbang, semua sedap-sedap belaka. Ataupun anda boleh pilih minuman ringan Barbican. Minuman ini terbukti sesuai dengan menu makanan di restoran ini.

pineapple asam boi
Nenas Asam Boi
soft drink
Barbican

Dessert

Oh ya, jangan lupa mencuba pelbagai jenis aiskrim di restoran ini sebagai dessert anda. Mengikut tuan punya restoran ini, aiskrim memang menjadi hot items di sini. Jualannya mengalahkan kedai aiskrim biasa.

Alamat dan Lokasi

  • Alamat: No 6, Jalan Opera H u2/H,TTDI Jaya,
    Shah Alam, Malaysia
  • No Telefon: 0378321524 or 0126544838 or 0126644639
  • Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam

Komen eXplorasa

Sejak kenal restoran ini 2 tahun lepas, ia memang dah jadi salah satu restoran nasi arab kegemaran saya. Pada saya rasanya agak berbeza daripada restoran nasi arab yang pernah saya singgah.

Tidak keterlaluan jika saya katakan restoren ini adalah antara restoran nasi arab yang paling best dan sedap pernah saya singgah. Harganya pun tak ada la mahal sangat. Harga kebiasaan untuk menu nasi arab.

Jom ke Restoran Aroma Hijrah!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ