
(kredit: elisay93.blogspot.com)
Sudah lama aku follow facebook page Burger Bakar Abang Burn (BBAB). Cuma aku belum berkesempatan untuk singgah dan cuba menu di sini.
Minggu lepas apabila eXplorasa mendapat jemputan untuk membuat review di cawangannya di Seksyen 7 Shah Alam, aku terus setuju. Inilah peluang untuk aku merasa sendiri keenakan rasa burger yang menjadi bualan ramai selama ini.
Lokasi
Terletak berhampiran dengan UITM, tempat ini memang menjadi tumpuan orang ramai terutama pelajar.
Parking memang menjadi masalah jika anda bertandang di waktu-waktu puncak. Anda mungkin terpaksa pusing beberapa kali untuk mendapat parkir. Namun ianya bukan penghalang buat peminat burger seperti aku.

Aku sampai agak awal. Sementara menunggu food blogger yang lain sampai, sempatlah tangkap gambar sekitar restoran ini.

Burger 50 sen dan Promosi Burger RM5!
Semakin menghampiri jam 10 malam semakin ramai pelanggan yang datang. Mana tidaknya, malam itu adalah malam istimewa yang mana burger yang biasanya berharga RM7.50 telah diturunkan harga kepada RM0.50 sahaja.

Burger bersaiz seperti biasa hanya berharga RM0.50 sen!!! Memang tak masuk akal! Seorang pelanggan dihadkan hanya boleh membeli satu burger sahaja dengan harga tersebut.
Promosi ini hanya dibuat untuk satu malam pada malam itu sahaja. Ia bertujuan menjadi pembukaan dan pengenalan kepada burger biasa yang akan diturunkan harga kepada RM5 selepas malam itu.
Tidak hairanlah semakin larut malam, semakin ramai yang datang ke restoran ini dan mengambil tempat dalam barisan yang panjang.

Burger RM5
Pelanggan BBAB akan dapat membeli burger yang mereka suka pada harga hanya RM5 pada setiap hari di waktu-waktu promosi seperti berikut:
- 6 petang – 8 malam
- 10.30 malam – 12 tengah malam
Harga tetap topping

BBAB yang biasa boleh ditambah dengan pelbagai topping. Untuk promosi ini pelanggan boleh menambahkan pelbagai topping kepada burger mereka dengan harga RM5 sahaja.
Ini bermakna harga paling mahal untuk anda memndapatkan burger yang suka dengan penambahan pelbagai topping hanya RM10 sahaja. Tidak lebih daripada itu. RM5 untuk burger dan RM5 untuk tambahan topping.
Petisyen Turun Harga
Setiap perniagaan perlukan keuntungan untuk terus bertahan dan memberikan yang terbaik untuk pelanggannya. Keuntungan ini boleh terhasil dengan 2 cara:
1. mengenakan harga yang agak tinggi kepada pelanggan.
2. Menurunkan harga dan memperbanyakkan volume jualan.
BBAB menggunakan pakai strategi yang kedua yang mana ianya memberikan keuntungan kepada BBAB dan juga penjimatan kepada pelanggannya.
Cara ini sebenarnya adalah lebih bijak untuk mwnambat hati para pelanggan.
Jadi untuk menurunkan harga burger di jajahan-jajahannya yang lain, BBAB perlukan data pelanggan yang mahu membeli burger dengan harga yang rendah.
Oleh itu BBAB telah melancarkan satu petisyen untuk pelanggan mengisi sedikit data untuk membolehkan BBAB menurunkan harga burger secara berperingkat berdasarkan permintaan dalam petisyen.
Jajahan yang mempunyai permintaan paling banyak untuk diturunkan harga akan dilaksanakan strategi ini terlebih dahulu.
Sila isikan borang petisyen di sini:
>>Â http://www.abangburnturunharga.gr8.com/Â <<
untuk menyaksikan banyak lagi jajahan BBAB menurunkan harga burgernya.
Menu BBAB
Sementara menunggu detik jam 10 malam kami diberikan sedikit taklimat tentang BBAB dan tentang promosi terbaru restoran ini.

Kami kemudiannya dihidangkan dengan menu-menu daripada menu BBAB seperti Beef Meatballs, Beef Burger, dan Chicken Burger.
Beef Meatball with Cheesy Wedges

Menu ini sempat aku rasa pada malam itu. Memang terbaik rasanya. Bebola dagingnya lembut dan juicy. Kaya dengan sosnya yang tersendiri dan dihidangkan dengan Cheesy Wedges, aku menghabiskan satu hidangan tanpa sedar.
Ini adalah menu wajib cuba selain daripada pelbagai jenis burger yang ditawarkan.
Beef Burger with Mushroom

Menu sampai tepat apabila aku baru sahaja habis menelan biji terakhir bebola daging. Perut sudah penuh.
Walaupun nafsu masih lagi menggoda aku sudah makan lagi burger tersebut, tetapi akal menahan sambil mencadangkan ada baiknya jika aku bungkus dan membawa pulang untuk makan setelah perut sudah sedikit kosong.
Rasionalnya adalah jika makan semasa perut sedang kenyang, pasti komen aku akan bias kerana rasa makanan semasa perut kenyang memang berbeza semasa perut kosong.
Crispy Chicken Burger

Menu ini aku lihat agak menggiurkan. Tetapi aku hanya mampu melihat. Memang mustahil untuk aku mencuba kesemuanya.
Jadi menu ini aku masukkan ke dalam senarai mesti cuba jika bertandang lagi ke sini.
Ketahui cara buat duit dengan Bisnes Burger
Cawangan/jajahan BBAB
Antara cawangan dan jajahan BBAB ialah:
- Ampang
- Kajang
- Nilai
- JB,
- Seremban,
- Seksyen 7 Shah Alam,
- Klang,Melaka,
- Pasir Gudang,
- Cheras – Bandar Sri Permaisuri,
- Kuantan,
- Danau Kota,
- Kemaman,
- Selayang
Komen eXplorasa:
Kesimpulan yang boleh aku buat ialah memang berbaloi membelanjakan wang anda di sini. Dengan saiz burger yang besar, pelbagai menu, harga yang murah terutama dalam waktu promosi dan yang paling penting adalah rasanya yang enak, restoran ini boleh lah anda masukkan ke dalam list restoran yang boleh anda lawati secara kerap. Berbaloi dengan nilai wang anda.
Selamat menjamu selera di Restoran BBAB.
Info BBAB:
Burger Bakar Abang Burn @ Section 7 Shah Alam
PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor
Opening hours: 12pm – 12.30am
Facebook: https://www.facebook.com/abangburn
Website: http://www.abangburn.com
Burger Bakar Abang Burn adalah Burger Bakar paling lazat dan terpantas di Malaysia. Hanya 5-15 minit sahaja untuk setiap order. Burger Bakar Abang Burn confirm panas tak ingat!
Source: http://www.abangburn.com/inilah-burger-bakar-abang-burn/
Review oleh sohoque pada .
Rating:
terbaikkkkk… dan nampak mantap lah… leleh!!!!
KiD recently posted…Giveaway Kontes Kembara ke Turki
jom pekena burger bakar abang burn lagi
terbaik burger bakar abang burn.
sos kejunya yang meleleh dan harganya yang berpatutan.
kereta sewa shah alam recently posted…Kereta Sewa Shah Alam
yup.. mmg berbaloi-baloi
aduhai…terliur betul tgk burger tue. happynya, kat jb pun ada cawangan. ^_^ akan cuba dicari nnt. hehe.
Oja Samid recently posted…5 Kebaikan Vitamin E untuk Kulit
50 sen boleh beli 10 biji sekaligus 🙂
ikhwan recently posted…Panduan Mendaftar Latihan Separa Perubatan Di SPA
tp dia hanya limitkan seorg 1 burger je. hhehehehe
Boleh ler abam Ishak Ismail blanja yer… hu hu hu
boley bro… no problem.. hehehe
Oh tidakkkkk…x bleh tahan tgok burger tu..boleh demam woooo…
hahahaha… jom serbu burger ni..!!!