Menu Krismas Istimewa Di Pak John Steamboat ECurve

Restoran steamboat halal di sekitar Petaling Jaya

Mencari restoran untuk menikmati menu masakan steamboat tidak sesusah mana. Saya boleh saja sebut beberapa restoran yang menyediakan masakan ala steamboat dalam beberapa saat. Tetapi yang menjadi sedikit masalah untuk Muslim adalah nak mencari restoran steamboat halal. Malah ini bukan untuk yang mencari stemaboat halal di sekitar PJ (Petaling Jaya) sahaja malah sukar untuk mencari kriteria ini di tempat lain sekali pun.

Dalam pencarian Restoran steamboat halal untuk direview bagi tatapan dan panduan pembaca, eXplorasa telah mendapat jemputan daripada Restoran yang beroperasi di pusat membeli belah eCurve. Jemputan datang melalui Halim Brothers yang merupakan rakan promosi Pak John Steamboat.

eXplorasa menerima jemputan dengan hati yang terbuka kerana kami pernah membuat review untuk restoran ini di cawangannya di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Pada masa itu restoran ini sedang menunggu keputusan daripada pihak JAKIM untuk meluluskan sijil permohonan status halal untuk restorannya. Tetapi melihat kepada bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu steamboat pada masa itu, kebanyakannya ada chop halal, walaupun sesetengahnya bukan daripada JAKIM.

pak john steamboat ecurve damansara
pelbagai pilihan menu di restoran pak john steamboat & Yong Tao Foo eCurve Damansara

Menu sempena sambutan Krismas

Kali ini restoran ini mengadakan promosi sempena sambutan hari krismas. Pelbagai menu baru diperkenalkan. Sebanyak 10 menu diperkenalkan khas untuk promosi ini.  Jom kita tengok menu-menu yang kami sempat cuba pada malam itu.

1. Baked Potato with Mince Beef

kentang dengan daging cincang

2. Garden Herb Potato Salad

kentang salad pak john steamboat

3. New Zealand Rib Eye With Black Pepper Sauce

rib eye pak john steamboat petaling jaya

4. Christmas Island

menu pak john steamboat petaling jaya

5. Bountiful Hearty Rice

nasi oreng pak john ecurve

6. Grilled Slice Chicken With Creamy Spaghetti

spaghetti ayam pak john steamboat

7. Ramen Vongole Ole

spaghetti seafood pak john steamboat

8. Seafood Bread Loaf

roti seafood pak john steamboat

9. Grill Sutchi Fillet

fillet sutchi pak john steamboat petaling jaya

10. Black Tangerine Chicken

kepak ayam pak john steamboat

Hot Pot Steamboat

Selain daripada menu di atas kami turut dihidangkan dengan Hot Pot Steamboat yang terdiri daripada rangkuman daging, sayuran, makanan laut dan premium item yang lain. Untuk promosi ini yang diadakan sempena perayaan Krismas, satu sup khas diperkenalkan. Sup yang dimaksudkan adalah Creamy Butter Broth. Memang lain dari yang lain rasanya. Anda mesti cuba jika ke restoran ini.

bahan steamboat pak john

sup putih pak john
Hot Pot Steamboat dengan Creamy Butter Broth

Hot Plate / BBQ

Pak John Steamboat memang terkenal dengan pelbagai pilihan bahan untuk di panggang bersama menu steamboat. Untuk promosi ini, Chef Melvin telah menambah lagi beberapa bahan untuk dipanggang iaitu Coffee Beef, Tangerine Beef, Black Pepper Beef, Sweet Soya Beef, Coffee Chicken, Tangerine Chicken, Black Pepper Chicken, Ginger Chicken, Sweet Soya Chicken, Lemongrass Chicken and Spicy Fish Fillet.

Menikmati menu-menu yang dipanggang ini ada satu kepuasan yang dirasa. Ia adalah kerana iniah pertama kali kami menikmati daging dan ayam yang diperap dengan pelbagai perasa seperti perasa kopi, limau, halia, lada hitam dan lain lain lagi. Memang sangat mengujakan.

ayam diperap tangerine

ayam halia

ayam lada hitam

Creamy Butter Broth

Bilik VIP yang dikhaskan untuk review menu sempena krismas Pak John Steamboat
Bilik VIP yang dikhaskan untuk review menu sempena krismas Pak John Steamboat
steamboat paling best di petaling jaya
Bloggers Khusyuk menikmati steamboat yang best

Ais Krim

dessert
pelbagai pilihan air krim sebagai penutup hidangan

Komen eXplorasa

Bagi sesiapa yang sedang mencari restoran steamboat halal di sekitar daerah Petaling jaya (PJ) khususnya, kami cadangkan agar anda mencuba restoran ini. Selain halal ia adalah antara restoran steamboat yang paling best di Petaling Jaya. Anda pasti teruja dengan pelbagai pilihan menu steamboat dan bahan untuk BBQ.

Kami yakin anda juga seperti kami yang akan datang lagi selepas mencuba menu-menu di restoran ini.

Lokasi

Alamat:

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, E Curve
2A, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

10:00 am – 10:00 pm

Peta lokasi:

Lain-lain info

Facebook: Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
No Telefon: 012-705 0684

Rating

pak john steamboat & Yong Tao Foo eCurve Petaling Jaya
Review oleh eXplorasa pada .
Rating: 4.7

Nota tambahan:

Restoran ini telah berjaya mendapat sijil Halal daripada Jakim awal tahun 2015. (dikemaskini pada 01 Mac 2015)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ