Kali ini saya kongsikan resepi ayam masak merah. Sebenarnya saya tak tau pakar masakan buat resepi ayam masak merah ni macamana. Haha. Resepi ni saya agak-agak jer. Tapi sebab kesudahannya menjadi elok dan rasanya sedap, saya kira menjadilah tu menu ni untuk saya dan keluarga.
Masak sendiri
Tidak saya sangka artikel saya Resipi Ayam Masak Kicap Mr Mama yang saya terbitkan di sini mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Sebabnya saya bukanlah pakar masakan. Setakat masak yang simple-simple seperti Ayam Masak Kicap, Ayam Gulai dan resipi ini yang bakal saya kongsikan kejap lagi, boleh la.
Saya masak pun untuk makan sekeluarga saja. Harapan saya sedikit sebanyak dapat meringankan beban isteri yang sudah kepenatan seharian berkerja. Nasib baik la anak-anak saya suka masakan saya.
Lagipun saya puas hati kalau masak sendiri ni sebab saya boleh buat ikut citarasa tekak saya. Lagi satu, kalau masak sendiri ni saya boleh selitkan dengan doa-doa ketika di dapur untuk kebaikan keluarga saya semasa memasak tu.
Saya yakin aura doa yang terkena pada lauk masakan tadi akan dapat menghasilkan sesuatu dengan izin Allah. Kata orang tua-tua air tangan ibubapa ni berkat.
Di waktu cuti sekolah ini saya memang hampir setiap hari memasak untuk anak-anak yang saya tinggalkan di rumah. Oleh kerana saya ni bukan pakar seperti pakar masakan Che Mat Gebu, saya akan gilirkan menu-menu masakan yang saya tau masak tu. Sekurang-kurangnya tak der lah anak-anak bosan makan lauk yang sama. Hehehe.
Ok, pagi tadi sebelum keluar berkerja sempat la buatkan lauk ayam masak merah yang amat simple tapi best. Betul! Anak-anak saya cakap best papa dia masak. Hehehe.
Resepi Ayam Masak Merah
Resepi ini hanya sesuai digunakan oleh orang bujang ataupun orang yang nak masak simple serta ringkas sahaja. Yang suka masak dengan hiasan bagai tu tak sesuai kot dengan resepi yang serba ringkas ni,
Bahan-bahan resepi ini:
- Separuh ekor ayam yang dipotong sederhana besar.
- 2 sudu besar cili kisar (jika nak kurangkan pedas cukup 1 sudu sahaja. Cuma nanti kurang merah jadinya kuah ayam masak merah yang simple ni)
- 2 atau 3 sudu besar bawang (saya dah kisar sekali bawang merah bersama bawang putih siap-siap)
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan bawang tadi sehingga timbul bau wangi
- Tunggu beberapa ketika dan masukkan ayam.
- Gaul tumisan dengan ayam tadi.
- Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Saya selalunya akan lebihkan air sebab anak-anak suka lauk yang berkuah.
- Masukkan garam
- Besarkan api dan tunggu seketika
- Selepas itu kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan selama 30 minit.
- Sementara tunggu tu jenguk-jenguk la masakan tu sekali sekala.
- Kemudian tutup api dapur dan resepi Ayam Masak Merah ini siap untuk dihidangkan.
Mudah bukan?. Bahan-bahan resepi ini amat mirip dengan resipi Ayam Masak Kicap. Hanya keluarkan kicap sahaja daripada bahan resepi.
Kepada yang nak cepat, nak yang simple ataupun ringkas dan tak mahu libatkan bahan-bahan yang banyak, bolehlah cuba resepi ini yang saya namakan Resepi Ayam Masak Merah Mr Mama ini. Cepat, ringkas dan sedap!
Selamat mencuba resipi ini ya!
p/s: Oh ya… Kalau korang nak resepi kuih, korang boleh terjah entri: Resepi Kuih Keria Gula Melaka ni. Kuih ni viral bebaru ni…
Baca juga: Laser Jeragat
tetiba petang ni lapor la pulak..
AUC recently posted…Anugerah Nasyid IKIM.FM 2014
apa lagi bos, masok la.. heheheh
boleh try hie bila dh nak cepat sgt. kalau nk kena goreng ayam dulu mmg renyah sikit kan..
Oja Samid recently posted…Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil
hahaha. tak payah goreng. masak macam tu jer. simple. rasa pun best!!!
Bestnyer. Kena pulak dengan nasi panas..memang terangkat…:-)
Sani Sini Sana recently posted…Antara Aktiviti Menarik di Shah Alam Bulan Ini!
huhuhu.. tu la. blh habis 2 pinggan nasi wooo
Sepertinya nampak sangat sedap, sayang saya tidak suka daging ayam.
wildan recently posted…Perbaikan Kulit Malam Hari
ayam itu boleh juga diganti dengan daging lembu
i’m not interested with malay dishes but when my friend say that malay food was delicious i would like to learn about it .. exactly i don’t understand what you wrote .. but my friend can translate it to me .. so i hope you can write more dishes abaout it .. thank you
Kalau aym digoreng dulu mmg amik masala..saya suka masak cili tu lama2..nnt dia rs sdp gila..cewah..ni petua org bg. Masak cili biar lama2.
Jom jln2 ke blog akak. Salam ukhuwah
yup betul tu.. masak cili lelama bangkitkan bau dan rasa
Kalau saya masak ayam masak merah saya tak pernahh pakai Cili Kisar dan sebaliknya saya gunakan Sos Cili Maggi dan juga Sos Tomato Maggi supaya rasanya masam dan manis 🙂 simple resipi you got there..nak cuba juga pakai cili kisar hehehe
oooo.. cuba try resii sy ni.. tgk yg mana lagi best
Apa bisa diganti menu selain ayam?
rahadian recently posted…Perbaikan Kulit Malam Hari
bisa aja.. daging jugak bisa
Wau i mau try la. Resepi unto nasi tomato
silakan!!!!
Wah boleh tu saya cuba, saya dah cari cari resep itu.
hehehe..
Slm sis klau sy nk buat kuah lebih…ok ke sy ltak minyak msak lbih ckit…sy ltk air byk kmnkinan bminyak x ye
letak minyak banyak berminyak sikit la.. letakkan bawang lebih untuk pekatkan kuah..