Hari ini aku menjadi Mr Mama. Isteriku ke Pulau Pinang menyertai Pencarian Harta Karun anjuran pejabatnya. Dua peluang menghadiri seminar menambah ilmu bisnes online terpaksa aku lupakan. Keluarga lebih utama daripada segalanya.
Bagus juga menjadi Mr Mama ni sebenarnya. Ia dapat merapatkan lagi perhubungan dengan anak-anak. Bayangkan saban hari kita berkerja, keluar awal pagi dan balik lewat petang. Mcam aku ni kadang-kadang balik lewat malam. Masa untuk anak-anak pun agak terhad. Jadi masa ini lah aku dapat meluangkan masa bergurau senda dengan anak-anak. Memang terasa kemesraan yang semakin erat.
Lagi satu, semasa menjadi Mr Mama ni boleh sekali sekala aku menjenguk dapur. Anak-anak harus disuap.Bukan tak boleh nak bawa anak-anak makan kat restoren. Cuma rasa kurang best sikit. Sebabnya, Ifza masih kecil. Susah juga aku nak kawal dia. Nak tumpu pada makanan lagi. Nak layan Iffah lagi. Jadi lebih baik makan kat rumah saja.
Boleh je kalau nak beli dari restoren dan makan kat rumah. Tetapi apa salahnya kalau cuba masak kat rumah ye tak? Bahan-bahannya dah ada. Tinggal usaha kita saja lagi. Lagi satu air tangan ibubapa ni lebih berkat untuk bagi anak-anak makan.
Jadi tengahari tadi aku masakkan untuk anak-anak Ayam Masak Kicap. Resipi Ayam Masak Kicap ini tidak lah dirujuk kepada mana-mana buku resipi maupun mana-mana blog resipi. Ia hasil daripada pemerhatian dan sedikit tunjuk ajar daripada isteri lama dahulu. Resipi ini bukanlah sehebat resipi Ayam Masak Kicap Majalah Karangkraf.
Bahan-bahan resipi :
Separuh ekor ayam yang dipotong sederhana besar.
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar bawang (aku dah kisar sekali bawang merah bersama bawang putih)
kicap manis secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan bawang tadi sehingga timbul bau wangi
- Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi mengikut citarasa anda
- tunggu beberapa ketika dan masukkan ayam.
- Gaul tumisan dengan ayam tadi.
- Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Anak-anak aku memang suka kuah banyak
- Masukkan garam
- Besarkan api dan tunggu seketika
- Selepas itu kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan selama 30 minit.
- Aku suka rasa yang seakan hangus sedikit. Jadi aku biasanya tak tambah air banyak sangat dan akan biarkan sehingga kuah macam nak kering dan ada bau macam hangus sedikit.
- Lepas tu tambah air sedikit lagi sambil gaulkan ia.
- Hasilnya akan lebih sedap dengan rasa hangus sedikit.
- Kemudian tutup api dapur dan siap untuk dihidangkan
Untuk hidangan makan tengahari tadi aku tambah lagi satu menu iaitu telur dadar.
Siaplah makan tengahari aku dan anak-anak tadi. Tiada menu sayuran kerana anak-anak aku memang tak makan sayur. Ikut perangai aku masa kecil dulu kot. aku dulu pun tak suka makan sayur. Bila sudah dewasa ni barulah suka sayur-sayuran hijau.
Kepada yang nak cepat dan tak mahu libatkan bahan-bahan yang banyak, boleh lah cuba resipi Mr Mama ini. Cepat, ringkas dan sedap.
Besok ada sehari lagi aku menjadi Mr Mama. Sekarang boleh update blog sebab si kecil Ifza sedang tidur. Kena cepat siapkan entri sebelum beliau terjaga. Selamat mencuba resipi yang aku namakan Ayam Masak Kicap Mr Mama. Hehehehe.
Untuk resipi Ayam Masak Merah yang simple dan ringkas tapi sedap, boleh klik:
p/s: Nak resepi kuih keria yang viral? Klik entri: Resepi Kuih Keria Gula Melaka ni…
Nice….. lepas nie amik gambar bro pakai apron pulak yea….
hazman aka species1980 recently posted…HAZMAN vs FOOD – Majlis Jamuan Minum Petang di Pejabat
hahahaha.. reti ke aku pakai apron ek.. hahahah
ambik la gambar tuan mr.mama tu sekali…baru gempak sikit…haha
Jamian Sarif recently posted…Impian Menjadi Realiti di KidZania.
Mr mama dah nak ambik gambarnya itu hari tp x der apron. X gempak ar
walaupun simple mesti sedap ni.
ainun recently posted…Ebook Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
hehehehe.. ok la.. janji anak sy cakap sedap.. hahaha
Terima kasih atas resipi tuan. Saya pelajar tahun pertama di UK. Masih belajar utk memasak. Sebentar tadi saya masak guna resepi tuan. Alhamdulillah, terlibat pedas tapi terbaik. Hehe.
hahahaha.. senang kan? resepi org bujang.. simple..! tp ok.. heheheh
*terlebih
thx resipi nii…btw daa test…huhhh mmg sedap…cayalahh!!!!
Hahahaha. Thanks. Walaupon simple tp best jugak kan?
As salam.. Trime kaseh trdahulu kepade tuan pnye resepi.. Mintak halal resepi nye.. Saye dh cbe mask ikut resepi ni.. Sgt mudah dn nemang ringkas.. Sye suke kan nye…
hahaha.. mudah kan.. sgt simple. moga dpt beri manfaat
tq dan mintak halal ilmu mr. Mama
ok… moga anda boleh buat yang lagi baik daripada saya
Terima kasih atas resepi nya. .
sama-sama. moga sama-sama dapat manfaatnya
salam
wassalam
wow dan terima kasih
sama-sama. moga sama2 dpt manfaat
ayam tu kena goreng dulu ke x ek?
ada orang goreng dulu. tp saya tak goreng pun. masak mcm tu jer pun dah sedap. lagipun kalau goreng dulu lambat.
Mr.mama tak goreng dulu k ayam tu?
tak perlu goreng Fairuza.. leceh. Ni ayam masak kicap ringkas ni. 30 minit jer siap. sambil2 tunggu nasi masak jer blh buat ni
nasi kukus ni kalau lauknya best memang sedap la…
sy pon tiru resepi tu…sedap hehe..
hahahaha.. sedap kan? yg lbh ptg ringkas dan mudah dimasak
rase nye dy xd masok kan perkataan goreng…so x yah goreng la kak
mlm ni aq nk cuba la masak ayam kicap brother ni :3
Mohammad Nor Sahalan II ya betul bro.. tak yah goreng.. kalau goreng tak best dan jd tak simple. hahaha
yeszaaa.. dipersilakan.. kalau nak kick lg, letak kicap tu lebih sikit tau
hahahah.. selamat mencuba.. gerenti best!
wow
moga bermanfaat
Siti Syakira wassalam
terima kasih @adia aida kerana sudi mencuba
terima kasih Harith Ismail Shahlan kerana sudi mencuba
sama-sama Noi Nunoi Noii
Masakan akak ni mmg sdap dn simple….sy da cuba..
hahahaha.. saya bukan akak.. sy lelaki.. hahaha
ok malam ni nak masak untuk sahur la…hehehehe…
Suriaamanda recently posted…Paedophilia Spesies Manusia Rare..
hahahha… best wooo.. main campak-campak jer