Nasi Lemak Bangsar Railway Cafe

Warung Nasi Lemak Bangsar Railway Cafe bukanlah restoren yang besar. Hanya sebuah warung kecil tetapi aku suka singgah di sini. Sebab utama mungkin kerana ia dekat dengan pejabat syarikat Unit Trust aku bernaung. Jadi selesai menghantar borang pelaburan pelanggan yang aku kebiasaannya aku buat di sebelah petang aku akan singgah di sini dahulu untuk pekena sepinggan Nasi Lemak Ayam Berempah.

papan tanda warung nasi lemak

Warung ini akan mula beroperasi pada pukul 7 malam dan berlarutan sehingga pukul 12 malam. Terletak betul-betul di sebelah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bangsar. Bertentangan dengannya adalah pejabat Malaysiakini, sebuah syarikat penerbitan suratkhabar politik. Mercu tanda yang lain ialah ia terletak juga berhampiran dengan Bangunan UOA Bangsar. Bangunan UOA ini pula bersebelahan dengan Menara Maybank Bangsar (lebih kurang 200 meter daripada warung ini).

gambar bangunan Malaysiakini
Bangunan Syarikat Penerbitan Suratkhabar Malaysiakini
gambar sekolah tamil
warung nasi lemak railway cafe ini betul-betul di sebelah pagar sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bangsar

Bermula pukul 7 petang bangku-bangku dan meja-meja di sini sudah pun mla dipenuhi dengan pelanggan. Kadang-kadang terpaksa menunggu pelanggan lain habis makan, barulah boleh mengambil tempat di meja makan.

peta lokasi warung nasi lemak bangsar
Lokasi Warung Nasi Lemak Railway Cafe

Apa yang istimewanya tentang warung ini. Istimewanya ialah nasi lemak kukus dengan ayam berempahnya. Ditambah pula dengan sambal yang secukup rasa. Memang terangkat jugak la. Dan memang menu di sini hanya nasi lemak sahaja. Di samping minuman yang turut dibuat di situ.

gambar ayam berempah
Ayam Berempahnya yang bersaiz besar dan enak
keriuk rangup
sambal lebihan gorengan ayam berempah
gambar nasi lemak sedap
Nasi Lemak Railway Cafe yang sedap

sambal nasi lemak

Harganya? Harga ni sebenarnya bergantung kepada individu yang pergi aku rasa. Sebab kalau aku cakap murah, ada orang yang akan cakap mahal. Contohnya Nasi Lemak Pak Hassan di Kampung Baru. Dengan harga RM5 sekali dengan air minuman tu bagi aku dah cukup murah. Sebabnya kedudukannya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Mana nak cari sepinggan nasi dengan harga RM5. Tapi sifu Food Blogger kata harga tu masih mahal. Mungkin Top Food Blogger Melayu ni membandingkan dengan harga di Sepang tempat tinggal beliau kot.

Harga Nasi Lemak di sini juga RM5 ya sekali dengan minuman. Pada pandangan aku harga ini memang sudah berpatutan apabila mengenangkan faktor rasa yang sedap dan lokasinya yang terletak di Bangsar, sebuah kawasan yang elit.

Kepada yang kebetulan lalu di kawasan ini dan tekaknya terasa ingin mencuba Nasi Lemak, bolehlah cuba warung ini. Warung yang santai dan terbuka. Namun sila jangan datang sewaktu hujan kerana warung ini sukar untuk beroperasi semasa hujan kerana ketiadaan bumbung untuk pelanggan berteduh.

foto meja makan gerai
Meja makan diatur bersebelahan pagar sekolah

Jom singgah di Warung Nasi Lemak Bangsar Railway Cafe.

Loading

Related Stories

Discover

WORK LIGHTER, TRAIN SMARTER AS HUAWEI INTRODUCES TWO NEW...

Redefining what compact devices can do, from productivity to performance. KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2026...

LAST CHANCE TO SECURE YOUR HUAWEI MATE 80 PRO...

Secure Huawei’s latest flagship with advanced imaging, ultra-durable design and limited-time launch rewards before...

HUAWEI MATE 80 PRO OFFICIALLY LAUNCHES ALONGSIDE ‘SEE, TRULY...

Huawei’s latest Mate flagship returns with powerful imaging capabilities, intelligent performance and a refined...

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge