Nama Star Cruise memang sudah amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Aku rasa kalau sebut nama itu semua pasti akan terbayang kapal besar yang belayar di tengah laut tu. Dulu masa aku kerja kat Kemaman biasa jugak aku tengok Star Cruise yang berlabuh di pelabuhan dekat dengan Awana Kijal Kemaman Terengganu. Masa tu dalam hati terdetik, “bilalah aku dapat berlayar dengan Star Cruise ni…”.
Sehingga sekarang kapal ini masih menerajui industri pelancongan dengan kapal. Banyak juga pakej pelancongan menarik yang ditawarkan oleh Star Cruise yang berkerjasama dengan beberapa agensi pelancongan negara ini.
Contohnya pada tahun lepas, telah dilancarkan satu pakej pelayaran dengan melantik Datuk Aznil Haji Nawawi (Pak Nil) sebagai selebriti yang ikut bersama. Pelayaran yang dinamakan Pakej Percutian Muslim Star cruise Bersama Pak Nil ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peminat.
Sambutan hangat daripada peminat yang telah menyertai percutian bersama Pak Nil pada tahun 2013, telah menyemarakkan semangat Pak Nil untuk mengadakannya lagi pada tahun ini. Tarikhnya ada pada 6 April – 9 April 2014.
Pelayaran ini adalah anjuran bersama Star Cruise, Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel. Ini juga adalah satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal ini di samping mempromosikan percutian bersama peminat Pak Nil sebagai menghargai semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang 24 tahun penglibatan beliau di dalam dunia seni tanahair.
“Bercuti di atas kapal ini sebenarnya amat menyenangkan. Bila dah daftar masuk, tak perlu lagi tukar hotel atau bilik sepertimana percutian biasa. Makanan dihidangkan 4 kali sehari. Tak perlu pilih restoren untuk makan. Segalanya telah diatur. Tiada caj tambahan dikenakan kerana semuanya telah termasuk di dalam kos pakej yang telah dibayar” terang Encik Cooper Huang, Pengarah Urusan malaysian Harmony Tours & Travel.
Antara keistimewaan kepada yang menyertai pakej percutian pada bulan April nanti ialah akan diadakan program khas yang telah dirancang khas untuk peminat Pak Nil. selain itu mereka yang mengikuti pakej ini nanti akan mendapat kad akses esklusif dan pelbagai cenderamata istimewa lagi.
Kebiasaannya orang ramai mempunyai tanggapan negatif tentang percutian di atas kapal ini terutama dari segi penyediaan makanan. Menurut Pak Nil, sekarang orang ramai terutama Muslim tak perlu was was lagi tentang makanan di atas kapal. Ini kerana kapal ini telah dilengkapi dengan sebuah restoren berstatus HALAL oleh JAKIM. Muslim boleh menjamu selera di sini.
Selain itu, kapal Superstar Libra, salah sebuah kapal mewah Star Cruise telah dinaikkan tarafnya dan diubahsuai baru-baru ini. Ini sudah semestinya memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang. Kapal pelancongan ini direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang gemarkan percutian di tengah lautan yang mendamaikan dan lengkap dengan kemudahan. Ia umpana resort yang terapung di tengah lautan yang disertai dengan hiburan dan aktiviti rekreasi serta layanan kru yang mesra.
Kapal pelancongan yang mewah ini mempunyai 6 jnis kabin yang ditawarkan mengikut citarasa penumpang. Kabin-kabin tersebut ialah Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with window, Oceanview Stateroom with Porthole dan Inside Stateroom.
Antara aktiviti menarik di dalam kapal ini ialah ia menawarkan hiburan dari semasa ke semasa mengikut had umur pelancong. Kanak-kanak pula berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti emmbuat origami, dekorasi kek cawan, serta lukisan wajah.
Malam di atas kapal ini sungguh meriah. Penumpang akan dihiburkan oleh barisan penghibur yang terdiri daripada kru kapal serta penghibur jemputan istimewa yang terdiri daripada penari dan penyanyi luar negara seperti Shelly Dartez dan Westley Stevens. Persembahan tersebut akan diadakan di Stardust Lounge.
Ruangan atas kapal ini ialah ruangan terbuka. ia menempatkan beberapa restoren berbayar bersama pusat kecergasan, SPA serta Lounge. Turut ditempatkan adalah salon rambut dan kecantikan, perpustakaan mini, pusat kesihtan, galeri foto serta pusat penjagaan kanak-kanak dari 1 hingga 4 tahun dan dari 5 hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10 hingga RM15 sahaja.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut anda boleh hubungi Malaysian harmony Tour & Travel Sdn Bhd:
Laman Web: www.malaysianharmony.com.my
Emel: muslim@mysharmony.com
12fly Facebook: http://www.facebook.com/malaysianharmony
Tel: 03-2142 9266
Fax: 03-2148 9767
address: No 21, Jalan Tong Shin, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia
Hurmmm….kalau siapa yang jadi peminat tegar dia okey la kot…..
hazman aka species1980 recently posted…HAZMAN vs FOOD – Majlis Jamuan Minum Petang di Pejabat
insyaAllah, kalau tak der aral saya ikut trip ni nnti