Resepi kuih keria gula melaka

Kuih keria Gula Melaka (KKGM)

Ini bukanlah kuih yang baru dicipta. Dah lama dah resepi Kuih Keria Gula Melaka ni tercipta. Dah lama kot aku makan kuih ni.

Tapi sejak beberapa bulan yang lepas, nama KKGM ni tiba-tiba jer jadi terkenal. Di mana-mana orang bercakap tentang KKGM. Tiba-tiba Resipi KKGM menjadi carian hangat di Google.

Hahaha. Pelik jugak manusia ni. Sebab viral jer sebenarnya yang menyebabkan kuih ni tetiba meletup dan menjadi femes semula>

Aku pun tercari-cari rupa sebenar kuih ni bila ia menjadi buah mulut orang. Bila google, keluar imej… Laaa kuih ni ke. Selalu jer aku makan kuih ni. Hahahaha…

Rasa kuih ni memang sedap. Kalau kena resepi yang betul, kuih ni tak terlalu manis. Makan petang-petang sambil lepak memang tak sedar habis ni. Nak-nak tengah lepak sambil tengok drama TV3. Hehehehe.

Sudah menjadi kelaziman aku, sekurang-kurangnya seminggu sekali aku akan tengok statistik blog eXplorasa ni untuk mengetahui apa yang orang cari di blog ni. Dan sejak KKGM ni menjadi viral, kata kunci “Resepi Kuih Keria Gula Melaka” sering hinggap di blog ini.

Resipi KKGM

Jadi untuk tidak menghampakan para pembaca blog Food and Travel ni, kali aku hidangkan korang dengan resepi KKGM. Mana la tau kot-kot korang nak buat sendiri kuih ni kat rumah. Boleh la makan untuk sekeluarga. Kalau lebih boleh la hantar kat aku.. Hehehe.

Berikut adalah bahan-bahan yang korang perlu sediakan untuk sediakan kuih ni. Oh ya ini untuk anggaran hidangan antara 15-20 biji ya.

Bahan-bahannya:

  • 500 gram ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 keping Gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 cawan air

Haaa dah siap sedia bahan-bahan tu, korang boleh ikut langkah-langkah ni untuk menukarkan bahan-bahan tadi kepada KKGM yang sedap sehingga menjilat tapak tangan.

Cara-cara membuatnya:

  1. Rebus ubi keledek sehingga betul-betul empuk
  2. Toskan ubi keledek sehingga air yang rebusan pada ubi keledek itu tertinggal seminima yang mungkin pada ubi keledek
  3. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
  4. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat da gaulkan hingga sebati menjadi doh keria
  5. Bulat-bulatkan doh keria dan bentukkan menjadi bentuk “O”
  6. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
  7. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
  8. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
  9. Toskan gula berlebihan dengan penapis.
  10. Siap untuk dihidangkan…!

Tadaaaa…! dah siap..!

Mudah jer kan resepi untuk buat KKGM ni..? Lelaki pun boleh buat ni… Apa salahnya buat kejutan untuk isteri di hari minggu. Tiba-tiba jer hidangkan KKGM kepada isteri dan keluarga. Mesti isteri sayang.. Giittuuuuu!!!

Okeh.. Selamat mencuba resepi Kuih Keria yang menggunakan Gula Melaka ni ya…!

24,887 total views, 4 views today

3 Comments

  1. Nina Mirza January 27, 2017
  2. Pencari Makan February 1, 2017
    • sohoque February 1, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: