Cuti sekolah kali ni anak-anak aku puas main air.. Mana taknya… Awal cuti sekolah aku ke Sunway Lagoon. Pertengahan cuti sekolah aku bawak anak-anak ke The Bayou Lagoon Resort Melaka pulak. Dan semalam aku ke Taman Tema Bangi Wonderland untuk mencuba sendiri keseronokan di sana.
Bangi Wonderland Themepark & Resorts (BW)
Taman Tema Air Bangi Wonderland…
BW ni dah lama aku dengar. Daripada waktu ia dalam proses pembinaan lagi. Dan tup-tup awal tahun dulu aku dengar BW dah siap. Cuma ianya belum dibuka kepada orang sebab beberapa hal yang belum membolehkan ia dibuka kepada public.
Alhamdulillah, semalam aku dan 15 orang rakan bloggers daripada KBBA9 telah menghabiskan masa di sana. Kebetulan ada promosi tiket untuk cuti sekolah ni iaitu pakej dengan bayaran RM150 untuk 4 orang. Maknanya RM38 jer untuk seorang. So aku bawak family sekali (mak mertua dan adik ipar). So kiranya semalam aku beli 2 set la pakej harga RM150 tu.
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-aqua-border” border_style=”bordered”]Special Promo sekarang…! RM150 untuk 4 orang (tak kira umur)[/otw_shortcode_info_box]
Dibina di atas tanah berkeluasan 12 ekar di tengah-tengah kawasan yang sedang meningkat naik, Bangi Avenue, BW ini adalah tarikan terbaru bagi public untuk menikmati percutian di Taman Tema Air. Antara permainan air yang boleh korang rasa keterujaannya di sini adalah
- Water Human Cannon
- the Magic Funnel
- the Surf Rider
- Wonder Loop
- Pirate’s Spa
- Pirate’s Bay
- Meander River
- the Pirate-themed Kid’s Adventure
- Insane Racer
- Anaconda Trail
- Boomeriang
- Body Slide
- Spiralax
- Green Pearl
- the Fall
- Typhoon River
Aku rasa aku dan keluarga adalah antara yang paling akhir beredar daripada sini. Masa aku siap mandi semua tu jam dah menunjukkan 6.30 petang. Diorang memang tunggu masa nak tutup jer.
Walaupun lama aku lepak dalam BW ni, tapi tak semua permainan tu aku cuba. Tak sempat. Aku banyak habiskan masa layan anak-anak jer. Ya la… aku datang sini pun memang sebab diorang. Kalau datang sorang mungkin tak sampai lagi aku ke sini.
Korang kalau datang aku cadangkan kenali dulu permainan-permainan yang aku senaraikan tadi. Lepas tu korang try lah satu-satu. Kalau tak korang akan konfius nama permainan yang korang try tu. Banyak sangat.
Harga Tiket BW
Ini adalah harga biasa tiket BW (tanpa promo):
Dewasa (Warganegara): RM58
Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara): RM48
Kanak-kanak < 90cm : PercumaWarga Emas: 50% diskaun
Murah kan…?!!!
Waktu Operasi BW
Taman tema air ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.
Ia ditutup pada hari Selasa untuk tujuan pembersihan dan pengurusan.
Tempat makan dalam BW
No outside food allowed!!!
Ya.. seperti biasalah… makanan daripada luar memang tidak dibenarkan masuk. Anak aku bawak biskut dalam beg dia pun kena rampas tau. Tapi jangan bimbang. Diorang akan tulis nama kat makanan yang dirampas dan akan pulangkan balik masa keluar nanti. Dah memang peraturan dia. Kena patuhilah yang ni. Biasalah. Taman tema air memana pun biasanya diorang tak akan benarkan makanan daripada luar.
Chillax Cafe adalah cafe utama untuk pengunjung mendapatkan habuan perut masing-masing setelah puas berendam.
Masa memula main air anak-anak aku ni memang tak sedar. Duk main jer. Tengahari sikit mulalah sorang demi sorang datang cari aku dan mengadu lapar. Hahahaha. Standard dah tu.
So jangan bimbang. Memang ada cafe kat dalam tu. Cuma biasalah. Harga kat dalam tu memang tak sama dengan harga kat luar. Hahahaha.. Apa mau buat. Takkan nak biarkan anak-anak kebulur.
Sebab tu cadangkan kos makanan ni pun korang kena masukkan sebagai total cost korang. jangan masukkan kos tiket sahaja. so boleh lah bajet betul-betul kos keseluruhan yang bakal korang keluarkan.
Aku beli Nasi Ayam Kicap. RM12 sebungkus. Tak payahla nak review makanan kat sini pulak.. hahaha.. Cafe kat sini bukan restoran macam kat luar tu. So rasanya biasa jer. Tapi boleh la makan.
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-aqua-border” border_style=”bordered”]nasi ayam kicap – RM12 sebungkus[/otw_shortcode_info_box]
Korang tak perlu risau. Takkan ada makanan yang tak habis. Anak korang akan makan punya. Sebab memasing dah kebulur main air.
Kemudahan lain
Surau
Yang ni aku puji. Surau disediakan. Besar dan bersih suraunya. Kain pelikat pun disediakan untuk orang tukar pakaian basah untuk solat.
Tandas
Tandas ada. Cuma kuantitinya agak terhad. kalau masa peak (hari cuti dan sebagainya) beratur jugak untuk ke tandas.
Locker
Almari kecil untuk letak barangan berharga ada disediakan dengan sewaan tertentu.
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-aqua-border” border_style=”bordered”]E-Locker
Rental* + Deposit
Small RM10 + RM10
Medium RM15 + RM10
Large RM30 + RM10[/otw_shortcode_info_box]
Parkir Kenderaan
Korang boleh tinggalkan kenderaan korang di tempat parkir BW. Ada 3 level. Kalau penuh korang parkir jer kat luar BW. InsyaAllah tak der saman menyaman akan berlaku (setakat ni)
Info Lanjut BW
Facebook : Taman Tema Bangi Wonderland
Email:sales@bangiwonderland.com.my
Contact: 03-8687 6522
Lokasi : North South Highway ( PLUS), exit to Bandar Seri Putra (selepas tol Bangi/Kajang tetapi sebelum tol Nilai.
Kalau korang masih tak konfiden untuk cari taman tema air ni, korang taip jer bangi wonderland kat waze ataupun google maps. InsyaAllah korang akan sampai sini.
Komen eXplorasa
Tempat ini sesuai untuk keluarga lepak-lepak sambil main air. Tak perlulah nak bandingkan dengan Sunway Lagoon sebab perbandingan tu tidak adil. BW dan Sunway Lagoon berada di dalam kelas dan kelompok sasaran yang berlainan. BW lebih fokus kepada keluarga yang sederhana pendapatannya. Sebab itu harga tiketnya agak murah.
Tapi ok la. Sebab permainannya banyak. Sangat berbaloi…
Kepada yang belum datang sini boleh la kalau nak cuba. Yang penting ianya berbaloi dengan apa yang kita bayar.
Cuma perancangan kos tu perlu dimasukkan sekali kos makanan dan sewa locker. Barulah best buat bajet.
Satu lagi. Kalau korang nak datang sini, cuba elakkan hari cuti umum macam cuti sempena perayaan Krismas semalam. Orang ramai sangat. Kena beratur panjang untuk main sesatu permainan. Nak sewa pelampung pun kena beratur bukan main panjang lagi. Banyak habis masa kat situ.
Kalau korang datang kebetulan orang ramai macam tu, ni tips yang perlu korang buat untuk korang kurangkan pembaziran masa:
1. Korang beratur awal-awal untuk sewa pelampung kuning tu. Pelampung tu boleh guna untuk beberapa permainan yang dikhaskan.
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-aqua-border” border_style=”bordered”]RM15.00 (Rental) + RM10 (Deposit Dikembalikan)[/otw_shortcode_info_box]
2. Korang beli Nasi Ayam Kicap kat Chillax cafe tu awal-awal. Lepas korang simpan jer. Tengahari bila lapar makan jer la. So tak perlu habiskan banyak masa beratur. anak pulak nanti tak henti cakap lapar. Boleh stress nanti. Hahahaha.
3. Masa masuk tu korang book siap-siap kerusi meja untuk korang tinggalkan beg dan barangan yang tak berharga. Yang berharga sila simpan dalam locker. Meja ni nanti boleh gunakan untuk lunch Nasi Ayam Kicap.
Haaa ikut tiga tips mudah ni untuk korang bermain dengan aman.
Ok dah habis. Lenguh-lenguh kaki pun tak habis lagi ni. Nasib baik tadi dah sapu minyak asmak kat kaki. Lega sikit.
78,320 total views, 1 views today
Takde la teruk macam orang dok heboh sebelum ni kan. Best je kat sana.
Hafiz Rahim recently posted…Berbaloi Ke Pergi Bangi Wonderland?
haah… ok jer.. sesuai la dengan harga tiket. nak harga tiket tp nak main mcm sunway lagoon buat themepark sendiri la..
menarik sangat! harus jugak jejakkan kaki kat sini.
Bawak anak2 memang sukalah depa
owhhh, mujuq ada minyak asmak noo..hehehe
umminani recently posted…Yamaha TMax – Skuter sports berkuasa Impian Ummi
Hehehe
sempat asmak tu hahaha. nk repeat pegi nt
YB Shehan recently posted…KAKI SELFIE!! JOM SERTAI #GOOSEYSELFIE CONTEST BY MYTOWN
biasalah musim kontes ni…
Mak aih, lamanya duk dalam sana…mmg tak ckp masa pun.
Alang2 datang dr jauh
Anak bamhoq tidur lena haaaa sonok diorg main air puas2.kan seronok!!! Leh repeat lg
hahahah letih sangat la tu…
tips tu next time kena guna…tq wak hoq
saidila@kaklong recently posted…( Step by Step Bergambar ) Cara Buat Keria Gula Melaka
Haaa next time harap2 kalau pergi tak kelam kelibut macam hari tu
Boleh tahan juga harga tiket yer… kalau ada rezeki boleh bawa anak-anak bercuti dekat sini..
Anuar recently posted…Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
haaa.. harga tiket dia mmg berbaloi
klu nk berjalan dr 1 permainan ke 1 permainan jauh x jaraknye dr meja yg kita duduk utk letak brg2?
X jauh sangat. Tapi memang x nampak ar barang kita tu. Karang hilang pulak…
Tak kira nak g lagi…. x puas mandi nak mandi sampai BW tutup ha ha ha
Hehehe.. demam tau main air lelama…
Betoi tu kalau dah main air mesti kebuloq, makanan sedap ka tak ka konpem licin hehehe
Mama Kembar 3 recently posted…Minyak Herba Asmak: Lebih Daripada Penawar Asma
Haaa tu la… hehehe
Boleh try ni nanti…tak pernah ke sana lagi ni…lama juga tak main air ni…hehe
Ezad Skytech recently posted…2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ?
heheheh… blh try bro… best gak… cuma kalau saper yg pernah pergi sunway lagoon kena set dalam kepala, jgn banding ngan sunway lagoon. ya laaa.. tiket sunway lagoon utk dewasa rm100 lbh kot. kat sini bari rm38
Macam best juga ni boleh cuba nanti cuti Raya Cina
Khairul Zamri recently posted…Apa Matlamat 2017 Anda
Haaa bagus jugak idea tu bro. Tapi biasanya kalau cuti umum banyak giller orang. Nak main permainan dia pun kena beratur panjang
Wah..bestnye BW ni..nak pegi ah nanti..pujuk mak ayah nk pegi😂kalau budak umur 12 tahun berape?