Tahun Baru Cina ataupun Chinese New Year (CNY) dah makin hampir. Bila CNY tiba antara yang menarik pada aku ialah acara Makan Besar. Masa ni semua ahli keluarga akan berkumpul dan makan bersama-sama sambil berdoa tahun yang tiba ini akan membawa kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah.
Restoran-restoran juga mengambil peluang menjayakan acara yang meriah ini dengan menawarkan pakej dan promosi Yee Sang. Selepas membuat review menu baru CNY di Cafe Pretz n Beanz, eXplorasa dijemput ke Restoran Zende, Hotel Seri Pacific untuk mencuba promosi Yee Sang di situ.
Aku secara terus terang amat menggemari menu-menu CNY ni. Sebabnya selain daripada menu Yee Sang itu sendiri, ada set-set menu lain yang turut dihidang.
Menu Yee Sang adalah menu wajib di mana setiap orang akan menggaul bahan-bahan menu tersebut yang masih terasing. Sambil mendoakan kebaikan di tahun baru menu Yee Sang akan digaul tinggi-tinggi untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik.
Promosi Yee Sang Restoran Zende, Hotel Seri Pacific
Apa yang menariknya di sini ialah pelanggan boleh memilih set Yee Sang daripada pilihan Yee Sang Salmon, Sotong, ataupun Vegetarian (campuran buah-buahan dan Seaweed/buah pear dan mempelam).
Menu mesti cuba ini didatangkan sekali dengan sos plum tradisional dan perasa. Menu ini boleh dinikmati di sini ataupun boleh juga dibawa pulang. Menu ini disediakan untuk Makan Tengahari dan Makan Malam.
Ok jom kita tengok menu-menu CNY kat sini:
1. Salmon Yee Sang
Harga:
half portion – RM70.00
Whole portion – RM130.00
Ini yang kami cuba tempohari. Untuk pilihan lain, yang ini harganya:
Jelly Fish Yee Sang
Harga:
half portion – RM60.00
Whole portion – RM110.00
Mixed Fruits & Seaweed Yee Sang
Harga:
half portion – RM50.00
Whole portion – RM90.00
Pear & Mango Yee Sang
Harga:
half portion – RM50.00
Whole portion – RM90.00
*Half portion = hidangan untuk 1 – 5 orang
Whole portion = hidangan untuk 6 – 10 orang
Chinese New Year Countdown Buffet Dinner
Selain promosi yee Sang, Zenede Restaurant Seri Pacific Hotel juga menawarkan promosi buffet. Antara menu yang kami sempat cuba ialah:
1. Baked Yam With Chicken on BBQ Sauce
2. Cheesy Tiger Prawn
3. Fried Boneless Red Garoupa With Spicy Bean Sauces
4. Kailan with Black Mushroom Sea Cucumber
5. Mango Fried Rice With Anchovies
6. Chilled Sago Cream With Honeydew & Rock Melon
7. Shanghai Pancake
Selain menu di atas, banyak lagi menu-menu yang lain yang tidak kurang lazatnya. Antaranya Chicken with Mandarin Oren,Pan Fried Salmon Steak, Crab Cake Thai Style dan lain-lain lagi.
Info lanjut
Komen eXplorasa
Sedap. Dengan suasana dan kelas restoran, harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Bolehlah kalau koprang nak bawak family ke sini merasa makanan ala masyarakat cina mengambil sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Selamat mencuba…!