Percutian Di Swiss Villa Damai Laut Lumut… Percutian Lain Dari Yang Lain

Dalam satu-satu percutian selain daripada tempat yang menarik, pemandangan yang cantik, penginapan pun perlu yang selesa. Kena pulak kalau percutian bersama keluarga yang agak ramai bilangan ahlinya.

Masalah jika bermalam di hotel ketika percutian bersama keluarga adalah bilik hotel yang agak terhad ruangnya berbanding dengan bilangan ahli keluarga. Mesti ada yang kena tido atas sofa dalam bilik hotel ataupun tidur atas karpet jer. Nak sewa dua bilik kos pulak yang menjadi pertimbangan.

Ini memang satu perkara yang agak mengganggu suasana percutian. Salah satu cara nak elakkan perkara ni berlaku supaya tidak mengganggu mood percutian adalah dengan menyewa homestay, apartment ataupun villa.

Swiss Villa Damai Laut Lumut Perak (Swiss Villa)

Aku berkesempatan bercuti di sini pada cuti persekolahn bebaru ni. Terima kasih kepada top travel blogger Malaysia faizal fredley yang memberi peluang untuk bersama beliau dalam trip yang best ni. Banyak ilmu travel yang aku dapat dapat daripada beliau yang memang berpengalaman dalam travel bukan sahaja di Asia malah ke serata dunia.

Turut serta dalam short trip ni ialah blogger ujang dan pelukis karikatur hebat Awie. Dua-dua orang ni kepala “masuk air”. So aku memang dah tau percutian ni akan jadi best!!!

Lokasi

Swiss Villa terletak agak jauh daripada bandar Lumut. Lokasinya agak tersorok ke dalam di mana korang terpaksa melalui ladang Kelapa Sawit untuk sampai ke sini. Kalau korang pertama kali datang bercuti ke sini memang korang agak konfius sedikit macam aku. Aku konfius sebab daripada apa yang aku tau, villa ni berdekatan dengan laut. Habis tu kenapa aku terpaksa lalu ladang kelapa sawit pulak? Haaa konfius kan?

Jangan risau. Korang ikut jer waze atau google maps kat smartphone korang tu. Papantanda pun ada korang jumpa. Nanti orang akan jumpa satu pintu gerbang Swiss Garden menyambut kedatangan korang dengan seorang jaga Bangladesh yang akan bertanya kemana korang nak pergi. Haaa jumpa dua benda ni maknanya sampai la tu korang di kawasan Swiss Garden Hotel yang juga terdapat Swiss Villa di dalamnya.

Ini Villa bukan hotel ek..!!!

Yup.. penginapan ini ialah villa. Korang tau kan villa macamana? Villa kat sini adalah rumah semi detached (semi D). Ya.. memang rumah..! So sesuailah kalau korang ni macam aku yang tak suka bersesak-sesak dalam satu bilik hotel yang kecil.

Kereta korang boleh parking depan pintu rumah jer. Tak perlu parking jauh-jauh. Setakat tertinggal barang dalam kereta tak der hal punya. Keluar rumah jer untuk ambil barang tertinggal.

Villa ni siap ada laman yang terjaga rapi lagi. Kalau korang bercuti bersama keluarga dan anak-anak boring duk dalam villa, boleh la keluar ke laman villa ni untuk buat aktiviti sendiri. Main badminton ke, kejar-kejar ke..

Tapi hati-hati. Sebabnya villa ni terletak di lereng bukit. Takut berlaku perkara yang tak diingini.

Masak sendiri

Oleh kerana ini Villa dan bukan hotel makanan pun tidak disediakan macam korang check in hotel tau. Jadi korang kena masak sendiri. Haaa bab ni la yang menjadikan percutian korang lain daripada yang lain.

Ok la kan.. Macam rumah sendiri la. Boleh masak sendiri makanan apa yang korang suka. Tak suka ikan tak payah letak ayam. Macam dak Ujang tu.. Ayam jer tekak dia boleh terima.. (malang kan nasib dia?)

maggi – makanan wajib ada. hahaha

Peti ais ada disediakan. Periuk dan kuali kecil juga ada tersedia dalam kabinet dapur. Macam kitorang pergi bebaru ni kitorang pergi “bujang jer. So guna apa yang disediakan jer la. Kalau korang merancang bercuti dengan keluarga datang villa ni, eloklah korang bawak peralatan memasak daripada rumah. Baru puashati masak untuk keluarga.

nasi goreng orang bujang hasil air tangan aku

Haaa satu jer pesan aku. Kalau memang dah rancang untuk bercuti di villa ni, korang kena buat senarai barang sikit. Bahan mentah untuk dimasak pastikan korang bawak siap-siap. Kalau tidak korang terpaksa keluar semula ke pekan berhampiran untuk beli bahan mentah tu semua. Bukan dekat pekan yang paling hampir dengan villa ni.

Macam kitorang hari tu, lepas check in hari pertama tu (sampai petang), kitorang terpaksa keluar semula untuk mengisi perut dan beli bahan mentah dan jajan sepanjang percutian di villa ni. Kos semua dalam RM200 lebih jugak.

3 hari kami kat sini memang kitorang masak. Ujang dan aku bertindak sebagai chef. Cuma ketiadaan dapur gas sedikit sebanyak membantutkan skill memasak ala chef professional aku. Tapi apa yang dimasak habis licin jer semuanya. Hahahaha. Awie si ikan bandaraya memang takkan tolak punya rezeki di depan mata selagi berbaki.

Rumah kami untuk 3 hari

Bukak jer pintu depan dan melangkah masuk ke villa ni korang akan disambut dengan ruang tamu yang kemas dan sederhana besar. Tempat melepak sambil menonton TV. Ruangan ini ada sofa yang tidak kurang empuknya untuk korang baring dan bersandar sambil lepak-lepak tengok TV dan mengunyah jajan.

Mengunjur ke dalam lagi korang akan jumpa ruang makan dan dapur yang mana korang boleh masak macam kat rumah sendiri. Janji bahan-bahan korang siap bawak daripada rumah ataupun beli di perjalanan. Cuma dapur kat sini ialah dapur eletrik. Mungkin pihak villa ni nak elakkan dapur gas untuk keselamatan seperti mengelakkan kebakaran dan sebagainya.

Daripada ruangan makan, korang boleh akses ke bilik tidur yang bersambung dengan bilik air. Satu master bedroom dan satu lagi bilik biasa. Master bedroom kat sini memang superb. Daripada hiasannya sehinggalah perabotnya. Aku terpesona…! Daripada jendela master bedroom korang boleh nampak padang golf yang menghijau luas.

Ada 1 katil king size disediakan untuk bilik master bedroom. Manakala satu kerusi malas di letakkan tidak jauh daripada katil berhampiran dengan meja study untuk korang bermalas-malasan. Best kerusi ni. Nak tidur kat kerusi ni pun boleh.

Bilik air master bedroom turut disediakan bathtub. Korang boleh la berendam sampai beku.

Bilik yang satu lagi tu pun besar. Ada 2 katil single dan boleh akses ke bilik air kedua. Kalau korang bercuti bersama keluarga boleh la tempatkan anak-anak kat bilik ni. Korang suami isteri silalah ber”honeymoon” dan “berbincang” dalam master bedroom tadi.

Fasiliti di sini

Oleh kerana villa ni pun dibawah pengurusan sama dengan Swiss Garden Hotel, maka fasiliti di sana seperti swimming pool dan gym boleh korang guna.

swimming pool

Pantai Damai Laut yang indah tu berdekatan dengan hotel Swiss Garden. Kalau korang lepak kat pantai ni korang boleh lihat Pulau Pangkor dari kejauhan.

Kat pantai ni pun ada disediakan perkhidmatan bot untuk ke Pulau Pangkor dengan kadar bayaran yang berpatutan bergantung jenis bot yang korang pilih.

Pulau Pangkor dapat dilihat daripada pantai Damai Laut

Ada juga perkhidmatan menunggang kuda di pantai ni. Ada caj tertentu untuk aktiviti ini.

baik kuda ni. tak gigit pun

Yang paling menarik, kat pantai ni, ada ATV. Dengan bayaran RM40 untuk 10 minit pemanduan jentera ini agak berbaloi dengan keseronokan yang korang bakal alami.

Kami berempat sempat main ATV ni. Ini pengalaman pertama aku bawak jentera ni. Memang teruja habis. Trek yang dikhaskan untuk aktiviti ATV ini juga best! ada kawasan berpasir dan ada kawasan semacam hutan kecil untuk kami teroka dengan ATV ni.

gaya hero remaja purba

Jarak Hotel dengan swiss villa dalam 500 meter. Jadi ianya tidak menjadi masalah yang besar untuk korang yang menginap di villa untuk menghabiskan masa di swimming pool ataupun turun ke gigi pantai untuk menikmati pemandangan yang sungguh mendamaikan sambil mengabadikan potret alam itu ke dalam kamera ataupun smartphone korang. ataupun pilih aktiviti ATV untuk sesuatu yang lebih mencabar.

Komen eXplorasa

Aku simpulkan dengan satu perkataan… Best…! Pengalaman yang agak lain daripada yang lain yang aku dapat pada percutian kali ni. Bercuti tetapi seperti duduk di rumah. Boleh masak, lepak-lepak sambil menonton TV. Aktiviti yang terdapat sekitar Villa ni dan Hotel Swiss Garden juga menarik.

Korang kalau ke sini jangan lupa ke Pantai Damai Laut tu. Pemandangan kat pantai ni memang sangat indah dengan pasir putih yang landai dan laut yang membiru.

Sebelum datang sini aku ada terbaca beberapa review yang mengatakan hotel ni banyak lalat. Sebabnya terdapat kilang memproses ayam di sekitar situ. So aku macam skeptikal sikit dengan perkara ni pada mulanya.

Antara perkara yang pertama aku tanya di check in counter adalah pasal lalat ni la. Dan aku respek diorang ni. Diorang tak menafikan. Malah mengiyakan cuma diorang bagitau ianya tidaklah seserius yang digembar gemburkan.

Sepanjang 3 hari aku kat situ, masalah lalat tidak langsung mengganggu aku. Ada la seekor dua yang datang tapi pada aku ianya tak mengganggu aku pun. Mungkin bukan musim lalat kot masa tu. Hehehe.

So, korang kalau nakkan satu percutian keluarga yang rileks dan tidak bersesak-ssesak di dalam sebuah bilik, korang boleh cuba datang sini. Kalau tanya aku, overall memang aku suka tempat ni. Cuma jaraknya dari bandar jer jauh.

Selamat bercuti…!

Baca juga: 5 Hotel Lumut Paling Best

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ