Dah lama aku tak bermalam lama sikit di Kuantan. Beberapa bulan yang lepas ada la sekali aku ke bandar ibu negeri pahang ni, tapi aku bermalam di rumah kawan di sebelah Tanjung Lumpur.
Memang banyak perubahan yang berlaku di Kuantan berbanding hampir 10 tahun lalu semasa aku menetap di situ. Aku dapat saksikan sendiri perubahan di sepanjang jalan menuju ke Tanjung Lumpur.
Dengar cerita daripada rakan-rakan aku di sana, sebelah Balok pun banyak berubah. Balok yang terkenal dengan pantai yang tidak kurang cantiknya memang sesuai dibangunkan sebagai salah satu tempat pelancongan di sekitar Kuantan.
Hari Keluarga KBBA9 2017
Apabila mendapat tahu yang Hari Keluarga KBBA9 akan dibuat di De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang, aku dah mula teruja. Inilah masanya aku nak ke Balok pulak. De Rhu ni antara hotel yang terkenal di Kuantan. Alang-alang bermalam di sana, bolehlah aku melawat kawan-kawan dan tempat-tempat menarik yang pernah aku lepak dulu.
Kebetulan pula aku mendapat 2 jemputan kenduri pada hujung minggu tu. Hari Sabtu kenduri kahwin kenalan lama. Hari Ahad kenduri keluarga angkat pula. Diorang memang nak masak khas untuk aku. Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam Pahang sudah terbayang di mata.
Sebab tu aku terpaksa batalkan jemputan untuk review salah sebuah hotel di Shah Alam. Lagipun jemputan ni datang kemudian setelah aku sahkan kehadiran aku ke Hari Keluarga KBBA9.
Hari Keluarga KBBA9 sebenarnya lebih kepada perjumpaan lebih dekat ahli-ahli KBBA9 yang selama ini berkawan hanya di alam maya. Perbincangan kami banyak di group whatsapp. Ada diantara kami yang tidak pernah pun berjumpa bertentang mata.
Jadi Hari Keluarga ini dapat menambahkan keakraban kami di samping dapat mengenali keluarga masing-masing. Permainan sukaneka di hari kedua jelas menjadi ice breaking kepada semua setelah kami diletakkan di dalam group-group yang berasingan untuk memenangi pertandingan sukaneka yang telah dirancang oleh pihak de Rhu.
Manakala malam sebelum itu majlis makan malam bersama jemputan khas daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Di majlis ini kami mendapat taklimat ringkas daripada pihak LZS tentang institusi zakat tersebut.
Selepas itu ada acara santai, sembang di cafe. Aku terpaksa naik tidur awal kerana anak aku yang mengidap ekzema dah mula meragam. Namun dengar cerita, sesi lepak tersebut bukan sekadar sembang kosong. Banyak ilmu yang dikongsi terutama ilmu berkenaan dengan blog. Rugi jugak la aku sebab tak turut serta.
Hotel De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang (De Rhu)
Hotel yang terletak di pinggir Pantai Balok ini sebenarnya bukanlah hotel yang baru. Dah lama dah hotel ini wujud. Masa aku masih kat Kuantan dulu pun ada beberapa kali aku lepak kat sini.
Hotel ini setahu aku di bawah pentadbiran salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Pahang sendiri. Hotel ini dulu tidaklah sehebat sekarang. Namun setelah ianya di naik taraf, hotel ini dah menjadi salah satu hotel pilihan untuk percutian keluarga di Kuantan.
10 sebab mengapa hotel ini menjadi pilihan:
1. Kedudukannya yang dekat dengan pantai.
Daripada bilik hotel pun dah nampak pantai Balok yang indah dan landai dengan pasir putihnya mengunjur ke laut lepas.
Pantai yang menjadi tarikan pengunjung ni biasanya akan lebih meriah di sebelah petang. Selain daripada pemandangan yang indah pantai ini juga terkenal dengan aktivitinya tersendiri.
Siapa sangka orang ramai boleh belajar dan bermain luncur air di sini. Selain itu aktiviti menarik yang lain yang boleh korang nikmati jika bertandang ke sini ialah ATV, wau, menunggang kuda dan lain-lain.
2. Kolam renang yang luas dan menarik
Kolam renang di sini memang sangat menarik dan besar. Jika korang bawak anak-anak ke sini pasti mereka akan teruja. Mainlah kat sini sampai lewat petang. Tak kesah pun pasal keselamatan sebab ada pengawal kolam renang bertugas di sini.
Kolam renang ni meriah sebenarnya bukan hanya disebabkan penyewa hotel, malah orang luar juga boleh datang menggunakan kolam renang ini dengan bayaran tertentu.
3. Pilihan bilik hotel yang pelbagai
Bilik-bilik di hotel ini ada 3 jenis iaitu bilik biasa, Junior Suite dan Suite.
Untuk bilik biasa, korang ada pilihan bilik samada bilik yang mempunyai 2 single bed ataupun yang mempunyai 1 double bed. Korang pilihlah bergantung kepada saiz keluarga korang.
Bilik junior suite ialah bilik yang bercantum dengan bilik sebelah (attached room). Bilik utama dimuatkan 1 double bed manakala bilik satu lagi diletkkan 2 single bed. Bilik ini sesuai untuk yang bercuti dengan membawa anak-anak. Ibubapa boleh la privacy sedikit tanpa gangguan anak-anak.
Bilik Suite ni sebenarnya sama jer saiz dengan Junior suite. Tapi dalam dia berlainan. Bilik ini sesuai pasangan yang bercuti berdua seperti berbulan madu dan sebagainya. Ia hanya dilengkapi dengan 1 katil double bed. Ruangan bercantum yang diletakkan 2 single bed untuk junior suites tadi digantikan dengan ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa dan tv untuk melepak.
4. Kemudahan lengkap
Selain daripada kemudahan kolam renang yang menjadi tarikan utama hotel ini, hotel ini juga lengkap dengan kemudahan lain. Antaranya:
Dewan Ballroom
ada 10 dewan ballroom yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai majlis. Sebut jer nak buat majlis apa, dewan-dewan ini boleh dipilih mengikut kesesuaian berapa ramai peserta.
Gymnasium
Untuk yang ingin mengeluarkan peluh korang boleh menggunakan gym ini. Alat-alatan lengkap di gym ini.
Bilik karaoke
Untuk korang yang kaki karaoke, jangan bimbang. Bilik karaoke ada disediakan di sini dengan bayaran berpatutan. Melalakla korang kat sini. Cuma waktu operasinya tidak seperti di KL. Ia ditutup agak awal iaitu pada pukul 10 malam.
Cafe
Korang boleh lepak kat cafe kalau tak der apa-apa aktivi di malam hari. Kat sini sangat sesuai untuk lepak-lepak bersama kawan-kawan dan keluarga sambil melayan “live” kat TV.
Kat cafe ni lah sesi perkongsian tentang ilmu blog diadakan sesama rakan blogger.
Surau
Untuk yang bersolat di surau, ada disediakan surau di sini. Agak besar suraunya. Designnya sama macam surau RnR di lebuhraya tu.
Parkir
Parkir memang tak ada masalah. Ia mencukupi untuk menampung pangunjung di satu-satu masa. Disediakan di kiri dan kanan hotel. Kalau penuh jugak korang boleh jer parkir di tepi jalan di depan hotel.
Komen eXplorasa
Secara keseluruhan aku sangat puas hati dengan hotel ini. Dengan segala kemudahan yang ada, berserta dengan keramahan perkerja yang tidak loket dengan senyuman, tak mustahil aku akan datang bertandang lagi ke sini membawa keluarga.
Kalau korang datang ke Kuantan dan bermalam di sini, korang boleh lah cuba hotel ini. Ia jauh daripada kesibukan bandar dengan pantai yang indah.
Yang penting kadar harganya amat berpatutan. Aku bukanlah nak kata De Rhu ni hotel yang paling murah di kuantan tapi harganya gerenti korang mampu punya…!
Terima kasih de Rhu Beach Resort kerana menyediakan penginapan kepada kami.
Terima kasih kepada KBBA9 yang menganjurkan hari keluarga ini.
hujung tahun punya, ai nak pergi… huhuhuhuhuhu
Cantik tempat nie terutamanya kkolam renang tu
menariknga, lengkap dan padat
umminani recently posted…Cara Rawat Rambut Gugur dan Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah Dan Pantas
Bestnya dapat buat Family day dekat sini..
Aktif betul kelab Blogger Ben Ashaari buat aktiviti family day….
Anuar recently posted…Result SEO : Belajar Buat Blog
Hari keluarga best, de rhu pun best! Memang pakej lah ni, hehehee.
tak sangka De Rhu cukup kelengkapan nak buat sukaneka… Kukur kelapa tu acara paling seronok kot… lama tak guna kukur kelapakan!
hehehe kaaaan.. org skrg tak kenal dah kukur kelapa gitu
Mandi kolam situ syokkk sangat! Anak anak i dah ajak repeat dah ni
Mama Kembar 3 recently posted…Cara Mama Rawat Penyakit Kulit Ekzema Si Fahmi