Pada aku setiap orang adalah pengembara. Setuju tak?
Pengembara yang aku maksdudkan ni bukanlah semata-mata kaki travel backpakers tu jer. Aku masukkan sekali orang biasa yang pasti akan pergi ke luar daerah mereka untuk menziarahi satu-satu tempat. Kita pun termasuk dalam term pengembara yang aku maksudkan ni.
Kalau aku, sebelum aku ke satu-satu tempat yang memerlukan tempat penginapan, aku akan survey hotel dulu. Aku akan cari hotel yang selesa tetapi rendah rate harganya berbanding dengan tawaran di website lain.
Haaa nak buat survey ni bukan senang tau. Kena bukak website yang tawarkan servis ni (travel site) satu-satu. Dah jumpa tawaran menarik hotel tak boleh terus booked dan bayar. Nak jugak bandingkan tawaran dengan travel site yang lain.
So bukak lagi window tab untuk website lain supaya senang nak banding sebelah menyebelah. Mana la tau kaaaan. Kita rasa tawaran tu dah cukup menarik, tapi sebenarnya travel site lain tawarkan deals yang lebih menarik. So lebih baik compare satu-satu.
Penat tak nak banding tawaran hotel-hotel ni?
Kalau tanya aku, aku jawab: PENAT giller!!! Penat duk jegil mata satu-satu tengok yang mana tawarkan deals yang lebih menarik. Tu tak masuk lagi nak kena tulis senarai deals yang menarik untuk final decision nanti. Boleh jem otak wooo…!
Tapi itu dulu. Sekarang tak lagi lepas rakan blogger travel aku Faizal Fredley kenalkan aku dengan aplikasi HotelsCombined.
First impression aku untuk aplikasi ni, aku terpegun…! Sebabnya ia memang menyenangkan aku. Apa yang aku buat selama ni untuk survey hotel dah tak perlu aku buat dah. Sebabnya aku boleh bandingkan tawaran menarik hotel-hotel kat aplikasi ni jer.
Maksudnya aku hanya bukak aplikasi HotelsCombined jer. Kat dalam tu dah ada perbandingan tawaran menarik hotel-hotel. Kat dalam aplikasi ni, dia senaraikan semua hotel daripada yang murah sampailah yang berkadar mampu tengok jer.
Aplikasi ni akan compare harga daripada semua travel site seperti Booking.com, Expedia, Agoda, Hoteltravel.com, Accorhotel.com, getaroom dan banyak lagi. Daripada sini kita akan tahu travel site yang mana paling murah dan menarik untuk hotel pilihan kita. Haaa menarik kan…?
Nak dapat tawaran lebih menarik dan murah lagi?
Daftar (sign up) jer kat aplikasi ni. Nanti korang akan dapat offer yang jauh lebih menarik. Kalau korang tak sign up memang rugi. Sebab offer menarik ni untuk yang sign up sahaja.
HotelsCombined ni sebenarnya macam search engine jer tau. Icon dia pun dia tulis Hotel Search. Korang taip jer nama hotel. Terus dapat deals daripada beberapa travel site pasal hotel tu.
Aplikasi ni juga detect korang punya lokasi. kalau korang malas nak taip nama hotel, korang tak payah taip apa-apa. Korang tekan jer search. Dia akan senaraikan hotel-hotel yang berdekatan dengan lokasi yang korang berada pada masa tu. Daripada situ korang pilih la hotel yang korang suka.
Kalau hotel yang berdekatan tak menarik hati korang, korang boleh luaskan kawasan pencarian. Dia akan bagi option jarak (dalam KM) untuk senaraikan hotel yang korang cari.
Oh ya… untuk yang lebih selesa menggunakan Bahasa Malaysia, korang boleh klik bahagian atas sebelah kanan tu. Ia ada menu pilihan untuk kita pilih bahasa. So pilih jer Bahasa Malaysia kat situ.
Komen eXplorasa
Aplikasi ni amat mesra pengguna. Search dan loading time pun laju. Korang install lah sendiri aplikasi ni kat smartphone korang. Lepas tu korang explore sendiri. Panjang pulak kalau aku nak terang satu-satu kat sini.
Sejak aku install aplikasi ni, memang aku tak tengok dah travel site dan aplikasi travel yang lain. Sebabnya semuanya dah ada kat sini. Ia sangat memudahkan aku dalam pencarian hotel.
Aplikasi travel yang lain aku dah mula uninstall satu persatu. Boleh la clearkan memory iPhone aku ni.
Selamat meng”install” aplikasi HotelsCombine ya…!
Aku pun dah download kat phone aku… trus uninstall yg agoda punya sbb biasa aku pakai yg tu…
Lan Careno recently posted…Tips berjimat… Booking hotel online atau direct dengan hotel?
Haaa best kan apps ni…
Wahhh menarik apps ni, sangat berguna! Nak install jugaklah.
uish.. mudahnya..tq info. mnarik gler.. xde affiliate ke? hahahha
YB Shehan recently posted…KELAS RENANG KANAK-KANAK DAN DEWASA | KELAS BELAJAR RENANG SWIMRUSH | AMPANG
Hahaha kaaan. Kalu buat affiliate best ni
Okeh baiklah..nak uninstall yg lain & install yg ni, nampak senag nak guna
Mama Kembar 3 recently posted…Cara Mama Rawat Penyakit Kulit Ekzema Si Fahmi
Memang penting untuk Backpackers dan yang jenis main terjah je nak kemana-mana
Khairul Zamri recently posted…Glory Beach Resort – Resort Terunggul di Port Dickson