Muslim Trip to Kyushu 2016 masih segar diingatan. Almaklumlah itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara matahari terbit tu. Teruja beb..!
5 hari kembara… Dah cukup membuatkan hati aku jatuh cinta dengan negara Jepun. Budayanya, Orangnya, Keindahannya dan makanannya… Jelas menambat hati aku.
Konichiwa Cafe (KC)

Haaa dapat jer jemputan “food review” daripada restoran ni aku terus terima tanpa fikir panjang lagi. Sebab apa…? Sebab aku tau restoran ni sediakan menu masakan Jepun. Dengar nama pun dah tau. Yang lebih penting lagi aku tau yang ia adalah kepunyaan orang melayu kita dan semestinya ianya HALAL.
Lokasi
Sanggup aku datang daripada Shah Alam ke Bangi. Senang jer nak cari restoran ni. Bukak jer aplikasi Google Maps kat smartphone dan taip “Konichiwa Cafe”. Ikut jer Google Maps tu. InsyaAllah sampai la..
Kalau korang biasa dengan kawasan Bangi, restoran ni tak jauh daripada McDonald Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Di seberang jalan dengan butik muslimah Saraya Zahret.
Hahaha.. Aku sebut dua premis tu sebab aku selalu ke situ. So tak susah nak cari…!
Konsep restoran KC
Haaaa dah sampai sini baru tau yang restoran ni bukan hanya sediakan menu masakan Jepun sahaja. Menu Western dan menu tempatan juga turut disediakan.

Ini langkah bijak pada aku. Sebab bukan semua orang Malaysia ni suka menu Jepun. At least kalau pergi satu keluarga, semua boleh makan ikut kesukaan masing-masing.
Restoran ni, tak besar sangat. Kapasiti aku rasa dalam 30 orang kalau masuk serentak boleh la. Tapi kalau ramai ada jer ruangan luar untuk menampung lambakan pengunjung.
Sebelum sampai sini aku bayangkan yang suasana restoran ni berkonsepkan suasana Jepun. Sebab namanya memang melambangkan suasana Jepun. Terbayang restoran-restoran yang aku sempat singgah sewaktu ke Kyushu dulu.
Rupanya tidak…! Suasana kat dalam biasa saja. Maca restoran Malaysia yang lain. Cuma dari segi susunan meja dan hisan dinding memang teratur dan menarik.
Tak kesahlah. Janji makanan sedap…!
Selepas snap gambar-gambar menu pelbagai rasa, tibalah masanya untuk mengisi perut aku yang dari tadi mintak diisi. Ya la.. Duk asyik ambik gambar jer, mana tahan. Terliur kot…! Heheheh
Menu-menu restoran KC
Ok restoran ni sebenarnya bukan hanya mengkhususkan menu Japun dalam hidangan makanan. Ia juga turut menyediakan Menu Western dan Menu Tempatan sebagai alternatif kepada orang yang nak pilihan menu selain menu Jepun.
Menu Masakan Jepun
Assorted Sushi – RM3.90/pcs hingga RM18.90/pcs (Jumbo Roll)

Saba Bento – RM22.90
Tokyo Drift Bento – RM23.90
Grilled Beef Udon – RM17.90
Chicken Teppanyaki – RM23.90
Cheezy Tori Karagae – RM10.90
Okonomiyaki – RM15.90
Agedashi Tofu (Deep Fried Soft Tofu) – RM8.90
Menu Western
Black Pepper Grilled Chicken Chop – RM16.90
Menu Tempatan
Konichiwa Fried Rice – RM16.90
Mee Kari Bonda RM15.90
Minuman
Antara minuman yang sempat kami order. Kopi Goyang (paling kiri) nampak biasa jer. Tapi rasanya perghhh…! Memang bergoyang beb..!
Menu-menu ini akan ditambah dari masa ke semasa. Tapi menu yang dah ada ni pun aku rasa dah cukup banyak dah. Kalau korang datang pun memang dah puashati dah dari segi pemilihan menu.
Info lanjut
Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia Phone: +60 12-200 2090 Operating Hours: 12 pm – 10 pm, Monday to Sunday Facebook: Konichiwa Cafe Instagram:@konichiwacafe
Oh ya.. restoran ni juga menerima tempahan untuk majlis. Kalau nak buat majlis sambutan hari jadi sangat sesuai kalau buat kat sini. Hiasan restoran bersesuaian dengan tema majlis akan diuruskan oleh pihak restoran, tanpa caj tambahan.
Komen eXplorasa
Best!!! Serius… Aku akan datang lagi dengan bawak keluarga pulak lepas ni. Tapi kena plan la. Sebab rumah aku agak jauh daripada sini. Hahaha.

Ok pada aku, semua menu-menu yang dihidangkan tu sedap! Aku paling suka Teppanyaki tu. Fuuuh… Lain kali aku datang pun rasanya order menu ni lagi. Hahaha.
So korang kalau nak cari restoran yang sediakan masakan Jepun yang Halal di sekitar Bangi ni, korang boleh lah terjah Restoran Konichiwa Cafe ni. InsyaAllah berbaloi harganya dengan kenikmatan yang korang bakal rasai.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Wow..nampak menarik la semua makanan…tengok gambar je jadi lapar dah…
best makan kat sini.. blhla SA nak cuba lenkali
harga pun nampak ok jer ni.. standard harga… bila pulak bamhoq nak p? nak ikut jugak la..makan ramai-ramai best jugak ni.
Dkna Abza recently posted…Dah Ready Nak Cuti Bersalin !
owh boleh saja bebiler. Ikut Dkna ngidam la bila… heheheh
jom repeat bamhoq! gathering lg sekali…ngee
Haaa jommmm… boley ajer..