Set Umrah dan Haji Cosmoderm Khas Buat Tetamu Allah ke Mekah

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha. Juga dipanggil dengan Hari Raya Haji. Banyak sungguh pengajaran yang dapat dikutip daripada hari raya ini. Pengorbanan yang jitu dan penyerahan jiwa mutlak dua beranak iaitu Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS harus kita ambil Pengiktibaran.

Bulan ini adalah bulan haji. Tidak berapa lama lagi jemaah akan pulang ke rumah masing-masing dengan keampunan daripada Allah InsyaAllah. Moga mereka mendapat haji yang mabrur.

Ibadat haji adalah ibadat yang dituntut oleh Islam dan merupakan rukun Islam yang kelima. Ia wajib dilaksanakan oleh muslim yang mampu (dr segi kesihatan tubuh badan, kewangan dan lain-lain).

Pengembaraan Rohani dan Jasmani

Menunaikan fardhu haji adalah satu pengembaraan (travel). Malah travel ini lebih istimewa daripada travel biasa kerana ia adalah travel yang melibatkan roh dan jasad.

Travel ke tanah suci untnk menunaikan ibadat haji memerlukan persedian yang benar-benar rapi. Dari segi kerohanian, bakal haji perlu mempersiapkan diri dengan mempelajari rukun2, syarat sah dan sebagainya untuk melayakkan mereka mendapat haji yang sempurna.

Dari segi fizikal pula, mereka perlu menjaga kesihatan mereka supaya tidak sakit di sana nanti yang mana ia mungkin akan mengganggu ataupun menghalang ibadat haji daripada dilakukan dengan sempurna.

Selain ubat-ubatan, krim pelembab utk kulit juga perlu diambil berat untuk dibawa sekali bersama-sama kita. Cuaca di sana amat berbeza daripada cuaca di Malaysia. Jika Malaysia bercuaca panas dan lembab, di sana cuacanya panas dan kering.

Aku pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah 7 tahun yang lalu untuk menunaikan ibadah umrah. Di sana kita berpeluh tetapi sekejap je peluh dah kering. Angin dan cuaca panas membuatkan badan kurang berpeluh dan berbau.

Kat sana, setakat 2-3 hari tak mandi ok lagi. Badan tak berbau lagi. Cuba buat macam tu kat Malaysia. Hahaha. Cuma bila keadaan kering kulit kita juga turut kering. Kekeringan tu menyebabkan kegatalan dan rasa tak selesa pada kulit terutama di kawasan bawah lipatan kaki dan tangan.

Krim kulit yang sesuai untuk jemaah haji

Banyak krim kulit di pasaran. Pelbagai jenama dan harga. Tapi kalau tanya aku, aku cadangkan korang bawak sekali Set Umrah dan Haji Cosmoderm. Apa set Umrah dan Haji ni?

Ia mengandungi 3 krim (dalam satu pek khas) yang sangat berguna untuk menjaga kulit daripada terganggu dek cuaca panas kering kat sana. Aku dah hampir 3 tahun dah pakai krim-krim ni waktu travel. Memang best..! Masalah kulit ta selesa dan kegatalan mudah diatasi.

Set Umrah dan Haji mengandungi 3 krim yang berlainan bahan dan fungsi:

1. Vitamin E Cream 3,000iu (50ML)
– Melembapkan kulit wajah yang kering dan tidak selesa dalam keadaan cuaca panas terik atau dingin di Tanah Suci.

2. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ML)
– Memberikan kesegaran dan meredakan kegatalan kulit akibat cuaca panas kering atau dingin di Tanah Suci.

3. Advanced Moisture Therapy Cream (50ML)
– Memulihkan tumit kaki yang merekah dan meredakan kepedihan akibat rekahan semasa melakukan Saie.

4. Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion (100ML) – PERCUMA musim haji sahaja
– Melegakan otot-otot yang lenguh akibat berjalan jauh.

Sebenarnya kalau korang pernah mendapatkan set travel Cosmoderm sebelum ni, ia lebih kurang sama saja dengan set Umrah dan Haji. Nama diubah sedikit untuk disesuaikan dengan mood Haji sekarang.

Bahan wangian juga tidak ditambah di dalam krim (bebas wangian) untuk menyesuaikannya dengan syarat sah ibadat haji. Cuma jika korang dapatkan set ni sekarang korang akan dapat satu lagi krim yang best iaitu Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion (100ML) secara PERCUMA.

So sesiapa yang merancang untuk pergi haji atau umrah tahun hadapan, eloklah korang dapatkan set ni. Dapatkan sekarang lebih baik kerana ia juga terbaik jika digunakan di Malaysia.

Kat mana nak dapatkan Set ni?

Set ni boleh didapati secara online di website Cosmoderm sendiri, ataupun boleh log in kat website jualan Lazada buat tempahan secara di talian.

 

Set ni boleh juga didapati di rangkain AEON Wellness dan Watsons.

1,001 total views, 3 views today

11 Comments

  1. Norliza Nordin September 8, 2017
    • sohoque September 8, 2017
  2. mas saari September 8, 2017
    • sohoque September 8, 2017
  3. Mama pipie September 9, 2017
    • sohoque September 9, 2017
  4. shazillah sani September 11, 2017
    • sohoque September 11, 2017
  5. sueizza September 12, 2017
    • sohoque September 12, 2017
  6. Saidila@kaklong September 13, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: