Hotel Lumut paling best? Kat mana tu.. Sabar..! Baca karangan ni dulu. Penat woo taip kalau kalian tak baca.. Hehe.. Jom teruskan pembacaan..!
Cuti sekolah dah semakin hampir pasti ramai IbuBapa yang masih merancang untuk membawa anak-anak bercuti dan mengambil peluang untuk beriadah serta meluangkan masa bersama keluarga. Lumut antara salah satu lokasi yang menjadi pilihan ramai dalam merancang percutian ketika musim cuti sekolah. Disini terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan antaranya adalah mandi manda di Pantai Teluk Batik.
Teluk Batik merupakan sebuah pantai yang terletak 7km dari Jeti Lumut Perak dan terletak dibawah daerah Manjung. Keluasan pantainya hampir 2km menjadikan Teluk Batik salah satu lokasi perlancongan yang terkenal di Negeri Perak.
Perkara pertama yang korang mungkin pertimbangan dalam merancang percutian adalah dari segi penginapan. Yanie akan kongsikan dengan korang senarai antara hotel – hotel yang menarik dan mungkin murah untuk penginapan yang menjadi pilihan ramai di sekitar Lumut. Terdapat berpuluh hotel sebegini tetapi hanya 5 hotel yang menjadi pilihan Yanie.
1. Hotel Oriental Star – Hotel Lumut dekat dengan Lumut Waterfront
Hotel Oriental Star terletak betul-betul di kawasan Lumut. Hanya 7 minit berjalan kaki ke Lumut Waterfront dan terletak di hadapan laut Lumut yang memisahkan antara Lumut dengan Pulau Pangkor. Hotel ini bertaraf 3-4 bintang dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Terdapat kolam renang, gym, kemudahan sewaan basikal dan cafe. Di hotel lumut ini juga korang boleh tempah untuk adakan makan malam romantik (candle light dinner) dengan harga yang berpatutan berlokasi sebelah swimming pool lagi.
Sekeliling hotel lumut ini terdapat pelbagai jenis kedai makan dan kedai cenderahati. Korang boleh berjalan sahaja untuk ke Lumut Waterfront dan malam disana turut meriah untuk beriadah. Di malam hari, sepanjang Lumut Waterfront terdapat pelbagai jualan dari peniaga jalanan di situ. Kalau korang nak ke Jeti Lumut pun tak jauh dan boleh pergi ke Pulau Pangkor balik hari lagi.
Yanie pernah menginap di sini sempena meraikan hari jadi En.Suami yang lepas. Perkhidmatan dan layanan sangat memuaskan dan terbaik. Malah Yanie sempat buat tempahan makan malam (candle light dinner) istimewa walaupun tempahan agak lewat. Harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal hanya RM159.00 untuk 2 orang makan beserta perhiasan dan meja khas di tepi kolam renang.
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” background_color_class=”otw-silver” background_pattern=”otw-pattern-5″ icon_type=”general foundicon-heart” icon_color_class=”otw-red-text”]Rate harga: RM 156.90- RM 1200.00 | Alamat: Lot 203 & 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan. | No Tel: +60 5-683 3800 | Website: Oriental Star [/otw_shortcode_info_box]2. Marina Island Pangkor Resort & Hotel (MIPRH) – Hotel lumut yang konsep apartment
Marina Island Pangkor Resort & Hotel atau nama lainnya Best Western Marina Island Resort Pangkor yang berkonsepkan penginapan apartment. Terdapat 3 jenis pilihan iaitu apartment 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik.
MIPRH terletak di Pulau Marina yang disambungkan dengan jambatan antara tanah besar. Lokasi hotelnya berdekatan dengan Jeti Marina untuk ke Pulau Pangkor dan Marina Island Yacht Club. Kemudahan yang disediakan antaranya adalah pantai peribadi (private beach) dan juga terdapat kolam renang.
Aktiviti lain yang boleh dijalankan di hotel lumut ini adalah yang sesuai untuk teambuilding atau hari keluarga:
- Berkayak,
- Pingpong
- Beach Volleyball,
- Beach Soccer,
- Tele match,
- Eco challenge,
- Treasure hunt
- Team building
Di MIPRH keluarga Yanie pernah buat hari keluarga, hampir semua keluarga adik-beradik Mak Yanie hadir. Setiap keluarga kami tempah 1 apartment 3 bilik yang sangat selesa dan sesuai untuk keluarga yang besar. Kemudahan untuk menggunakan pantai juga dibenarkan serta telah dikhaskan untuk hari keluarga kami. Juga bagi aktiviti BBQ yang kami rancang dilaksanakan oleh pihak hotel dengan baik.
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” background_color_class=”otw-silver” background_pattern=”otw-pattern-5″ icon_type=”general foundicon-heart” icon_color_class=”otw-red-text”]Rate Harga: RM 218.00 – RM 628.00 | Alamat: Km 1, Jalan Utama Marina Island, Telok Muroh, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan. | No. Tel: 0505-683 2881/3881/4881, 0165248400 / 0165598100 / 0165597400 / 0165509300. | No Fax: 05-683 7882 | Website: Marina Island Pangkor [/otw_shortcode_info_box]3. Marina Cove Resort (Marina Cove) – Hotel lumut yang ada water park
Menarik tentang Marina Cove ini kerana ianya mempunyai Marina Taman Tema Air (Marina Water Park). Marina Cove terletak dipinggir laut dan jarak antara hotel dengan Pantai Teluk Batik sejauh 1.3km dan 8km dari Lumut Waterfront. Marina Cove mempunyai 2 jenis penginapan iaitu bilik hotel dan apartnment dari 1 bilik sehingga 3 bilik. Juga terdapat Executive Studio, Executive Primier Suite dan Penthouse.
Kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel antaranya Kolam renang, kelengkapan bilik tidur, mempunyai ruang tamu, ruang makan yang dilengkapi perabot, wifi, dewan seminar dan juga terdapat beberapa penginapan yang mempunyai balkony.
Bagi organisasi yang ingin jalankan team building juga boleh diadakan disini. Aktiviti yang boleh dijalankan disini:
- Riadah di Marina Taman Tema Air,
- aktiviti indoor,
- Jungle Trekking,
- Water Sport dan
- Obstacle Games.
Yanie belum berkesempatan untuk mencuba penginapan di Marina Cove, mungkin akan cuba menginap disini dalam masa terdekat. Yanie tertarik dengan lokasi dan Marina Taman Tema yang disediakan. Sangat sesuai untuk keluarga beriadah dan meluangkan masa bersama tanpa perlu ke lokasi yang berasingan untuk ke Taman Tema Air.
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” background_color_class=”otw-silver” background_pattern=”otw-pattern-5″ icon_type=”general foundicon-heart” icon_color_class=”otw-red-text”]Rate Harga: RM 133.00 – RM 977.00 | Alamat: MARINA COVE RESORT, Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan. | No. Tel: +605-683-6666 | Email: reservation@marinacoveresort.com.my | Website: www.marinacoveresort.com.my[/otw_shortcode_info_box]4. Virgo Batik Resort (Virgo Batik) – Hotel di Pantai Teluk Batik
Virgo Batik menjadi pilihan Yanie kerana ianya betul-betul terletak di kawasan Pantai Teluk Batik. Hanya 3 minit sahaja berjalan kaki ke pantai dan 10km ke Jeti Lumut. Kawasan resort dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa dan pemandangan pantai. Resort ini bertaraf 3 bintang dan jika korang inginkan penginapan bajet tetapi berhadapan dengan pantai, Virgo Batik adalah pilihan.
Virgo Batik juga mempunyai 2 pilihan jenis penginpan iaitu bilik hotel, apartment 1 bilik dan apartment 2 bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan Television, telefon, mini-bar, coffee/tea maker, iron dengan ironing board dan hair dryer. Kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak Virgo Batik seperti kolam renang, Restaurant & Cafe, Ballroom Conference room, Laundry service, Wake-up call dan tempat letak kereta yang selesa. Cuma bagi kolam renang ianya terletak disebelah bangunan resort dan bersaiz agak kecil.
Disini agak menarik dari segi lokasi yang sangat berdekatan dengan pantai Teluk Batiknya. Yanie pernah datang disini bersama keluarga mertua. Kami tempah 3 bilik dan bagi Yanie biliknya agak selesa serta sesuai untuk keluarga yang merancang percutian bajet.
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” background_color_class=”otw-silver” background_pattern=”otw-pattern-5″ icon_type=”general foundicon-heart” icon_color_class=”otw-red-text”]Rate Harga: RM 191.00 – RM 350.00 | Alamat: Persiaran Teluk Batik, Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak, Malaysia | No. Tel: 05-6691334, 05-6836334, 05-6835334 | No Fax: 05-6692334 | Website: http://www.virgobatikresort.com/[/otw_shortcode_info_box]5. Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut (SGBRDL) – Hotel 4 bintang di Teluk kopiah Forest Damai Laut
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut merupakan resort yang bertaraf 4 bintang. Ianya terletak di kawasan rizab Teluk kopiah Forest Damai Laut dan bersebelahan dengan Pantai Teluk Senangin. Swiss-Garden Resort yang dikelilingi dengan keindahan hijau dan pemandangan laut yang sangat cantik. Jarak antara resort ke Jeti Lumut adalah 28.5km dan 21.6km ke Bandar Seri Manjung.
SGBRDL mempunyai pantai persendirian yang sangat cantik pemandangannya dan memberikan ketenangan dengan bunyi ombak pantai. Kawasan tertutup membuatkan SGBRDL lebih exclusive dan mewah. Bilik yang disediakan dengan keluasan 35sqm bagi jenis bilik Deluxe dengan kemudahan dalam bilik seperti iron, ironing board, selipar, hair dryer, Coffee And Tea Making Facilities, Daily Newspaper, Electronic Save Box, tab mandi, Wifi, mini peti sejuk dan television. Setiap bilik dilengkapi dengan balcony yang luas dan jika dapat bilik view laut yang terbentang luas dan cantik. Ianya pasti memberikan percutian korang lebih tenang dan menarik.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh para tetamu disini :
- Padang golf,
- mandi di kolam renang yang luas,
- pusat rekreasi,
- gimnasium,
- sauna & jakuzi,
- kelab kanak-kanak,
- pusat sukan air (water sport),
- kursus teambuilding dan
- paling wanita suka adalah ke Samsara Spa.
Ini adalah pilihan resort yang sangat Yanie suka serta selesa. Bilik yang besar, bersih dan panorama yang indah menjadikan ianya sangat berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Harga bilik yang dipaparkan dalam website agak mahal tetapi jika korang boleh terus tempah melalui online website hotel atau website perkhidmatan hotel seperti Agoda, Booking.com, Trivago atau Traveloka dengan harga promosi. Nak tahu Yanie dapat rate bilik serendah RM260.00 bagi 1 bilik deluxe beserta sarapan untuk 2 orang.
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” background_color_class=”otw-silver” background_pattern=”otw-pattern-5″ icon_type=”general foundicon-heart” icon_color_class=”otw-red-text”]Rate Harga: RM696.00 – RM5250.00 | Alamat: Persiaran Swiss-Garden, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. | No. Tel: +605-684 3333 | Fax : +605 – 618 3388 | Email : reservation@sbdl.swissgarden.com | Website: Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut[/otw_shortcode_info_box]Nak senang boleh ikut senarai hotel Lumut ni
Itulah senarai 5 hotel yang menarik dan agak murah di Lumut Perak. Yanie senaraikan hotel-hotel tersebut berdasarkan pencarian dan pengalaman Yanie yang pernah menginap di situ.
Seperti yang Yanie katakan tadi, banyak lagi hotel-hotel yang terdapat di tempat ini. Cuma korang kena rajin cari info untuk dapatkan rate dan fasiliti yang bertepatan dengan kemahuan korang. Kalau malas cari, ikut jer senarai Yanie ni. InsyaAllah… korang akan berpuas hati nanti…!
murahhh??? huhuhu… tp mmg menarik semua hotel di atas![My Profile](https://explorasa.my/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
shiqeen sattar recently posted…Tips Kecantikan Oleh Shiqeen Sattar
murah… bkn murahan… agak murah la dengan fasiliti yg ditawarkan
Ya ampunnnnnnnn.
Makin banyak pilihan.
Tinggal pilih. Duduk dgn budget![My Profile](https://explorasa.my/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
Pencari Makan recently posted…My Boat Noodle Menu Baru Dan Diskaun Hari-hari Untuk Penggemar Boat Noodle
yup… ada bajet blh la pilih…
Setakat ni baru pernah sewa dekat Marina Cove Resort.. yang lain belum pernah lagi..![My Profile](https://explorasa.my/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
anuar recently posted…Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
Tertima kasih Explorasa..![My Profile](https://explorasa.my/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
yanieyusuf recently posted…D’Kayangan Steamboat Grill Best Di Shah Alam
kipidap… teruskan menulis dgn entri2 dgn content yg bagus dan memberi manfaat kepada ramai orang
Percutian tepi pantai memang best. Bagus info ni.![My Profile](https://explorasa.my/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
sisza recently posted…Tips turunkan suhu demam anak cepat dengan mudah dan berkesan
Terima kasih sebab sudi singgah
Wah bnyak bnget ya hotel” keren sekarang ini mah.. thank ya infonya:)
dalam semua hotel ni pernah cuba marina cove saja
tapi waterpark sebelah marina cove ini sangat teruk…tak pernah servis agaknya![My Profile](https://explorasa.my/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
aRzMoHa recently posted…Jangan Takut Kita Tak Keseorangan
Yang bestnya dapat point untuk diredeem dengan pelancongan di masa akan datang
NZED GuestRoom | Cheap Accommodation Room in Lumut, Perak
Enjoy PLEASANT stay experience for CHEAP accommodation room with GREAT value for money in one of the TOP locations in Lumut, Perak
NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak
Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak