The LifeCo Detox Program Day 4 – Sedih Pulak Nak Tinggalkan Phuket

Hari ke empat dah. Hari terakhir kami di sini. Kejap jer rasa. Sedih pulak rasa nak tinggal tempat ni. Tempat yang sangat tenang. Tak fikir pasal kerja. Tak perlu redah jem. Aman fikiran.

Flight ke KL sebelah petang. Pukul 4. Pukul 2 dah nak kena checked out dari sini. Pagi ni pulak banyak benda nak kena selesaikan sebelum balik. Sebabnya kebiasaan program Master Detox ni diorang buat selama 7 hari. Tapi kami buat 4 hari jer. Itu yang jadi kelam kabut sikit.

Morning Walk hari ke empat

Aktivity sperti biasa. Selepas minum terus ke pantai untuk Morning Walk. Kali ini ke pantai lain pula. Lokasi pantai untuk morning walk hari ni adalah pantai berhampiran dengan lapangan terbang Phuket.

pantai-phuket-3

pantai-phuket-4

Cuaca agak redup pagi ni. Air laut juga dah semakin pasang sewaktu kami sampai ke pesisir pantai. Pantai yang putih pasirnya dan landai ke laut sudah dilimpahi air menjadikan pantainya agak sempit. Namun aktiviti berjalan selama 30 minit tetap kami teruskan.

Keindahan pantai masih lagi dapat dinikmati walaupun air semakin pasang. Apa lagi yang mampu dibuat dengan pemandangan yang indah sebegitu selain daripada merakam gambarnya.

pantai-phuket-2

pantai-phukey-1

Berjalan di pesisir pantai ni bagus walaupun hanya berjalan selama 30 minit. Sebabnya pasir pantai menjadikan aktiviti berjalan sedikit sukar. Ini menjadikan badan kita cepat berpeluh selain daripada dapat menghirup udara yang segar. Pemandangan yang cantik dengan desiran ombak juga mampu memberi ketenteraman pada jiwa.

Sarapan sedap

Hampir pukul 9 kami sampai ke The LifeCo. Terus kami ke cafe untuk mendapatkan sarapan untuk pagi ini. Dalam hati tertanya-tanya apa pula menu sarapan pagi ni. Tidak lama kami tunggu sebelum jawapannya kami perolehi.

bubur-sago-detox

bubur-sago-detox-2

Sarapan pagi ni lain daripada hari-hari yang sebelumnya. Seperti Bubur Sago rupanya. Sedap…! Kalau la ada 2 mangkuk, memang 2 mangkuk aku habiskan aku rasa.

IV Dripping dan analisa darah

Selepas sarapan kami dijadualkan untuk membuat IV Dripping iaitu memasukkan beberapa liter mineral ke dalam badan. Prosesnya sama seperti menerima darah di hospital. Aku memang tak kesah dengan jarum untuk dicucuk untuk tujuan memasukkan air ke dalam urat nadi. Kena pulak nurse kat situ lawa. hahahaha.

the-lifeco-phuket-nurse-comel-2

the-lifeco-phuket-nurse-comel-1

Kemudian kami dibawa ke sebuah bilik tempat darah dianalisa. Sebenarnya jika korang datang ke sini darah korang akan dianalisa dahulu untuk mengetahui tahap kebersihan darah korang. Daripada proses ini diorang akan tahu macamana cara pemakanan korang, tahap toksin dalam darah dan banyak lagi.

Ttitsan darah yag diambil diletakkan dibawah microskop dan dibesarkan sehingga 15 kali. Apa yang dapat dilihat dibawah mikroskop disambungkan dan dapat dilihat di kaca TV. Daripada situ diorang akan analisa dan bagitau tahap kebersihan dalam darah kita.

the-lifeco-phuket-analisa-darah-1

the-lifeco-phuket-analisa-darah-2

Oleh kerana masa yang singkat hanya 2 orang daripada kami yang dipilih untuk dianalisa darahnya iaitu Ben dan Ayue. Banyak yang aku belajar daripada analisa darah ni. Paling teruja apabila melihat tompok-tompok darah putih berenang dan memakan bakteria jahat di dalam darah.

Kami sempat juga menggunakan mesin menganalisa badan. Mesin yang seperti mesin timbang ini amat canggih apabila bukan hanya mampu menganalisa BMI tetapi memberikan gambaran menyeluruh jisim badan kita. Sehinggakan anggota badan yang mana lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian pun dianalisa oleh mesin ini.

Makan Tengahari

the-lifeco-phuket-lunch-2

the-lifeco-phuket-lunch-1

Kami sempat menjamah makan tengahari sebelum berangkat pulang. Menu yang dibuat seperti Shushi tetapi daripada bahan sayuran. Ok la. Aku boleh telan menu ini.

Selamat tinggal The LifeCo Phuket

Sedih rasanya nak balik ke Malaysia. Ya la dekat Malaysia nanti memang aku akan menghadapi cabaran yang amat besar untuk aku teruskan dengan cara pemakanan sebegini.

Persekitaran, masa dan kos mencari bahan aku rasa adalah cabaran utama. Cuma aku bersyukur diberi pelung ke sini kerana aku boleh belajar dan tahu tentang makanan detox yang bagus untuk badan. Tentang cabaran di Malaysia nanti aku akan cuba sesuaikan diri.

Sebelum balik kami diberi sijil penghargaan tanda kami dah berjaya melalui program detox di The LifeCo Phuket. Pusat detox dan rawatan penyakit kronik yang patut korang lawati.

the-lifeco-phuket-sijil-kehadiran-2

the-lifeco-phuket-sijil-kehadiran

the-lifeco-phuket-sijil-kehadiran-3

Detox jika mampu amat baik untuk korang amalkan setiap hari. Sebabnya sistem dalaman badan kita sebenarnya dah terlampau banyak berkerja untuk menapis dan memperelokkan badan kita daripada sumber makanan yang tidak terkawal dengan toksin dan lebihan yang tidak diperlukan oleh badan.

Korang bayangkan jika korang berumur 40 tahun. Dan korang makan ikut suka korang jer tanpa mengetahui tentang keperluan sebenar badan. Bayangkan bagaimana sistem dalaman dalam kita berkerja untuk menapis segala toksin dan bahan yang tidak diperlukan badan. Bekerja siang malam 24/7 selama 4o tahun.

Eloklah jika korang buat detox untuk badan. Tak boleh amalkan setiap hari amalkan 2 hari dalam seminggu. Tak mampu juga buat lah 2 kali sebulan. Tak mampu juga buatlah proses detox, seeloknya master detox 2 kali setahun. Nak senang korang datang jer ke The LifeCo Phuket ni. Segalanya akan disediakan untuk korang dalam proses master detox korang di sini nanti.

Sesungguhnya aku amat bersyukur diberi peluang datang ke sini. Bukan sedikit kesedaran dalam penjagaan pemakanan dan ilmu yang aku dapat. Terima kasih kepada The LifeCo Phuket kerana sudi mendedahkan tentang pusat detox ini dan menjemput aku ke mari. Terima kasih juga kepada Ben Ashaari kerana beliau juga tawaran ini datang. Terima kasih kepada blogger lain yang turut serta iaitu Ayue dan Shiqeen Sattar.

the-lifeco-phuket-international-airport

Selamat tinggal Phuket. Selamat tinggal The LifeCo Phuket. Jika ada kelapangan jemputlah kami ke pusat detox yang lain pula iaitu Ankara dan Istanbul. Seronok dapat berkerjasama dengan korang!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ