Sign in / Join

The LifeCo Detox Program Day 3 – Badan Dah Boleh Terima Proses Detox

Hari ketiga. Badan dah mula rasa ringan. Nafsu makan makanan yang pelbagai berjaya aku tundukkan setakat ini. Maknanya badan aku dah mula faham apa yang aku buat.

Morning Walk

tasik di The LifeCo Phuket waktu awal pagi

tasik di The LifeCo Phuket waktu awal pagi

Rutin biasa, selepas pekena segelas Cayenne Lemonade, kami menunggu untuk kenderaan pacuan 4 roda untuk program Morning Walk di pantai. Kali destinasi kami kepantai yang lain daripada semalam. Di Phuket ni memang tak susah nak cari pantai cantik sebab memang pantai kat sini cantik belaka. Kali ni kami dibawa ke Nai-Yang Beach.

the-lifeco-phuket-nai-yang-beach-1

the-lifeco-phuket-nai-yang-beach-4

the-lifeco-phuket-nai-yang-beach-3

the-lifeco-phuket-nai-yang-beach-2

Setengah jam kami berjalan sambil menikmati pandangan yang amat mendamaikan. Sungguh indah ciptaan ilahi. Walaupun pagi ini air pasang agak cepat menyebabkan pantai yang landai dan putih dah di penuhi air laut, namun keindahannya masih tidak terjejas.

Sarapan

Balik ke The LifeCo Phuket, kami terus lepak di cafe. sebabnya perut dah berbunyi mintak diisi dan memang masa sarapan pun masa tu.

Tak lama duduk berehat di tepi tasik, makanan pun sampai… Waaahhh… sarapan pagi ni dah lain. Tidak lagi Salads dan Green Juice. Suka giller rasa kejap. Hahahaha.

Yang sebenarnya makanan tu pun asasnya sayuran jugak. Tapi saja dibuat dalam bentuk lain supaya tak nampak seperti makan salads jer. Pelbagaikan menu supaya tak rasa boring asyik makan benda sama.

the-lifeco-phuket-dinner-2

the-lifeco-phuket-dinner

Aku tak begitu pasti bahan-bahannya untuk dibuat menu ini. Tapi yang pasti ia adalah berasaskan sayur-sayuran. Sebabnya kat sini memamng tak ada makanan lain selain daripada yang berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada sebarang makanan yang siap dibungkus (packed food). Tiada juga makanan yang berasaskan haiwan (animal based food).

Rasanya… Hmmm tak ada la sedap sangat tapi boleh la. Makan jer sebab perut lapar. Dan menu ni berjaya dihabiskan dalam masa sekejap jer. Hahahaha.

Yoga

Pagi ni cuaca tidak secerah sebelumnya. Hujan renyai-renyai. Selepas bersarapan kami mengambil keputusan untuk menyertai kelas yoga yang memang rutin diadakan di sini setiap pagi dan petang.

the-lifeco-phuket-yoga

Pertama kali aku sertai yoga. Bagus senaman ni. Badan kita akan menjadi sangat fleksibel dan ia membantu pengaliran darah dengan lebih baik ke seluruh badan.

Aku tak berjaya menghabiskan senaman yoga ni. Separuh jalan, kepala dah terasa pening. Angin memang keluar dari badan melalui sendawa bertubi-tubi. Aku berhenti separuh jalan jer.

Buat Yoga ni, badan akan jadi fleksibel

Buat Yoga ni, badan akan jadi fleksibel

Yoga ni kalau buat atas niat nak bersenam tanpa ada apa-apa amalan asal dia tak apa. Sebab dalam senaman yoga ni memang ada mentera yang dibaca pada akhir senaman. Haaa tak payah ikut yang tu ya…!

Angel Of Water – Memang seram sejuk habis!

Haaa selepas sesi yoga kami menjalani satu proses dengan mesin yang dipanggil Angel of Water. Ia proses untuk cuci colon (usus) sebenarnya. Sebabnya penyakit banyak datang daripada usus yang kotor.

Bayangkan… kita makan segala benda termasuk yang ada bahan kimia masuk ke dalam perut kita. Selama berpuluh-puluh tahun usus kita menanggung bahan-bahan tu semua, memproses dan membuang sisinya.

Malangnya bukan semua dapat dibuang. Ada banyak lagi sisa makanan yang tak diperlukan badan masih terperangkap dalam usus kita. Yang ni lah akan kami cuci dan buang menggunakan mesin Angel of Water ni.

Caranya agak seram sejuk. Kita dikehendaki berbaring di atas mesin khas dan memasukkan satu tiub ke dalam dubur untuk mesin mengepam air tu ke dalam usus untuk tujuan pembersihan sisa kotoran yang bersisa.

the-lifeco-phuket-angel-of-water-2

the-lifeco-phuket-angel-of-water

Semua kena buat sendiri. Dengan menggunakan minyak kelapa sebagai bahan pelincir, sebenarnya tiub yang kecil tu tak susah pun masuk ke dalam dubur. Huh diliwat aku hari ni.. hahahaha…

Dah berjaya masukkan tiub, hidupkan mesin. Fuuuuh air dah dipam masuk ke dalam perut. Terasa perut membuncit dengan air. Cemas jugak seketika. Sehinggalah tiba-tiba terasa sakit perut nak berak. Dah tak tahan dan… Burrrrr… lepas kan kat situ.

Memang mesin ni direka khas untuk sempurnakan proses masukkkan air ke dalam usus dan keluarkan bahan bersisa bersama air tadi ke dalam tempat khas di bawah tempat pembaringan. Dari situ kita akan dapat lihat kotoran daripada usus kita yang keluar berketul-ketul melalui satu cermin khas.

8 liter air kesemuanya. Dan kita perlu relakan sekurannya 4 liter daripada air tersebut untuk masuk ke dalam usus. Memaang selepas 4 liter air masuk dan dikeluarkan seumula dengan cara berak, kotoran yang terlihat di dalam cermin khas tadi dah berkurangan.

Proses memakan masa selama lebih kurang satu 40 – 50 minit. Aku habiskan air 8 liter tu. Memang bersih usus aku hari tu. hahahaha.

Makan Tengahari

Menarik menu makan tengahari hari ni…!!! Campuran pelbagai sayuran serta kekacang disediakan bersama pasta lembut yang hanya direndam di dalam air biasa. Tidak direbus untuk tidak menghilangkan zatnya. Sos khas juga disertakan sekala untuk menjadikan menu ini lebih berperisa dan sedap…

the-lifeco-phuket-lunch-2

the-lifeco-phuket-lunch

Aku suka menu ni! Sedap!

Berehat

Habis makan tengahari kami berehat saja di bilik. Mandi dan solat.

Baru jer nak layan movie kat TV, pintu diketuk lagi. Ibrahim terpacul…

“your meal sir…

the-lifeco-phuket-minum-petang

Haaa menu minum petang ni pun berbeza. 2 biji bebola macam bergedil. Dibuat hasil campuran kurma dan beberapa bahan yang lain. Disertakan sekali 2 hiris nanas. Sedap menu minum petang ni. Aku ingat nak buat kat rumah lah nanti. Kurma pun ada lagi kat rumah tu.

Briefing dan terapi minda dengan Mandala Painting

Briefing lagi. Kali ni Miss Gronca terangkan dengan lebih lanjut tentang program detox dan fungsi The LifeCo. Apa yang patut kami highlite dan sebagainya.

brriefing santai... enjoy!!!

brriefing santai… enjoy!!!

Kami sambung terus dengan sesi Mandala Painting. Ini adalah sesi terapi minda. Facilitator akan tahu apa fikiran kita sedang fikir sekarang dengan berpandukan lukisan Mandala yang peserta hasilkan.

Lukisan Mandala Abam Hoq

Lukisan Mandala Abam Hoq

Renata, facilitator untuk sesi Mandala Painting

Renata, facilitator untuk sesi Mandala Painting

Bagus jugak sesi ni. Sebab ia sangat membantu peserta untuk fokuskan minda. fikir apa yang dibuat waktu sekarang jer tanpa masukkan peristiwa dahulu ataupun akan datang.

Dinner

Habis hari ketiga. Malam menjelang tiba. Masa untuk makan malam. Makan menu ni.

the-lifeco-phuket-dinner-2

the-lifeco-phuket-dinner

Menu baru lagi. Berlainan daripada yang sebelum ni. Tengok jer terus terasa teruja nak cuba apa rasa dia. Juga disediakan daripada bahan sayuran dan buahan.

Best jugak…! Kalau buat detox kat rumah makan macam ni rasanya ok jer kot tak makan makan lain. Sedap-sedap makanan dia…

sebelah malam rileks-rileks jer sambil layan blog dan movie… Then tiur…!

1,400 total views, 4 views today

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: