Pengalaman Berlayar Bersama Pak Nil Dan Star Cruise – Hari Kedua

Hari kedua trip Berlayar Bersama Pak Nil dan Star Cruise anjuran Malaysian Harmony Travel & Tours (MHTT) dan Santai Travel bermula dengan sarapan yang best di Mariners Buffet, deck 9. Sarapan diambil agak awal kerana para peserta akan berkumpul untuk turun ke daratan melawat Langkawi bumi Mahsuri.

tugu helang langkawi
Dataran Helang Langkawi

Pukul 9 pagi kami turun ke daratan Langkawi. Di sini kami dibawa melawat Under Water World Langkawi. Ini adalah kali kedua aku ke Under Water World. kali pertama dahulu aku datang ke sini bersama keluarga. Tiada banyak perubahan kepada tempat akuatik ini sejak lawatan aku kali pertama dulu. Namun perasaan masih teruja melihat pelbagai spesis binatang akuatik.

Kami juga dibawa untuk membeli belah di pasaraya Billion, salah satu tempat membeli belah bebas cukai yang menjadi tumpuan pelancong di langkawi. Coklat memang murah di sini. Daim dan Pepero menjadi rebutan. AKu sempat menyambar beberapa paket Daim sebagai buah tangan untuk anak-anak dan keluarga terdekat. Pepero aku tidak berani beli kerana statusnya pada masa ini masih diragui berkenaan pendedahan bahan tidak halal yang terdapat di dalam bahan pembuatannya.

Di sini, sempat juga kami dibawa ke Makam bersejarah Mahsuri dan berhenti di kilang membuat gamat.

gambar rumah mahsuri
rumah Mahsuri

Setelah 5 jam berjalan-jalan sambil membeli belah di sini, tibalah masanya kami kembali ke kapal untuk meneruskan aturcara trip yang lebih mengujakan pada hari kedua ini. Pukul 6 petang kami kembali ke kapal.

Gala Dinner

Pada malam itu ada dua function yang sungguh mengujakan. Yang pertama adalah Gala Dinner. Kami dan peserta Berlayar Bersama Pak Nil yang lain dijemput untuk makan malam bersama kapten dan ketua-ketua staf kapal yang turut juga disertai oleh Pak Nil.

gambar group
Hanya pengunjung yang berpakaian formal dibenarkan masuk

Makan malam ini adalah formal. Ada dress code untuk masuk ke sini. T Shirt tanpa kolar, selipar, dan seluar pendek memang tidak dibenarkan. Makan Malam ni memang eksklusif. Memang mengikut tatacara makan malam yang formal. Menu pula adalah set menu makanan barat. So malam tu terpaksalah kami berlagak menjadi golongan elite menikmati makan malam di restoran mewah.

Rakan blogger dan media
Rakan blogger dan media

Pengalaman makan malam Gala Dinner ini memang best. Memang akan terpahat menjadi kenangan dalam hidup aku sebagai blogger.

Exclusive Chocolate Buffet Supper & Kain Batik Kain Pelikat Night Theme With Pak Nil

pemandangan dari atas kapal yang sungguh mendamaikan
pemandangan dari atas kapal yang sungguh mendamaikan

Selepas berehat seketika menikmati pemandangan laut lepas di deck 9, lebih kurang pukul 10.30 kami ke satu lagi event yang sangat best iaitu Buffet cokelat. Di sini juga diadakan party bertemakan kain batik dan kain pelikat yang dikendalikan oleh Pak Nil. Pak Nil memang meletakkan syarat peserta yang ingin ke sini harus memakai samada kan batik bagi wanita dan kain pelikat bagi lelaki.

Pak Nil tidak pernah gagal dalam menghiburkan peminatnya
Pak Nil tidak pernah gagal dalam menghiburkan peminatnya

Party ini sangat happening dek kerana permainan yang telah dirancang oleh Pak Nil. Dan yang aku paling respek ialah para peserta yang sangat sporting mengikut rentak Pak Nil. Ada peserta yang mengambil bahagian telah berpangkat nenek tapi masih sporting.

Selepas itu, kami ber “supper” dengan pelbagai jenis chocolate.

kek untuk party buffet cokelat
kek untuk party buffet cokelat

Selepas event itu, kami berempat (peserta mewakili blogger ke trip berlayar bersama blogger) tidak terus ke bilik untuk tidur. Tetapi kami mencuba Jakuzi yang terletak bersebelahan dengan kolam renang di deck 9. Berehat dengan berendam di dalam jakuzi air panas sungguh seronok. Ia dapat menyegarkan badan yang keletihan setelah seharian berjalan di Langkawi pada siang tadi.

Hari kedua trip ini ditutup dengan penuh keriangan. Trip berlayar bersama pak nil dengan Star Cruise bersama MHTT dan Santai Travel memang best!

Loading

Related Stories

Discover

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai "Masjid Tengku Tengah Zaharah," merupakan salah satu mercu tanda...

Banjaran Titiwangsa | Harta Karun Alam Semulajadi Tulang Belakang...

Banjaran Titiwangsa, sebuah rangkaian bukit dan gunung yang mengukir lanskap Semenanjung Malaysia, adalah antara...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ