Masih tak percaya
Pagi tadi aku terbangun awal daripada tidur. Sebabnya aku terdengar bunyi Ben mandi. Fuuuuh dengar bunyi orang mandi pun aku dah boleh terjaga. Kalau kat rumah jangan harap la. Wife aku kejut banyak kali baru aku terjaga dan bergerak malas ke bilik air.
Padahal malam tadi aku tidur lewat malam sebab terpaksa siapkan report Kyushu Muslim Trip yang aku baru balik tempohari. Dah siap Ben mandi dan turun ke cafe, giliran aku mandi pulak. Sambil mandi fikiran aku menerawang memikirkan pasal trip aku ke Phuket kali ni. Hmmm macam tak percaya jer. Aku kemari semata-mata nak makan salads, minum Green Juices dan yang sewaktu dengannya. Aku semacam tak percaya jer aku boleh lalui seharian semalam tanpa nasi dan lauk-lauk lain.
Semalam kami hanya makan salads. Dan aku ok jer makan salads sedangkan selama ini hanya timun jer boleh lalu tekak aku. Kalau sayuran lain memang aku paksa untuk makan. Tapi semalam selamba badak jer aku kunyah dan telan. Hmmm..
Sarapan di The LifeCo Phuket
Aku bersiap dan turun ke cafe yang terletak di tepi tasik yang indah dan tenang tepat pada pukul 8.00 pagi. Berdiri di tepi tasik ini sambil mendengar kicauan burung mendatangkan rasa yang cukup tenang. Dalam hati terfikir, alangkah untungnya kalau rumah aku macam ni.
Tak sempat pun panjang angan-angan aku dikejutkan dengan satu suara: “Assalamualaikum… Good morning…” Ibrahim, tukang sediakan makan dan minum di situ datang membawakan segelas Jus kepada kami seraya menerangkan tentang tentang air tersebut.
Ya hanya segelas jus untuk sarapan. Hahaha. Perut aku biasa makan makanan berat pepagi macam ni. Boleh ke kenyang ni?.
Jus kali ni ialah campuran lemon dan ceyenne (serbuk lada). Di blend sekali untuk dijadikan jus. Rasanya adalah rasa lemon dengan sedikit pedas. Hmmmm.. lambat aku nak habiskan air ni. Rasa pedas tu agak mengganggu. Ia membuatkan tekak aku terasa perit. Tapi aku habiskan jugak sebab memang aku akan follow segala apa yang dibuat dalam program detox ni.
Morning Walk
Tepat jam 8.15 pagi, sebuah kenderaan pacuan 4 roda sudah siap sedia menunggu kami untuk membawa kami ke pantai berdekatan untuk Morning Walk, senaman pagi dengan berjalan-jalan di tepi pantai selama setengah jam.
Destinasi Morning Walk pagi ini adalah di Naithon Beach, 5 minit perjalanan dengan pacuan 4 roda daripada Casa Sakoo, tempat terletaknya The LifeCo Phuket.
Cuaca pagi ni sangat baik. Sebaik sahaja turun dari kenderaan pacuan 4 roda, mata ku terus terpaku ke arah pantai yang terbentang luas di depan kami. Sungguh indah pantai ni. Kena pulak masa kami sampai tu air masih belum pasang.
Maka puaslah hati kami menjamu mata dan kamera dengan permandangan cantik pantai ini. Sambil berjalan sambil kami gigih mengambil gambar…!Kena pulak cuaca pagi ni memang sesuai sangat dengan kamera iPhone 6 plus aku ni. iPhone ni kalau nakkan hasil gambar terbaik, cahaya tak boleh terang sangat dan tak boleh malap sangat.
Maka terhasillah gambar-gambar berikut. Ok la bagi aku yang termasuk dalam fotografer kategori novice ni.. Nubis kata gen Y sekarang…
Briefing oleh The LifeCo Phuket
Balik dari Morning Walk, kami berkumpul di bilik briefing kejap untuk mendengar penerangan yang lebih jelas tentang The LifeCo ni. Panjang lebar jugak penerangan oleh Miss Gronca incharge person kat situ.
Baru lah aku tau apa itu detox program yang sebenarnya… Apa fungsi The LifeCo ni. Bagus sungguh program detox dan The LifeCo ni. Nanti la aku kongsikan dalam entri seterusnya. Sebab entri pasal ni nanti akan jadi lebih kepada entri info. So aku boleh kurangkan sesi merapu kat situ nanti. Tunggu yer…
Jus Kedua di hari kedua
Sambil mendengar briefing kami dihidangkan pula sekali lagi dengan jus. Pelik jugak aku kenapa asyik jus jer. Bila aku tanya baru tau bahawa program hari kedua ni adalah Green Juice. Maknanya kami hanya akan minum jus sahaja untuk hari ni. Omaigad… Hehehe…
Haa kali ni kami dihidang dengan Green Juice. Selery, mentimum, lemon dan halia dicampur dan dikisar di dalam slow blender untuk dijadikan jus. Hmmm… Bila di dekatkan dengan mulut untuk diteguk, bau selery yang pertama menerjah hidung. Hahahaha.. lain macam jer baunya.
Tapi aku bulatkan tekad, segelas green juice habis aku teguk. Sedap juga.
Rehat dan jus ketiga
Lepas briefing, aku ambik peluang untuk berehat jer. Walaupun ada jer program yang telah ditetapkan oleh The LifeCo Phuket ni. Nak exercise exercise kat Gymnasium dan Swimming kat pool pun boleh. Tapi aku pilih untuk naik ke bilik untuk sambung sikit lagi report Kyushu Muslim Trip*** aku.
Tengah ralit buat kerja kat bilik, pintu bilik diketuk. Ibrahim lagi.
“Assalamualaikum… What Malaysian say for Good Morning” tanya Ibrahim mesra siap dengan leretan senyuman.
“Selamat Pagi” jawab aku ringkas. Senyum sikit jer. Nak senyum lebih-lebih rasa janggal lak. Dia ni lelaki. Hahaha.
Lepas menghulurkan Green Juice sekali lagi kepada aku di muka pintu bilik, beliau berlalu dengan ucapkan “selamat pagi” dengan pelat. Hahaha…
Hmmm Green Juice lagi. Sama resipi macam aku minum kat bilik briefing tadi. Tak cakap banyak. Aku teguk jer cepat-cepat sambil habis. Sebabnya perut pun macam dah bagi isyarat untuk diisi. Dan aku tenggelam dalam keasyikkan menyiapkan report semula.
Aktivity petang dan jus ke empat
Aku mengisi masa lapang di petang ini dengan menghadiri sessi presentation berkenaan dengan masalah “Ketagihan”. Masalah ketagihan memang menjadi satu perkara yang tidak elok untuk kehidupan kerana bila ia menakluki diri, kita dah jadi bukan diri kita yang sebenar.
Kita akan mengikut kehendak ketagihan kita yang akan menjurus kepada kebinasaan kepada badan kita. Tak kiralah ketagih apa. Rokok, dadah, alkohol dan lain-lain. Semuanya menyumbang kepada kebinasaan.
So dalam presentation yang dibincangkan oleh pakar tentang masalah ini (sorry, aku dah lupa nama dia…) ia membincangkan lebih lanjut tentang mengapa perkara ini terjadi dan macamana kita nak menghadapi perkara ini.
Lepas tu kami lepak-lepak lagi dipinggir tasik yang tenang dan indah kat situ. Sampai la waktu senja. Waktu untuk jus lagi. Jus ke empat untuk hari ni. Hahaha.
Aktivity malam
Tak der buat apa malam. Aku teruskan fasa terakhir report Kyushu. Sambil borak-borak dengan rakan sebilik Ben Ashaari. Dapat la aku cungkil rahsia dia dalam dunia blogging. Dan aku dapat perhati sendiri macamana kehidupan sebenar dia yang sentiasa memberikan sepenuh perhatian tentang kerjayanya sebagai blogger dan media social influencer.
Patut la kejayaan sentiasa mengiringi beliau. Ok aku follow yang ni. Hahaha.
Hari kedua melabuh tirai dengan jayanya hanya dengan meminum jus sahaja seharian… Aktiviti hari ni santai dan banyak berehat. Ini juga tujuan datang ke sini. Nak detox badan dan detox fikiran.