The LifeCo Detox Program Day 1 – Tetiber Stress Dengan Sayur

Bulan havoc

Hahaha gila betul aku bulan ni. Bermula daripada trip sungai lembing hari tu, Belum pun sempat tarik nafas puas-puas dah pergi trip lagi. Ini biasa bagi travel blogger tegar. Tapi aku pertama kali travel back to back macam ni

air-terjun-pelangi

Pengalaman di sungai lembing pun baru satu entri aku sempat share. Kemudian dah kena pergi trip muslim Kyushu. Job trip Kyushu ni kena pantas. Dia bagi masa seninggu jer untuk setelkan entri-entri kongsi pengalaman kat sana.

Sampai saat ni pun aku masih belum setel satu lagi entri trip Kyushu. Dan aku sekarang sedang ikuti trip lagi. Aku ke Phuket pula.

Processed with Snapseed.

Ya… sekarang aku sedang berada di sisi kolam renang lepak sambil tengok si Ben dan SS swimming.

Program Detox di The LifeCo Phuket

Oh ya aku ke Phuket untuk sertai program detox di The LifeCo. Selama 4 hari aku akan berada di sini rehatkan minda sambil membuang toksin-toksin dalam badan yang dah 40 tahun aku tak hirau. Ia dilakukan dengan program khas makanan sihat.

img_2266

Hari pertama program detox

Lunch

Sampai di phuket tadi dah dekat pukul 3 petang. Selepas welcome drink dengan air jus sayuran, kami terus dihidangkan dengan hidangan pertama, menu salad.

jus sayuran
jus sayuran

Sepinggan besar salad dihidangkan bersama sos avocado. Gulp… jenuh abam nak ngabihkannya.

img_2228

img_2239

Tour sekeling The LifeCo Phuket

Lepas lunch barulah ke bilik yang dah dikhaskan untuk kami. Rehat kejap dan turun balik untuk jalan-jalan melihat sekitar kawasan the LifeCo dan facilitinya.

Lengkap facility di sini. Memang sesuai sangat untuk program kesihatan seperti program detox ni. Untuk “tour” petang tadi kami dibawa oleh dua orang staff the LifeCo.

Kami dibawa ke Massage Sala.. bilik yang dikhaskan untuk massage bagi yang memerlukan. Tapi massage kena caj. Harga biasa katanya 2000 Baht. Sekarang tengah ada promosi, jadi harganya baht800 jer.

img_2260

Massage sini lengkap yer. Bukan sekadar massage biasa. Siap dengan mandi sauna, infra red dan lain-lain.

Ada banyak lagi fasiliti lain seperti klinik, gym, kolam renang, tempat yoga dan ain-lain.

img_2249

Dinner.

Meal kedua sejak kami berada di sini. Salag juga macam tadi. Cuma kali ini gabungan sosnya berbeza. Kali ini sosnya adalah sos avocado dan sos onion.

Processed with Snapseed.

Hmmm tarik nafas gak la aku nak habiskan. Sepinggan besar kot. Oh ya, bersama set dinner sihat ni disertakan sekali 2 biji pil detox. Kami dikehendaki makan sebelum mengambil dinner tadi.

Petang dah tak der nak buat apa dah. Sebab program detox kami selanjutnya hanya bermula besok pagi.

So kami hanya bersiar-siar sekitar villa the LifeCo jer sambil menunggang basikal.

Malamnya pulak, kami singgah di gym sekejap untuk panaskan badan dan senaman ringkas. Lepas tu terjun swimming pool. Aku tak terjun pun. Hehehe. Tengok jer.

Ok la. Besok pukul 8 pagi dah start program, morning walk kat pantai. Balik tu pulak ada yoga kot. So besok aku share lagi program detox hari kedua

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

    • detox gini lbh berkesan… sbb badan kita secara natural akan tahu kita detox dan dia akan mainkan peranan dia mencuci sistem dalam badan kita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ