Kyushu Muslim Trip – Hari ke 5 – Berangkat Pulang Ke Malaysia

Hari ke 5… Hari terakhir kami di bumi indah Kyushu Jepun. Sedih rasanya nak tinggalkan orang tempatan yang sopan, budaya yang unik dan paling best pemandangan yang sungguh indah.

img_2281

Kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka selesai sarapan pagi dengan menaiki coach yang disediakan. Penerbangan pulang nanti juga transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.

Pesawat berlepas tepat jam 10.06 pagi menuju Singapura. Memang sedih juga nak tinggalkan Kyushu ni. Kenangan di sini memang tak akan aku lupakan.

Benarlah kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Pemandangan yang indah di kebanyakan tempat yang dilawati memang membuka mata tentang kebesaran Allah.

Kita di Malaysia majoriti penduduk adalah beragama Islam. Tapi di Jepun Muslim adalah gologan minoriti sahaja. Namun menereka yang mendapat hidayah memeluk agama Islam tekun mengerjakan ibadah di sini.

Ryoma Miyoshi, pemandu pelancong kami adalah seorang Muslim. Islam beliau hasil daripada hidayah Allah. Keluarga beliau sendiri pun belum menganut Islam. Namun pegangan agamanya cukup kuat. Solat memang tidak ditinggalkannya. Kalimah-kalimah Allah biasa terpacul daripada mulutnya tanpa pelat. Alhamdulillah. Moga Ryoma berterusan beristiqamah dalam agama.

img_1950

Terima kasih Japan Tourism

Akhir sekali aku benar-benar berterima kasih kepada Japan National Tourism Organisation kerana sudi menjemput aku dan rakan-rakan blogger yang lain untuk ke Kyushu melihat, menikmati dan mengambil pengalaman sendiri tentang bumi Kyushu.

Kyushu adalah salah satu tempat menarik yang korang boleh lawati. Percayalah. Memang korang takkan menyesal datang ke sini. Cuma bagi yang tak biasa datang, korang bolehlah menggunakan khidmat pemandu pelancong di sana. Sebabnya kat sini amat jarang diorang berbahasa English. Ini menjadi antara masalah utama untuk korang berkomunikasi.

Sekian catatan hari terakhir aku tentang Kyushu Muslim Trip. Lepas ni aku menunggu peluang untuk ke negeri lain di jepun pulak. Banyak lagi tempat menarik di Jepun. Hokkaido, Tokyo, Osaka juga adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Aku akan kesana lagi bila ada peluang. InsyaAllah.

img_2282

Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan
Website : https://www.jnto.go.jp/

Korang boleh ikuti pengalaman Trip Muslim Kyushu ini daripada hari pertama di link di bawah:

 

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ