Kyushu Muslim Trip – Day 2 – Terpegun Dengan Lanskap Samurai Residence

Aku terjaga dari lena pada pukul 5.30 pagi. Kat sini waktu macam ni dah kira lewat dah. Subuh masuk pukul 4.30 pagi kat sini. Selesai bersiap aku dan Lan Careno turun ke gigi air pantai berdekatan. Memang kami dah rancang malam tadi untuk ber”photo shoot” kat sini.

ibusuki-iwasaki-hotel-panorama-2

ibusuki-iwasaki-hotel-panorama-3

ibusuki-iwasaki-hotel-panorama-1

Aku banyak belajar tentang fotografi kat sini. Dan aku agak bangga sebenarnya. Cantik jugak hasil bidikan aku dengan bimbingan Lan Careno. Kalau tak caya boleh ke blog Abah Careno. Gambar-gambar dia tu aku lah yang snap. Takkan dia snap sendiri kot. Haaa… poyo tak aku?

Selesai sarapan kami mula meninggalkan hotel. Program hari ini ialah melihat pemandangan cantik di sekitar Kagoshima.

sarapan di Hotel Ibusuki Iwasaki hari ni
sarapan di Hotel Ibusuki Iwasaki hari ni

Hari ini hujan… Ini menghadkan sedikit pergerakan kami.

Nagasakibana di Bandar Chiran

kuil Nagasakibana
kuil Nagasakibana

Tempat ini adalah tempat keagamaan bagi penganut agama Shinto. Mereka datang bersembahyang di sini dan membuat wish (hajat) dengan menulisnya di kepingan-kepingan cengkerang siput yang banyak disediakan di situ.

hajat yang ditulis pada kepingan kerang dan siput
hajat yang ditulis pada kepingan kerang dan siput

Sebenarnya tempat ini ada lagendanya yang tersendiri. Mengikut cerita orang dulu-dulu tempat ini dulu adalah tempat tinggalnya seorang nelayan yang sangat baik hati.

Pada suatu hari nelayan ini mendapati ada seekor penyu terperangkap di dalam pukatnya. Nelayan yang baik hati ini dengan ikhlasnya melepaskan kembali penyu itu di lautan.

lukisan penyu ini mempunyai cerita di sebaliknya
lukisan penyu ini mempunyai cerita di sebaliknya

Demi membalas budi baik nelayan tersebut, penyu tersebut telah membawa nelayan itu ke kerajaan laut yang terletak di dasar lautan. Di sana nelayan itu bertemu dengan puteri raja yang cantik jelita. Hiduplah nelayan tersebut sekian lamanya di kerajaan laut itu.

Teiba-tiba terdetik hati nelayan ingin kembali ke dunianya. Puteri menghadiahkan sebuah peti dengan pesanan supaya jangan dibuka peti tersebut.

tangga ini terus menuju ke lautan lepas
tangga ini terus menuju ke lautan lepas

Sepanjang nelayan berada di kerajaan laut, nelayan itu tidak dimakan usia. Usianya sama seperti waktu dia datang dahulu.

Sifat ingin tahu merosakkan segalanya. Apabila sampai di tempat asalnya nelayan membuka peti untuk melihat apa hadiah daripada puteri. Dengan sekelip mata nelayan tersebut menjadi tua dengan umurnya yang sebenar.

kuil-nagasaki-bana

Berdasarkan cerita inilah tempat ini menjadi tempat pilihan untuk penganut agama Shinto.

Gunung Kaimondake

Gunung yang berketinggian 924 meter ini sudah mati. kali terakhir ia meledakkan larvanya adalah pada tahun 885 AD. perghhh lama giller dah tu. Kiranya gunung ni dah tak aktif dah la.

Gunung Kaimundake agak kabur kerana cuaca hujan
Gunung Kaimundake agak kabur kerana cuaca hujan

Pemandangan gunung ini daripada Nagasakibana sepatutnya sangat menarik. Tapi disebabkan cuaca hujan pada pagi itu, gunung ini nampak agak kabur. Terkilan sikit aku. Tapi apa nak buat. Snap jer la gambar setakat yang boleh.

Chiran Peace Musuem (Muzium Keamanan Chiran)

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di Nagasakibana disebabkan cuaca hujan. Lalu kami bergegas ke satu lagi tempat yang patut korang singgah jika ke sini.

pintu-masuk-chiran-peace-museum

Tempat ini adalah muzium perang World War II. Tempat ini dahulunya adalah pengkalan udara yang bertindak sebagai point perlepasan untuk serangan istimewa ataupun kamikaze yang dilakukan di bulan-bulan terakhir Perang Dunia Ke-2. Ia memang didedikasikan untuk pilot-pilot yang mati di peperangan tersebut.

Daripada mula-mula masuk, korang akan melihat pelbagai tinggalan pilot seperti pakaian, helmet, rangka kapal terbang yang sebenar dan banyak lagi.

Ada satu bangkai pesawat sebenar yang dah reput besi-besinya yang dijumpai didasar lautan dipamer di sini. Unik…! Memang tak jumpa di tempat lain.

Video tentang pengkalan udara ini juga ada ditayangkan. Kalau korang pergi sendiri dan korang memang tak tau bahasa jepun memang melopong la korang. Hahaha.

Awal-awalnya aku rasa biasa je muzium ini. Ya la… sedikit sebanyak pasal kamikaze ni aku dah baca dan tengok di tv. Rasa patriotik pun tak der sebab bukan negara kita pun.

Tapi bila aku masuk ke dalam muzium aku dah mula rasa lain macam. Kat sini dah ada tulisan terjemahan dalam English. Yang paling aku terharu ialah apabila aku sempat membaca wasiat-wasiat yang ditulis oleh pilot-pilot tersebit sebelum mereka mengorbankan nyawa untuk negara mereka.

Kebanyakan wasiat ditujukan kepada ibubapa. Mungkin sebab pilot-pilot yang dipilih berusia di antara 17 – 23 tahun. Mereka tak ramai lagi yang berumahtangga. Memang sedih baca wasiat mereka.

Teringin nak snap wasiat tu dan paparkan di sini. Tapi pelawat memang tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium. Ini adalah kerana perjanjian antara pihak muzium dan keluarga si mati yang mana barangan peribadinya disimpan oleh pihak muzium untuk tujuan pameran.

Jadi hanya gambar-gambar di luar jer yang mampu aku hidangkan untuk korang.

chiran-peace-musuem-3

chiran-peace-museum

chiran-peace-museum-2

loceng-keamanan

Samurai Residence

pintu-gerbang-samura

Perghhh.. tempat ni cantik giller. Nak nangis rasa. Hahaha. Tempat terletak tak berapa jauh daripada Muzium Keamanan Chiran tadi.

Daripada luar nampak macam biasa jer. Tapi bila berjalan masuk ke perkampungan Samurai ni, aku takjub giller. Rumah-rumah samurai dan lanskap sekitarnya sangat cantik.

Rumah-rumah samurai ni bukan hanya dibina untuk tontonan umum. Ia memang rumah asal yang diwartakan oleh kerajaan Jepun sebagai salah satu tempat bersejarah di bandar Chiran.

Malah rumah-rumah tersebut masih diduduki oleh keturunan keluarga samurai. Tapi ia dijaga dengan begitu rapi sehinggakan pengunjung tak perasan pun ada penghuni yang tinggal di situ.

Nama tuan punya rumah
Nama tuan punya rumah

Sambil aku melihat keunikan rumah dan halamannya, fikiran aku lantas menerawang kepada movie-movie samurai yang aku tonton sebelum ni. Memang samurai ni penuh dengan strategi perang. Ia bukan sahaja diguna pakai dalam peperangan, malah turut diadaptasikan di dalam kehidupan seharian.

Video demonstrasi menggunakan senjata 3 dalam 1 samurai:

Contohnya jalan-jalan diantara rumah-rumah dibina dengan menanam pokok hiasan yang jenis rapat daun dan rantingnya. Jalan-jalan tersebut menjadi lorong yang dibina dengan tidak lurus. Jika berdiri dihujung lorong ini kita tak kan nampak hujung lorong sana. Ini bertujuan untuk mengelirukan dan melambatkan pergerakan musuh apabila kampung ini diserang.

semua lorong dibina dengan tidak nampak hujungnya
semua lorong dibina dengan tidak nampak hujungnya

Satu lagi teknik Samurai ialah jamban dibina betul-betul ditepi pagar (dibina daripada pokok hiasan yang rapat ranting dan daunnya) di bahagian depan rumah. Tujuannya ialah supaya Samurai yang “melabur” di situ dapat mencuri dengar perbualan orang yang lalu lalang di lorong rumah mereka. Di sini mereka akan dapat maklumat secara percuma tanpa perlu bertanya.

Tapi yang paling mempersonakan adalah lanskap yang dibina disitu. Memang cantik. Ni aku hidangkan beberapa foto di situ:

selpie

samurai-residence-4

samurai-residence-3

samurai-residence-2

samurai-residence-1

lanskap-indah

Ini pula adalah video tentang bagaimana menggunakan dinding sliding yang dibina untuk menjimatkan ruang dinding rumah:

Pada lawatan yang diketuai oleh orang lama di situ, kami turut dihidangkan dengan kuih tradisional orang Jepun dan Teh Hijau. Sedap kuih tu. 3 keping aku habiskan. Hahaha.

Pakcik ni yang menerangkan tentang Samurai Residence ni
Pakcik ni yang menerangkan tentang Samurai Residence ni

kuih-samurai

green-tea

menimati-kuih-tradisional

Lawatan selama 2 jam itu tak rasa pun lama. Banyak lagi sudut-sudut gambar yang nak diambil tetapi tidak sempat.

Chiran Paradise Restaurant

Undur dari Samurai Residence waktu dah masuk petang. Perut dah lapar. Kami singgah di Restoran Chiran Paradise untuk makan tengahari.

Apa yang istimewanya tentang restoran ini ialah pengunjung boleh membuat special request untuk Halal Food. Hubungi restoran ini dahulu sebelum ke sini supaya senang diorang nak sediakan makanan untuk anda nanti.

Lebih istimewa lagi, restoran ini*** ada menyediakan bilik untuk solat. Bagitau jer tuan punya restoran. Nanti korang akan di bawa ke ruang solat yang dikhaskan. Bersih bilik solat ni. Siap dengan tanda arah kiblat.

Menu makan tengahari hari ini sangat best. Serius best! Aku rasa menu ni paling best sepanjang aku berada di Jepun.

menu-restoran-chiran-paradise

Selesai makan tengahari dan solat kami pun bersiap untuk menaiki coach yang akan membawa kami ke lokasi yang seterusnya. Terpandang pulak deretan pokok Sakura yang hanya tinggal ranting sebab dah di awal musim Autumn (luruh).

Aku cuba bayangkan betapa indahnya jika masa tu adalah musim bunga di mana pokok-pokok tu di penuhi bunga Sakura. Pasti cantik giller!

payung

[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_style=”bordered” shadow=”shadow-inner” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-blue-text”]Lunch : Nama Restoran : Chiran Paradise / Alamat : Chiran-Cho Kyushu City, Kagoshima / No Telefon : +81-993-83-3211 / Menu (overall / detailed) : Kanpachi (Greater Amberjack), Tempura, Green Tea Buck Wheat Noodles, Rice, Soup / Harga : JPY 1620 / Request Menu  Halal : Sebelum datang, buat permintaan “Muslim Friendly Meal”[/otw_shortcode_info_box]

Satsuma Kiriko

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Bandar Kagoshima. Kami akan bermalam di Bandar Kagoshima malam ini. Di perjalanan kami singgah di tempat membuat hiasan kaca buatan tangan. Kilang ini dikenali sebagai Karukan Factory. Manakala seni mengukir kaca buatan tangan dipanggil Satsuma Kiriko.

Kilang Karukan
Kilang Karukan

Di sini kami diberi taklimat macamana gelas kaca dan pelbagai barangan kaca lain diukir mengikut corak-corak tertentu. Malah kami turut diberi peluang untuk mencuba sendiri mengukir corak pada kaca.

mengukir-kaca-1

membuat-corak-atas-kaca

Aku memilih kaca berwarna hijau untuk membuat batu cincin. Tidak sukar menggunakan mesin ukirannya. Yang penting fokus dan ada kreativity macamana nak hasilkan corak ukiran pada kaca itu.

mata-cicncin

Mesin pengukir juga tidak bahaya kerana ia tidak tajam. Aku rasa jika diberi tempoh masa yang lama mungkin aku juga boleh mahir dalam seni ukiran kava itu.

produk-kaca

gelas-yang-diukir

Restoran Menya Kirin

Perjalanan diteruskan. Kini kami tiba di Bandar Kagoshima. Sebelum check in hotel, kami singgah di restoren ini yang menyediakan menu Ramen halal yang sangat best.

menu-restoran-menya-kirin

Jika korang datang sendiri korang kena request dahulu ramen halal ni. Sebabnya diorang akan sediakan ayam yang halal upon request.

Haaa menarik. Pertama kali aku makan ramen. Walaupun rakan-rakan yang lain kat Malaysia rata-rata dah makan ramen pedas Korea, tapi aku belum berkesempatan menikmatinya.

Ramen kat sini ada banyak kategori pedasnya. Daripada tahap satu sampai tahap 50 (paling pedas). Tapi mengikut tuan punya restoran, tahap yang paling banyak mendapat sambutan adalah tahap 3, 5 dan 8. Aku pilih ramen tahap 5 yang mana biasa-biasa jer pedasnya. Kalau ambil tahap 8 lagi best aku rasa.

karamen-tahap-5

karamen-sedap

Ramen ini juga boleh ditambah (add-on) ayam. Kalau korang nak lagi syiok tambah la ayam. Sebab ayam yang sedia ada dalam ramen tu sikit jer.

Makan malam kami pada malam itu turut disertai oleh 2 orang pegawai daripada Pelancongan Negara Jepun cawangan Kagoshima. Memang mesra 2 orang pegawai ni. Sekejap jer dah boleh masuk dengan kepala masuk air kitorang.

dinner

[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_style=”bordered” shadow=”shadow-inner” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-blue-text”]Dinner :
Nama Restoran : Menya Kirin / Alamat : 1-10-5-2F Kamoike City, Kagoshima / No Telefon : +81-99-204-7331 / Menu (overall / detailed) : Japanese Ramen Noodles (Spicy & Soy souce) Harga : JPY 800 – JPY 1500 / Cara request : mereka menyediakan “Muslim Menu Friendly”
[/otw_shortcode_info_box]

Hotel Shiroyama

hotel-shiroyama

Inilah hotel tempat kami berteduh malam ini. Hotel ni*** terletak di atas bukit. Ia adalah hotel pertama di Jepun yang menyediakan kemudahan surau untuk tetamu. 2 buah bilik hotel ditukar menjadi ruang solat lengkap dengan tempat ambil wudhuk dan arah kiblat. 1 dikhaskan untuk pengunjung lelaki dan 1 lagi untuk pengunjung perempuan.

bilik solat
bilik solat

 

view dari bilik
view dari bilik

Sebelum naik ke bilik masing-masing, kami dibawa melawat sekitar hotel ini. Besar hotel ni. Korang kalau datang ke Bandar Kagoshima patut pilih hotel ni.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • hahahaha… mcm kita gak.. ada kisah rakyat tersendiri. sang kelembai la, sang kancil la.. batu belah batu bertangkup la.. hehehehe

    • haaa memang kebanyakan hotel bekfes mcm ni jer. ambik sayur dan telur dan ikan jer. nak ambik ayam dan daging tu takut tak halal

    • haah.. banyak hasil karya drp kaca yang cantik-cantik kat sini. tp susah nak bawak balik. takut pecah.. harganya pun bkn murah.. sbb duit jepun mahal

    • terus terang cakap bro… logo halal memang x der… tapi aku yakin halal sebab tourist guide kitorang ni dah check. dia muslim. solat 5 waktu tak tinggal. lg alim drp kitorang aku rasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ