Hari ketiga kami di Kyushu. Jadual aktiviti hari ni agak longgar. Cuaca pun agak baik hari ni. Redup dan berangin.
Seperti hari sebelumnya aku dan Lan Careno bangun lebih awal daripada yang lain. Kami turun ke lobby untuk merakamkan suasana pagi di situ. Sempat la tangkap bebrapa keping gambar buat kenang-kenangan.
Oleh kerana tempat sarapan sama level dengan tempat ambil gambar ni, kami terus jer mengisi perut selepas tu.
Kirishima Shrine
Seusai bersarapan kami menuju ke Kirishima Shrine. Tempat ini adalah sebuah tempat ibadat orang-orang dulu-dulu yang menyembah tuhan Ninigi no Mikoto.
Tempat ini sudah beberapa kali musnah akibat letupan gunung berapi tetapi dibina semula. Ia diisytiharkan sebagai tempat kebudayaan oleh kerajaan Jepun. Keindahan seni bina kuil dan kedudukannya yang dikelilingi oleh hutan dan gunung menjadikan tempat ini salah satu tempat yang biasa dilawati jika bertandang ke Kagoshima.
Barang-barang cenderahati juga banyak dijual di sini.
Restoran Himawri Tei
Kami seterusnya ke Kumamoto. Perjalanan ke sini agak jauh. Sesampai kami di Kumamoto kami terus ke restoran ini untuk menikmati makan tengahari.
Restoran ini terletak di tepi Sungai Kuma. Dari restoran ini korang akan dapat melihat air sungai Kuma mengalir deras. Air sungai ini cetek sahaja jika tidak hujan lebat. Namun ada beberapa bahagian sungai yang dalam airnya.
Restoran ini juga boleh korang request untuk makanan halal. Kebersihan dan keselesaan restoran ini boleh dipuji. Ia juga turut menyediakan ruangan untuk muslim menunaikan solat.
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” background_color_class=”otw-silver” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-red-text”]Name of restaurant : Himawri Tei Address : 1880-2 Yaguro-cho, Hitoyoshi, Kumamoto Contact number : +81-966-22-1044 Menu (overall / detailed) : Pickled Vegetables, Tempura, Chawanmushi, Rice, Local Soup, Mayonaised paste, Yogult Price : JPY 1620 How to request : Prior to visit, request the “Muslim Friendly Meal”[/otw_shortcode_info_box]Bersampan menyelusuri Sungai Kuma
Seterusnya kami menuju ke Jeti Sungai Kuma untuk merasai sendiri pengalaman menaiki perahu menyelusuri Sungai Kuma.
Pengunjung diwajibkan memakai pelampung keselamatan. Sambil duduk di dalam perahu panjang, pelawat diberi taklimat tentang sungai dan aktiviti di situ.
Naik sampan ni tak mencabar pun sebenarnya. Ada la beberapa bahagian sungai yang berombak dan beralun tapi ok jer. Tak mencabar sangat.
Mungkin sebab aku pernah menaiki rapid boat shooting sewaktu menyertai Trip KBBA9 ke Taman Negara dulu kot. Naik boat tu lagi meremang bulu roma dan yang pasti akan basah kuyup.
Bezanya boat ataupun sampan di Sungai Kuma ini menggunakan kayuhan tenaga manusia berbanding dengan Rapid Boat Shooting Taman Negara yang menggunakan enjin.
So duduklah kami dalam perahu dan mendengar pemandu boat berceramah selama lebih kurang 30 – 40 minit gitu. Kalau korang datang sendiri tanpa jurubahasa dan korang memang tak tau sepatah pun bahasa Jepun, memang korang ternganga jer lah dengar pemandu boat ni berleter. Hahaha.
Kami tidak berpatah balik ke jeti tempat kami naik tadi kerana coach yang membawa kami telah siap sedia menunggu di perhentian sebelah sana.
Mitsui Garden Hotel Kumamoto
Hotel kami untuk bermalam pada hari ini. Hotel ni betul-betul di tengah bandar Kumamoto, bandar yang tak berapa sibuk pun berbanding dengan KL. Selepas melepaskan lelah seketika aku dan Lan Careno dan mula buat aktiviti sendiri.
Sebab kami dah berada di bandar, inilah peluang untuk kami berjalan-jalan melihat bandar dengan lebih dekat. Sambil practice mengambil “street Photo”. Haaa gitu..!
Masa petang tu dihabiskan dengan kami meronda-ronda sekitar bandar dengan berjalan kaki. Ada juga niat nak shopping. Tapi kat sini macam tak ada jer tempat yang sesuai untuk shopping.
Restoran Higo No Jinya
Seperti yang telah dirancang, kami berjumpa di hadapan restoran ini untuk sama-sama menikmati makan malam di restoran ini.
Restoran ini agak eksklusif di mana konsepnya memang benar-benar berkonsepkan restoran Jepun. Di bahagian bawah restoran ini ditempatkan bilik khas yang lebih private dengan meja tanpa kerusi. Kami hanya duduk atas lantai. Boleh la nak bersila ataupun lepaskan kaki di ruangan bawah meja.
Menu yang dihidangkan juga enak. Restoren ini ada menyediakan masakan halal bergantung kod permintaan. Kalau nak segalanya berjalan lancar, hubungi dulu restoran ini dan buat tempahan masakan halal sebelum datang untuk makan.
Ni antara menu yang kita makan malam tu:
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” background_color_class=”otw-silver” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-red-text”]Dinner : Name of restaurant : Higo No Jinya Address : 1-5-20 Shitadouri, Chuo War, Kumamoto Contact number : +81-96-211-1414 Menu (overall / detailed) : Marinated Vegetables, Sashimi, Salad, Grilled Halal Chicken, Tenpura, Cooked Vegetables, Rice, Desert Price : JPY 3000 How to request : They have a separate “Muslim Friendly” Menu[/otw_shortcode_info_box]Lepas makan kami macam dah penat. So masing-masing ambik keputusan untuk balik berehat kat hotel jer.
Tak sabar nak tunggu besok menjelma untuk lawatan-lawatan yang sungguh best…