Travel Pack Cosmoderm, Set Mesti Bawa Masa Travel

Lelaki pakai pakai losyen tak macho

Dulu aku tak suka pakai losyen bagai ni. Pada aku tu semua barang orang perempuan. Orang lelaki tak perlukan tu semua. Tak macho la pakai losyen-losyen ni.

Kemudian aku tengok makin banyak produk gitu yang khas untuk lelaki. Kawan-kawan aku pun dah start pakai. Ok jer aku tengok diorang. Macho gak.. hehehe.

Trip KBBA9 ke Taman Negara memberi peluang untuk aku cuba pakai lotion. Masa tu KBBA9 ditaja oleh Cosmoderm untuk mencuba Magic Lotion dan warwarkan kepada pembaca tentang pengalaman memakai magic lotion dalam hutan.

Travel Pack Cosmoderm Ke Kyushu Jepun

travel-pack-4

Jika korang ikuti perkembangan media sosial aku, korang mesti perasan bebaru ni aku ke Kyushu Jepun atas jemputan Jabatan Pelancongam Jepun untuk mempromosikan trip muslim ke sana.

Kat sana sekarang baru nak masuk musim Autumn. Cuaca agak tidak menentu. Adakala panas terik, ada hari yang hujan sepanjang pagi.

rela berpanas untuk dapatkan gambar yang cantik
Cuaca panas pada hari pertama. Tapi rela berpanas untuk dapatkan gambar yang cantik

payung

Kitorang pulak sehari suntuk melawat tempat-tempat menarik di Kyushu. Tak der pun berhenti untuk mandi ke apa. Seronok sangat ambil gambar dengan berlatar belakangkan pemandangan yang sangat cantik. Kadang-kadang tak perasan duk tengah panas dan hujan renyai.

Kalau ikut keadaan biasa, kulit mesti jadi tak selesa dan gatal-gatal (irritasi). Tapi semua tu tak berlaku kat aku. Sebabnya aku dah prepare awal-awal bawak Pek Kembara Cosmoderm. Pek ini memang lengkap untuk orang yang travel tak kiralah travel di dalam ataupun luar negara.

Pek Kembara Cosmoderm

travel-pack-5

Meh aku share sikit ada apa dalam pek ni. Dalam pek ini ada 4 jenis losyen ataupun krim. 3 krim untuk penjagaan kulit, dan 1 untuk lenguh-lenguh otot.

Advanced Moisture Therapy Cream

advanced-moistute-therapy-cream

Diisi di dalam bekas kecil 60ml. Losyen ni khas untuk melembutkan kulit-kulit kasar dan keras tanpa rasa berminyak. Ia sangat sesuai untuk masalah tumit merekah akibat banyak berjalan.

Minyak zaitun, Aloe Vera dan Vitamin E yang terkandung dalam krim ini terbukti dapat membantu memulihkan kulit merekqh dengan cepat. Bukan itu saja, ia juga dapat meredakan kepedihan akibat rekahan.

Aku memang dari hari pertama guna krim ni. So kaki aku tak sempat merekah pun.

Vitamin E Cream 3000 IU

Kulit wajah kita memang cepat sensitif dengan keadaan cuaca. Tak kiralah samada cuaca panas terik ataupun dingin kering. Untuk melembabkan kulit wajah, krim Vitamin E ini amat sesuai digunakan.

Krim yang diisi di dalam bekas 50ml ini diperkayakan dengan Vitamin E, minyak Rosehip dan minyak Zaitun untuk membantu melindungi dan melembabkan kulit wajah.

Selain itu krim vitamin E ini juga mampu mengurangkan garis halus, kedutan, pRut dan kulit kusam.

Tea Tree Magic Oil Body Lotion (TTMOBL)

travel-pack-3

Krim ni memang aku dah tau keberkesanannya. Inilah krim yang pertama aku pakai masa kat Taman Negara tempohari.

TTMOBL diperkayakan dengan Lidah Buaya, ekstrak Chamomile dan Minyak Tea Tree yang dapat menyamankan kulit yang terengsa dan tidak selesa serta meredakan selar matahari.

Lebih istimewa lagi TTMOBL ini juga boleh membantu menghalau nyamuk, serangga dan pepijat katil. So sesuai sangat untuk travel dan aktiviti outdoor.

Losyen untuk pek kembara ini diisi di dalam bekas 60 ml

Deep Heat Lotion

serius best pakai krim ni!
serius best pakai krim ni!

Losyen ini dapat meredakan lenguh-lenguh otot dengan rasanya yang panas mendalam dan berpanjangan. Ia dirumus daripada minyak tradisional.

Memang best pakai losyen ini. Aku lumur dan urut labu betis (betis bahagian belakang) pada hari kedua trip ke Kyushu baru-baru. Hilang lenguh-lenguh kaki dan ketegangan urat.

Selain itu losyen ini boleh juga kurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat dengan cara palitkan ditempat sakit dan hidung.

Pek wajib untuk travel

Pek kembara ini sebenarnya baru dilancarkan oleh Cosmoderm. Dengar cerita sedikit masa lagi pek kembara ini akan turut ditawarkan untuk jemaah Haji dan Umrah.

Kalau tanya aku, aku memang rekomen pek kembara ini kepada sesiapa yang nak travel. Senang.. All in one. Kita mungkin akan perlukannya semasa travel nanti. Bawak jer sebagai persediaan.

Pek kembara ini pun senang dibawa sebab ia diletakkan di dalam bekas kecil. Ringan jer. Immigresen pun boleh lepas tanpa masalah.

Travel pack ni pada aku adalah set yang wajib dibawa jika travel. Jadi untuk korang yang nak travel tu, aku sarankan korang dapatkan satu set pek kembara ini.

Kalau korang nak dapatkan info lanjut boleh tengok link ini:

Website: www.cosmoderm.com.my
Instagram: www.instagram.com/cosmoderm
Facebook: www.facebook.com/cosmoderm

p/s: anda boleh juga selitkan sekali Minyak Herba Asmak yang serbaguna bersama travel pack ni untuk kembara. Untuk kembara bersama bayi ada penyakit kulit ekzema, krim berserta ilmu cara penjagaan rapi perlu.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ