Bertolak ke Jepun
Hari pertama, Kyushu Muslim Trip kami bermula daripada Lapangan Terbang Changi, Singapura setelah kami transit di sini selama lebih kurang 3 jam. Pesawat SQ656 Singapore Airline mula bergerak menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka lebih kurang pukul 1.20 pagi (Boarding Time 12.20).
Agak selesa pesawat ni. Namun di awal pagi sebegitu apa lagi yang boleh dibuat selain daripada melayan mata untuk berehat. Dah memang waktu tidur kot. Lagipun besok sehari suntuk kami dah mula membuat lawatan-lawatan seperti di dalam jadual perjalanan. Tentu banyak tenaga nak pakai. Tidur adalah solusi terbaik.
Namun aku sempat juga melayan movie Warcraft daripada skrin di hadapan tempat duduk penumpang kapal terbang ni. Sempat la tengok separuh cerita sebelum aku mengalah dengan mata yang sudah meminta waktu rehat untuknya.
Sarapan Halal Singapore Airline
Perjalanan selama 7 jam yang diambil untuk perjalanan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura ke Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka, Jepun sebenarnya sudah cukup untuk tidur dan rehatkan diri. Aku hanya terjaga apabila lampu dinyalakan untuk dihidangkan sarapan kepada penumpang.
Oh ya sebelum melelapkan mata sebelum itu ada peramugari datang dan sahkan pilihan yang telah dibuat untuk megambil sarapan HALAL. Jadi sarapan yang dihantar kepada kami memang telah ditandakan kod halal. Sarapan dalam flight, aku tak harapkan yang terbaik. Tapi ok lah sarapan pagi tu. Boleh la mengenyangkan walaupun rasanya biasa-biasa saja.
Perjalanan Tersekat Di Lapangan Terbang Fukuoka
Tepat jam 7.40 pagi Pesawat SQ 656 Singapore Airline mendarat dengan selamat di Lapangan Terbanga Antarabangsa Fukuoka. Syukur Alhamdulillah.
Turunlah kami untuk menuntut bagasi dan seterusnya mencari label yang tertulis “#JNTO_九州旅行” yang dibawa oleh pemandu pelancong yang ditugaskan oleh Japan Tourism untuk membawa kami mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Ryoma Miyoshi namanya.
Namun perjalanan kami disekat di kaunter immigresen. Borang “clearing” untuk kegunaan immigresen kami didapati tidak lengkap!!! Tempat menetap tidak kami tulis. Bagaimana mungkin kami tulis sebab kami tak tau pun kami akan menetap di hotel mana. Lagipun melihat kepada jadual perjalanan kami akan tinggal di hotel yang berlainan pada setiap hari. Jadi kami hanya tulis “Kyushu” di ruangan tempat menetap di borang tersebut.
Walaubagaimanapun staf di situ tidak berpuashati yang bertegas supaya kami mengisi nama hotel. Ya.. kenapa tak tanya travel Agent yang menunggu kami tu? Aku ada terfikir begitu. Tapi telefon kami semua tidak berfungsi. Wifi di lapangan terbang memerlukan password yang kami sendiri tak tahu.
Hampir sejam kami cuma berbincang meminta kerjasama supaya kami dibenarkan melepasi imigresen. Namun usaha kami gagal. Sehingga aku menggunakan telefon aku yang telah secara otomatiknya roaming di sini. Aku hubungi Ryoma San. Lalu masalah dapat diselesaikan setelah mengisikan nama dan alamat hotel yang mula-mula kami akan menginap.
Fuuuh mimpi ngeri, walaupun tidak sengeri pengalaman yang aku tempuhi sewaktu melepasi imigresen Jeddah beberapa tahun dulu. Yang kat Jeddah tu lagi lama aku terpaksa melayan karenah imigresen diorang. Masalah yang tidaklah seberapa besar, namun disebabkan perbezaan budaya dan masalah bahasa, ia menjadi sangat complicated.
Pocket WiFi untuk ber”online” pada setiap masa
Seperti yang dijanjikan kami diberi setiap orang satu pocket wifi. Dengan ini kami sentiasa dapat akses ke internet untuk membuat “live updates” tentang aktiviti kami di sini.
Pocket WiFi boleh didapati di kaunter khas yang disediakan di Lapangan Terbang. Ada perjanjian, deposit dan sewaan tertentu yang perlu korang jelaskan jika hendak menggunakan pocket wifi. InsyaAllah aku akan ceritakan tentang ini di entri khas yang berlainan selepas ini.
Pengalaman Pertama Naik Bullet Train
jadual perjalanan keretapi laju
Daripada Airport Fukuoka, kami bersama Ryoma San menaiki teksi menuju ke stesen keretapi laju, Hakata Station. Di Hakata Station, sementara menunggu keretapi sampai, kami membeli set Bento untuk kami nikmati di dalam keretapi nanti.
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-blue-text”]Lunch : Bento Box Name of restaurant : N/A Address : Hakata Station Contact number : N/A Menu (overall / detailed) : Bento Box (Seafood meals) Price : Range from JPY800-JPY1800 How to request : Can buy at Any Bullet Train Station [/otw_shortcode_info_box]
Set Bento yang sangat sedap! Banyak portionnya set ini. Tapi aku selamba je habiskannya. Sebabnya memang sedap.
Tambah pulak makan dalam “Bullet Train” yang kelajuannya boleh mencecah 260KM/Jam sambil menikmati pemandangan luar yang amat berlainan dengan tempat kita. Memang syok!
Jarak antara Hakata Station ke Kagoshima-Chuo adalah 288KM. Masa yang diambil adalah 1 jam 2 minit. Sangat cepat untuk perjalanan sejauh itu. Benda yang bagus datang dengan harga yang premium. Harga tiket untuk perjalanan yang aku lalui ini adalah RM430!!!
Awal-awal perjalanan ok lagi bagi aku. Masih seronok menikmati Bento sambil melihat keluar jendela. Sekali sekala aku snap gambar pemandangan cantik di luar.
Tapi lama kelamaan keadaan dah jadi sedikit bosan. Bullet Train pula banyak melalui terowong-terowong yang mana tidak banyak pemandangan menarik yang boleh dilihat. Tambahan pula mata sudah mengantuk.
Sengan-en Garden, Tempat bersejarah yang cantik pemandangannya
Sampai saja di Stesen Kagoshima-Chuo, kami terus saja dibawa dengan coach yang dikhaskan untuk kami ke Sengan-en Garden. Tempat ini ada muzium yang boleh diselusuri sejarahnya. Di samping itu, pemndangannya sangat indah.
Ini kerana lokasinya berdekatan pulau di mana terletaknya Gunung Sakurajima yang masih hidup. Pulau ini sangat indah! Memang sungguh aku kagum dengan pemdangan di sini. Ambil gambar dengan berlatar belakangkan pulau dan gunung tersebut adalah satu kemestian. Dalam hati terdetik: “subhanallah… sungguh agung ciptaanMu…!”. Benarlah kata orang, dengan jauh berjalan, kau akan lebih mengagumi ciptaan Allah…!
Tiket untuk masuk ke tempat bersejarah yang serba indah ini adalah ¥1,000 yen (lebih kurang RM41).
Jika korang datang sini, luangkanlah masa lebih lama sikit. Tangkap gambar puas-puas. Sebabnya lanskapnya sangat cantik. Memang korang takkan jumpa kat Malaysia.
Nak lebih best lagi korang datang dengan kawan-kawan yang terer fotografi. Memang banyaklah ideanya nanti. Aku nasib baik datang dengan Lan Careno. Banyak idea-ideanya yang boleh dipraktikkan. Banyak jugak aku belajar teknik fotografi dengan dia. Mamat ni terer ambik gambar secara profesional. So kira untung jugaklah aku.
Ni antara gambar-gambar aku yang sempat dirakamkan. Sila abaikan bahagian perut abam dan sila fokus pada pemandangan ya…
Perjalanan kami teruskan menuju ke hotel yang bakal kami menginap malam ini. Kami sempat singgah sekejap di Pelabuhan Okinawa untuk melihat pemandangan cantik di situ. Juga berlatar belakangkan Gunung Berapi Sakurajima.
Masjid Kagoshima
Persinggahan kami seterusnya adalah Masjid Kagoshima yang terletak di perjalanan menuju hotel. Terletak di sebuah bangunan yang sederhana besar, tempat ini bukan sahaja sebuah masjid sebenarnya. Ia juga menjadi tempat pertemuan dan aktiviti berkenaan dengan agama Islam. Masjid ini juga adalah Pusat Kebudayaan Islam Kagoshima.
Tempat solat lelaki yang tidak berapa besar (jika di Malaysia ia bersaiz surau sahaja) terletak di tingkat bawah. Manakala tempat solat bagi wanita di tingkat atas.
Walaupun saiznya kecil namun ia mampu menampung lebih 40 orang jemaah di dalam suatu masa. Solat Jumaat diadakan di Masjid ini. Oh ya, untuk pengetahuan korang, penganut agama Islam di sini adalah golongan minoriti.
Ibusuki Iwasaki Hotel yang sangat selesa dan cantik
Perjalanan menuju hotel ini melalui tepi perairan pantai. Jadi pemandangan di sepanjang perjalanan ke hotel menjadi sangat menarik. Tak lepas mata aku memandang ke luar tingkap merakam potret-potret indah ciptaan Ilahi dengan kedua mata bertindak sebagai kamera dan otak sebagai memory card.
Sejam juga perjalanan untuk sampai ke Hotel Ibusuki Iwasaki. Dari jauh kelihatan bendera Malaysia dinaikkan di tiang bendera utama di depan hotel. Tak sangka betul. Diorang menaikkan bendera Malaysia tersebut sebagai satu penghormatan kepada kami yang datang singgah di hotel mereka. Fuuuh ada rasa terharu sikit…!
Bilik yang disediakan untuk kami juga sangat strategik. Terpegun lagi aku apabila membuka pintu beranda apabila terpandang lagi Gunung Berapi Sakurajima yang tersergam indah di Pulau Sakurajima. Langskap hotel juga tidak kurang hebat cantiknya!
Sand Bath
Selepas rehatkan badan, kami berkumpul semula di lobi hotel. Kali ini kami akan mencuba mandi pasir ataupun Sand Bath.
Setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukannya. Sesudah hujan membasahi pasti ada pelangi yang menanti. Begitulah keadaan di sini. Ledakan Gunung Berapi Sakurajima pastinya membawa kemusnahan yang bukan sedikit kepada penduduk dan tempat ini.
Namun selepas itu ia menukarkan tempat ini menjadi satu tempat yang istimewa. Tanah bekas larva menjadi sangat subur. Pasir pantainya tidak seperti di tempat kita. Jika pasir pantai tempat kita putih melepak, pasir pantai di sini berwarna hitam.
Bahagian bawah pasir ini panas. Ini mewujudkan satu lagi tarikan iaitu Sand bath (mandi pasir). Kami sempat menikmati sand bath selepas urusan check in hotel selesai sebelum makan malam.
Jujur aku katakan ini bukan pertama kali aku lihat dan menimbus badan dengan pasir. Di negeri Terengganu perbuatan ini bukan begitu asing. Menimbus badan dengan pasir sehingga paras leher dipercayai dapat mengubat penyakit stroke.
Datuk aku sendiri pernah mencuba cara perubatan ini. Aku sendiri pernah menimbus diri sewaktu mandi manda di pantai di Terengganu.
Namun sand bath di sini bukan sekadar menimbus diri seperti yang pernah aku buat. Di sini pasirnya panas. Apabila di timbus badan menjadi panas dan berpeluh. Memang terasa bahang panas di segenap bahagian badan.
Selepas sand bath dan bersihkan diri dengan air bersih (mandi), badan memang terasa ringan dan segar! Lutut aku yang sakit berkurangan rasa sakitnya! Kalau aku tinggal lebih lama di hotel ini confirm aku akan buat Sand Bath lagi!
Penat yang berbaloi
[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” icon_type=”general foundicon-star” icon_color_class=”otw-blue-text”]Dinner : Hotel Buffet Name of restaurant : Ibusuki Iwasaki Hotel Address : 3805-1 Jyuni-cho, Ibusuki-City Kagoshima Japan Contact number : +81-93-22-2131 Menu (overall / detailed) : Hotel Buffet Price : Inclusive of Hotel Price How to request : Inclusive to hotel resevation [/otw_shortcode_info_box]
Hari kedua Kyushu Muslim Trip berakhir dengan seronoknya. Selepas makan malam kami naik ke bilik untuk berehat. Tengok ittenarary untuk besok, banyak lagi tempat menarik bakal kami lawati. Mata pun dah berat.
p/s: nasib baik bawak minyak herba asmak. boleh urut kaki yang lenguh
Subhanallah…cantiknya. Bento itu juga membuatkan saya tiba-tiba rasa sangat lapar. Seronok baca cerita tuan. Ambik aura dulu sebelum ke sana. InsyaAllah, mudah-mudahan tercapai hasrat di hati.
Hawa Hassan recently posted…Aiskrim Paling Mudah Dan Berkhasiat Untuk Seisi Keluarga
aameen.. insyaallah sampai la nnti tu…
Mak aih cantilever betul pemandangan Kat sana. Beruntung than dpt ke sana
mmg cantik pemandangan di sini.. sgt takjub akan kekuasaan sang pencipta…
oooowh first time dgr sand bath.. macamana ek rasanya…? mcm teringin jer nak try
best.. pasir tu panas. bagus utk blood circulation
boring tak nai flight lelama ke sana? nampak blh tgk movie dan makan best tu macam ok jer…
tak boring sgt… masa dihabiskan dengan tgk movie, dan tido
mak aih.. cemas jugak tersadai kat air port fukuoka tu. nasib baik pergi ramai-ramai. kalau pergi sorang mati la.. hahaha
hahaha memang cemas.. pengalaman tak dapat saya lupakan tu…
Ya Allah.. cantinya jepun…! saya pasti akan jejakkan jugak kaki ke sana nanti…
insyaAllah.. Aameen. sy doakan impian anda terlaksana dlm masa terdekat
haaa… wifi tu penting. tak der wifi jenuh la nak update media sosial…
haaaa tau tak per…
siyes lawa giller gambar kat situ. gunung berapi tu.. sy belum pernah tgk secara live
memang.. kat sni cantk giller pemandangan dia…
mandi pasir.. pasir tak melekat kat badan ker?
pakai baju bos.. ada la melekat sikit tp lepas ti berendam dalam pool
berapa kos ni bro utk sampai ke sana?
ok.. nanti sy cek betul2 dan bgtau encik…