Bento
Pertama kali saya cuba menu ini adalah sewaktu dijemput ke sesi food review di Food Republic One Utama. Nampak satu hidangannya macam sedikit tetapi bila dinikmati, cukup mengenyangkan!
Bagi yang tidak biasa dengan hidangan Bento ini, ia adalah menu masakan Jepun yang mempunyai pelbagai atau beberapa menu di dalam satu hidangan.
Bento Halal di Restoran Agehan Hotel Grand Bluewave Shah Alam (GBWSA)
Biasanya, jika mengikut masakan bento resipi asal negara Jepun, ia dimasak dengan menggunakan cuka Jepun secara tradisional. Ini diragui status halalnya.
Namun bento yang dimasak di Restoran Agehan GBWHSA ini tidak langsung diragui status halalnya. Bukan sahaja restoran ini yang telah mendaoat sijil halal JAKIM, malah seluruh hotel GBWHSA ini mendapat status halal. Ia menjadikan hotel ini sebagai hotel yang dijamin halal.
Japanese Sous Chef, Chef Muhammad Rizza Azhar sendiri yang memantau operasi harian. Bahan-bahan “tidak halal” semuanya diganti dengan yang halal.
Maknanya pengunjung tidak perlu meragui status halal semua restoran di dalam hotel ini dan bebas memilih restoran kesukaan mereka.
Restoran Agehan
Restoran ini sedang membuat promosi untuk menu Bentonya bagi pengunjung GBWHSA.
Jenis bento
Ada dua jenis bento yang disediakan di sini.
1. Executive Bento
Harga Executive Bento ini ialah RM65.00 untuk satu hidangan. Ia pula ada beberapa pilihan set menu yang digabungkan di dalam satu hidangan.
i. Ebi To Ika Teppanyaki
Gabungan menu dalam satu hidangan ini termasuklah udang dan sotong teppannyaki dengan nasi goreng bawang putih, edamame, crab roe salad dan sup miso.
ii. Kaki Furai
Hidangan ini pula mengandungi menu-menu kecil seperti Deep Fried Oyster with Crab Roe Salad, Edamame, California Roll dan Sup Miso.
iii. Tori Teriyaki
Hidangan ini ada Chicken Teriyaki dengan gabungan makanan laut (seafood) goreng, Nasi, Crab Roe Salad dan Sup Miso.
iv. Salmon Teriyaki
Hidangan ini hasil dari gabungan Salmon Teriyaki dengan Chicken Teriyaki, Mix Fried Seafood, Nasi dan Sup Miso.
2. Normal Bento
Normal Bento pun ada beberapa hidangan:
i. Shake Shio.
Hidangan ini menampilkan Salmon Shio dengan Chukka Kurage, Nasi, Edamame dan Crab Roe Salad.
ii. Saba Shio
Hidangan ini pula menyajikan menu-menu seperti Grilled Mackarell dengan Garam dan Chukka Kurage, Edamame, Nasi dan Crab Roe Salad.
iii. Tori Kuragage
Hidangan ini menawarkan Deep Fried Chicken dengan Chukka Kurage, Edamame, Nasi dan Crab Roe Salad.
iv. Beef Teriyaki
Di bawah nama hidangan ini disediakan Daging Lembu, Nasi, Edamame, Chukka Kurage dan Crab Roe Salad.
Harga Bento
Executive Bento: RM65.00+
Normal Bento: RM42.00+
Waktu menikmati Bento di restoran ini
Untuk makan tengahari: 11.30 am – 2.30 pm
Untuk makan malama: 6.30 pm – 10.30 pm
Khidmat penghantaran Bento
Disebabkan permintaan masyarakat yang agak menggalakkan, GBWHSA turut menyediakan khidmat penghantaran. Ia boleh dipesan untuk hidangan selepas meysuarat ataupun untuk jamuan santai.
Konsep yang sama seperti di Restoran Agehan akan digunakan untk pesanan Executive Bento. Manakala untuk pesanan Normal Bento pula konsep Bento pakai buang akan digunapakai untuk kemudahan pelanggan.
Info Restoran Agehan GBWHSA
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut anda boleh hubungi: 03-5511 8811 ext: 2723 atau 2724.
Alamat GBWHSA:
Restoran Agehan, Grand Buewave Hotel Shah Alam,
level 1A, persiaran perbadaran, seksyen 14,
40000 sahh alam selangor
emel: info@bluewavehotels.com
Komen eXplorasa
Saya telah memilih Salmon Teriyaki sebab saya suka Salmon. Di Restoran Divine yang saya review baru-baru ini pun saya turut berkongsi menu Grill Salmon.
Rasanya sedap walaupun tawar sedikit. Tapi itu memang gaya dan rasa masakan ala Jepun di mana kebanyakan makanannya kurang rasa masin dan kurang masak sedikit berbanding dengan masakan lain. Namun rasanya lazat dan lain daripada rasa menu tempatan.
Bukan senang nak mencari restoran masakan jepun di Shah Alam ni. Lagi-lagi yang memang telah disahkan HALAL oleh badan pemantau halal Malaysia iaitu JAKIM.
Bagi yang inginkan kelainan menu khasnya menu Jepun, anda bolehlah memilih untuk makan tengahari atau makan malam di sini. Pasti anda akan mendapat kelainan dalam santapan anda.
waaahhhh… boleh delivery ke seksyen 13 ni…
KiD recently posted…Titipan Banduan Muda : Turning point dari Shazzwan
Jom makan Bento…!!!