Restoran Nandos Pavilion
Ini adalah sesi terakhir #BloggerKakiMakan menjelajah restoran Nandos yang terpilih di sekitar Lembah Kelang. Anda boleh membaca review kami untuk rangkaian restoran berasaskan ayam peri-peri ini di sini.
Untuk sesi terakhir ini kami singgah di restoran Nandos Pavilion di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Cuma untuk kali ini kami tidak singgah di restoran ini sebagai satu team. Kami terjah secara berasingan membawa keluarga masing. Namun lokasinya adalah sama iaitu Restoran Nandos Pavilion.
Jadi untuk ke sini anda terpaksalah memilih waktu yang sesuai untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Kalau boleh elakkan datang di waktu puncak.
Seperti juga restoran Nandos yang lain, restoran* ini juga menggunapakai konsep yang sama. Memang beginilah cara restoran franchise beroperasi. Konsep asal memang akan dikekalkan.
Susun atur restoran
Hiasan dinding seperti juga restoran Nandos di tempat lain. Unik dengan lukisan abstrak terpamer di didinding
Menu
Menu restoran ini pun sama dengan menu di restoran Nandos di tenpat lain. Jenama dan konsep harus dijaga. Jadi tiada menu lain dibenarkan.
Oleh kerana saya sudah lama tidak menikmati menu espetada. kali ini saya pesan menu ini. Espetada ni ada dua jenis. Satu Espetada biasa, dan satu lagi Espetada Rustica. Saya pilih Espetada yang biasa sahaja. Espetada Rustica kurang minat sebab rasanya sedikit lain daripada yang biasa.
Untuk anak dan isteri saya belikan 1/4 Chicken with 2 REG Sides. Mereka lebih suka Peri-peri Chicken berbanding dengan menu lain di Restoran Nandos ini.
Minuman pula kami pilih Teh Ais Lemon dan softdrink. Sengaja kami pesan 2 sahaja kerana air minuman tersebut boleh refill (isi semula). Lebih jimat!
Komen eXplorasa
Hampir semua menu-menu di restoran rangkaian Nandos ni sudah saya cuba. Semuanya best. Tapi yang palig best tetap juga Peri-peri Chickennya. Jadi jika diberi pilihan antara banyak-banyak menu yang ada, saya tetap akan memilig Peri Chicken juga.

Jadi, kepada sesiapa yang mencari tempat makan yang best dan sedap di Pavilion, anda boleh cuba restoran ini. Selain daripada sedap, harganya juga amat berbaloi dengan duit yag kita bayar.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating: