Quill City Mall (QCM)
Saya pernah ke sini 2 kali sebelum ini. kali yang pertama sekadar singgah untuk melihat sendiri pusat membeli belah ini yang baru dibuka pada masa itu. Kali kedua singgah membawa keluarga bersantai di hari minggu.
QCM ini adalah pusat membeli belah baru dan tempat bersantai bersama keluarga dan rakan taulan. Banyak lagi outlet yang masih belum dibuka. yang menarik pada saya pada ketika ini hanyalah panggung wayang GSC dan beberapa tempat makan ataupun restoran yang best dan sedap yang telah beroperasi di QCM ini.
Di antaranya adalah restoran di tingkat 6 yang bernaung di bawah jenama On The 6th. Restoran yang saya maksudkan adalah Restoran Divine.
On The 6th
Sesuai dengan namannya, restoran dan juga tempat berhibur ini memang terletak di tingkat 6 pusat membeli belah QCM. Di bawah nama On The 6th terdapat beberapa outlet lagi yang dikhaskan untuk pengunjung berhibur dan menjamu selera.
Divine (restoran), Skyline (tempat beristirehat), Versus (permainan indoor keluarga) dan K-Net (karaoke) adalah premis yang bernaung di bawah On The 6th. Ia adalah one stop centre untuk pengunjung yang mahukan hiburan dan makan-makan sambil berehat.
Bersama Hazman Fadzil dan Mahamahu, explorasa dijemput ke sini untuk sesi food review di Restoran Divine.
Divine
Restoran ini adalah restoran franchise yang berasal daripada Hong Kong dan ia adalah satu-satunya restoran yang seumpamanya di Malaysia.
Yang menariknya, pengunjung yang datang ke restoran ini bukan hanya semata-mata untuk makan sahaja. Mereka juga boleh berkaraoke sambil bermain permainan indoor di premis bersebelahan. Faktor ini menjadi sebab yang lebih kuat kenapa pengunjung perlu datang ke sini.
Susun Atur Divine
Susun atur restoran ini saya suka. Sangat teratur dan bersih sekali. Restoran yang boleh memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa ini memang tampak berseri dengan sentuhan susun atur yang menarik.
Menu Divine
Jom kita tengok apa yang disajikan kepada kami pada malam tersebut:
Appertizers – hidangan pembuka selera
Appertizers adalah hidangan yang pertama disajikan kepada kami. Saya memilih Georgiou’s Kofta, Hazman memilih Rogan Josh, manakala Mahamahu selesa dengan menu Taco Cheesy Nachos
Georgiou’s Kofta
Rogan Josh
Taco Cheesy Nachos
Main Course – hidangan utama
Oleh kerana menu berasaskan kambing menjadi kegemaran saya, saya terus memilih On The 6th Lamb Shank sebagai menu hidangan utama pada malam itu. Hazman mencuba Honey Jalapeno Back Rib. Mahamahu pula menyukai Grill Salmon Fillet.
On The 6th Lamb Shank
Honey Jalapeno Back Rib
Grill Salmon Fillet
Sup
Untuk sup, saya mencuba Trufle Wild Mushroom Soup. Mahamahu memesan Athens Pomodoro Seafood Soup. Hazman pula menukar menu sup kepada Fried Kuey Tiow kerana sup bukanlah makanan kegemaran beliau.
Trufle Wild Mushroom Soup
Athens Pomodoro Seafood Soup
Fried Kuey Tiow
Dessert
Tiba masa ke hidangan terakhir iaitu dessert. Kami hanya memilih 2 dessert yang dicadagkan kepada kami iaitu:
Lava Warm Choco
Caramelized Cinnamon Apple
Minuman
Minuman yang dipilih adalah daripada set Mocktail.
Oh ya di sini ada disediakan pentas untuk persembahan band muzik. Jadi sambil makan-makan anda boleh juga layan muzik daripada live band yang beraksi.
Seperti yang saya katakan pada awal tadi, selain daripada Restoran Divine, ada 3 lagi outlet yang beroperasi di bawah jenama On The 6th:
Skyline
Premis yang juga bernaung di bawah jenama On The 6th. Di Skyline anda boleh menikmati minuman sambil menikmatinya dengan berhiaskan pemandangan yang luas hutan batu metropolitan.
Versus
Sesuai dengan namanya. Ia adalah tempat untuk beraksi dengan permainan indoor. Setakat ini hanya ada permainan Dart Eletronik sahaja. Di masa akan datang akan ditambah lagi dengan permainan video yang unik.
K-Net
Ini adalah pusat karaoke keluarga. Berpuluh ribu lagu pelbagai bahasa akan disediakan untuk dinyanyikan. Sekarang ianya masih di dalam proses pembinaan yang sudah hampir siap. Bulan Oktober ni dijangka siap sepenuhnya.
Kami dibawa melawat ke pusat Karaoke ini. Sistem yang digunakan sangat canggih yang tidak ada di pusat Karaoke yang lain.
Ada juga di sediakan 3 bilik VVIP yang mana ianya sangat selesa untuk digunakan. Di dalamnya di sediakan TV 60″ untuk keselesaan pengunjung.
Memang best kalau berkaraoke di sini. Sambil karaoke, boleh pesan makan di Restoran Divine.
Info lain tentang On The 6th
Facebook : www.facebook.com/onthe6th.my
Website : kexpress.com.my/wp
Alamat :
6th Floor,
Quill City Mall, No 1018,
Jalan Sultan Ismail,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2602 3966
Komen eXplorasa
Tempat ini memang bagus untuk seisi keluarga bersantai. Sebabnya semuanya ada di sini. Nak makan menu best dan sedap boleh ke Restoran Divine.
Nak berhibur boleh menyanyi dengan sepuasnya di K-Net. Nak beristirehat sambil melayan minuman dan pemandangan di Kuala Lumpur boleh lepak di Skyline.
Rating:
Review oleh sohoque pada .
Rating:
ah tibe2 lapar hoke… lmbtnye lunch… -.-"
hahahaha…