Melaka Alive: The Pirate Adventure
Melangkah sahaja ke perut kapal ini, perasaan terus berubah daripada teruja kepada takut dan berdebar. Keadaan gelap disulami dengan bunyi jeritan serta pemandangan menakutkan membuat hati terus berdegup kencamg. Di sana sini kelihatan susuk tubuh berpakaian seperti seorang lanun. Pakaian mereka amat mirip dengan lanun yang pernah saya tonton di dalam filem “Pirates of Carribean”.

Timbunan tulang temulang manusia yang bergerak-gerak di bawah jambatan gantung seperti betul-betul. Tengkorak bercahaya terdapat di sudut-sudut tertentu. Saya sempat melalui kawasan penjara di mana terdapat banduan yang merayu minta dilepaskan.

Suasana yang saya alami di atas adalah antara detik-detik pengembaraan bersama lanun-lanun di dalam perut kapal Bahtera Merdeka.
Melaka Alive
Sebelum ini, Melaka Alive sudah dikenali dengan teater yang dipersembahkan di atas sebuah replika kapal yang dibina khas yang diberi nama Bahtera Merdeka. Di atas kapal inilah diadakan persembahan teater tentang kisah Panglima Awang dan Putri yang mengasyikkan. Di sini juga dipertontonkan teater tentang Parameswara yang membuka negeri Melaka. Teater kisah kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka juga ada dimainkan oleh pelakon teater di sini.

Sejak dibuka secara rasmi pada bulan April 2015, tempat ini terus menjadi tumpuan masyarakat setempat dan juga pelancong-pelancong luar.
Menyedari hakikat pengunjung yang sentiasa mahukan yang terbaru darpada Melaka Alive, Nuevo Attraction & Destination, syarikat yang menguruskan tempat ini, telah memutuskan untuk menambahkan lagi pilihan tarikan kepada pengunjungnya iaitu The Pirate Adventure.
Tarikan Melaka Alive ialah, ia membuatkan bandar yang kaya dengan sejarah ini dapat diakses oleh orang ramai tak kira umur dan latar belakang. Bandar ini mempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan – terdapat banyak sejarah yang masih hidup dan penduduk di sini adalah berbilang budaya. Dan kami mahu memainkan peranan untuk meraikan sejarah ini seterusnya memajukan ekonomi tempatan” ~ Mohd Nizar B Mohd Najib, Penasihat kepada Nuevo Attraction & Destination, syarikat yang mengurusakan Melaka Alive.

En Mohd Nizar telah menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis perasmian dan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Alive pada 15 Ogos yang lalu. Turut hadir di majlis itu ialah Y.Bhg Datuk Haji Khamis B Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM.
Selepas majlis perasmian, En Mohd Nizar, Y. Bhg Datuk Haji Khamis Bin Haji Abas, media dan bloggers turut ke perut kapal untuk merasai sendiri pengalaman pengembaraan The Pirate Adventure.
Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Alive
Selepas habis menerokai segenap sudut pengembaraan, kami diraikan dengan jamuan rumah terbuka aidilfitri di khemah yang disediakan. Pelbagai kuih muih dan lauk pauk tradisional disediakan. Di satu lagi khemah, pengunjung turut dijemput untuk memeriahkan sekali majlis jamuan rumah terbuka ini.
Pengunjung yang terdiri daripada pelancong dalam dan luar negera dapat merasai menu-menu tradisional negeri Melaka yang unik.
Info Melaka Alive
Untuk info lanjut anda boleh juga ke:
Laman Rasmi Melaka Alive: http://www.melakaalive.com.my/index.php
Facebook Page Melaka Alive: https://www.facebook.com/pages/Official-Melaka-Alive/745782112168059
Peta Lokasi
Harga Tiket
Kanak-kanak berumur 4-12 tahun – RM20
Orang Dewasa: RM25
*Jangan lupa bawa MYKAD and kerana ada diskaun yang akan diberi kepada pengunjung yang mnunjukkan MYKAD sewaktu membeli tiket di kaunter tiket yang terletak di pintu masuk tempat ini.
* Untuk pembelian tiket secara atas talian: www.melakaalive.com.my.
Komen eXplorasa
Memang menarik tempat ini! Jika anda datang ke negeri Melaka anda mesti datang ke tempat ini. Ia akan memberikan anda satu pengalaman baru merasai pengembaraan cemas yang melibatkan lanun dan elemen lain yang mengejutkan dan tidak disangka-sangka. Tempat ini juga merupakan tempat menarik di Melaka yang terkini di samping tempat-tempat lain yang penuh dengan sejarah tersendiri.

Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Boleh juga menginap Di Anugerah Homestay Melaka..
terdapat pelbagai pilihan ada..
dari Teres 3 bilik, Villa 4 bilik dan Banglo 5 Bilik..
Rumah pun baru2 lagi..
Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com