Restorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza
Siapa pernah makan di Restoran Capricciosa ni?
Saya pernah mengunjungi restoran ini pada awal tahun dahulu. Waktu itu Geng #BloggerKakiMakan mendapat jemputan food review di outletnya yang terletak di Pavilion KL Shopping Mall.
Semalam eXplorasa dijemput lagi ke restoran ini. Kali ini bersempena dengan majlis perasmian untuk outletnya yang ke 3 yang terletak di Sunway Putra Mall.
Sebenarnya restoran ini sudah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1978 lagi. Ia bermula dengan pembukaan restoran kecil di Shibuya yang hanya boleh memuatkan sebanyak 17 orang pelanggan sahaja.
Sejak dari itu ia telah berkembang ke 6 negara (Jepun, Filipina, Taiwan, USA, Vietnam dan Malaysia) melalui 150 outlet. 3 daripadanya berada di Malaysia.
Rangkaian restorann ini diasaskan oleh Mr. Masaaki Honda, seorang tukang masak yang pakar dalam masakan Itali yang juga berkerja di sana 37 tahun yang lalu.
Berbekalkan pengalaman sebagai chef masakan Itali yang pernah memenangi anugerah daripada kerajaan Itali, mendiang Honda telah menubuhkan restoran ini sendiri.
Restorante Capricciosa Italiano Sunway Putra Mall
Outlet terbaru restoran ini (di Malaysia) baru dirasmikan pada 12 Ogos 2015. Ia secara rasminya dibuka oleh Dr Jeffrey Goh – Group CEO Capricciosa Malaysia, Mrs Keiko Honda – CEO Capricciosa Jepun yang juga isteri kepada mendiang pengasasnya, Mr Katsuya Negishi, – Pengarah Capricciosa Jepun dengan sokongan Ms Phang – Pengurus Besar Sunway Putra Mall dan Ustaz Zulkiefli Mohammad wakil daripada JAIS.
Terletak di tingkat 3 pusat membeli belah Sunway Putra Mall, restoran ini yang mempunyai keluasan 2,200 kaki persegi dan boleh memuatkan sebanyak 120 tempat duduk, termasuk 80 tempat di dalam restoran dan 40 tempat di luar, depan restoran.
Susun atur dan hiasan dalaman
Kerusi meja diatur secara sistematik dan nampak kemas. Ditambah dengan hiasan dalaman seperti lukisan dinding yang menarik, membuatkan restoran ini terasa seperti ada daya tarikan untuk pengunjung singgah.

Keistimewaan restoran ini
1. Sijil HALALÂ Â JAKIM
Restoran ini adalah restoran yang pertama seumpamanya yang berjaya melepasi syarat-syarat JAKIM untuk dapatkan sijil HALAL.
Jadi orang Islam boleh makan di sini tanpa was-was.
2. Menu yang sedap
Semalam kami dihidangkan dengan banyak set menu. Walaupun agak kekenyangan tapi dek kerana rasanya yang lazat, saya habiskan juga hidangan di depan mata.
Semalam kami dihidangkan dengan Ocean Platter. Satu hidangan ni boleh dimakan oleh 2-3 orang. Set ini terdiri daripada Creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Black Mussels, Rice Croquette, Capri Superstar Pasta, dan Mixed Veggies.

Memang sangat mengenyangkan. Yang paling penting semuanya best dan sedap. Yang paling membangkitkan selera saya ialah Ikan Salmon tu (Creamy Garlicky Salmon) dan Pastanya. Mussels tu pun sedap. Cuma Calamari Fritto (Sotong Celup Tepung) tu tepung agak keras sedikit. Ini mungkin ia disediakan terlebih awal.




Set menu kongsi ini hanya berharga RM69.90 sahaja. Memang sungguh berbaloi.
Sebelum itu kami disajikan dahulu dengan Savory Meat Soup. Memang sesuai sebagai appetizer. Sup daging yang sedikit masam tetapi sedap.


3. Pelbagai menu untuk dipilih
Menu di restoran ini memang banyak. Bermula dari Pasta hinggalah Pizza.
Pasta pula ada 2 jenis iaitu Pasta Kering dan Pasta Handmade. Ia memberikan pengunjung kebebasan untuk memilih pasta kegemaran mereka.
Pizza pula ada 11 jenis pizza berlainan rasa dan bahan seperti Pizza Daging dengan cendawan, dan banyak lagi.
Secara keseluruhan, memang banyaklah menu yang boleh dipilih di restoran ini daripada pelbagai kategori daripada appetizers, Salad, Pasta, Pizza dan Specialties.

Dessert.
Dessert yang disediakan di restoran ini juga sedap-sedap. Semalam kami sempat menjamah Mascarpone Tiramisu. Sangat sedap rasa dia. Teringat ni pun dah meleleh air liur.

Komen eXplorasa
Pembukaan outlet restoran ini di pusat membeli belah Sunway Putra Mall menanmbahkan lagi seri dan daya tarikan Sunway Putra Mall yang baru dibuka semula selepas ditutup untuk kerja membaik pulih sedikit masa dahulu. Jika dulu tempat ini dikenali sebagai The Mall, kini ia berubah nama kepada Sunway Putra Mall di bawah pengurusan yang baru iaitu Sunway Group.
Saya pernah ke sini untuk membuat review Restoran Nandos Sunway Putra Mall beberapa minggu yang lalu. Tempat yang sangat senang untuk diakses kerana sangat dekat dengan stesen LRT Putra. Jika anda membawa kenderaan sendiri, parkir di tingkat basement tidak mahal. 1 jam pertama berkadar RM3 manakala RM1 dikenakan untuk tambahan setiap 1 jam berikutnya.
Pada saya restoran ini adalah satu lagi restoran yang patut anda cuba. Ia termasuk dalam senarai salah satu restoran ataupun tempat makan yang best dan sedap di Sunway Putra Mall.
Selamat menjamu selera di Restoran Capricciosa di tingkat 3 sunway Putra Mall.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Wahh…. Menarik!
Teruja tengok gambar. Plan nak gi weekend ni..
Nina Mirza recently posted…Roti Pita Berinti Daging… Diet ke?
recommended utk pergi dengan segera..! Best!!!
Wallah!sedapya semua menu tu
Noriza Rahman recently posted…Doa Harian dari Para Nabi yang mudah diamalkan
memang best!!!
tak sangka pengasasnya org Jepun. tapi makanan mmg nampak sedap tue. 🙂
Oja Samid recently posted…10 Bahasa Dosa Penyebab Anak Degil dan Bermasalah
memang sedap.. harga pun ok lah. tak mahal sgt
Tak ramai yang buat food review biasanya cakap juga pasal harga untuk setiap menu atau jumlah keseluruhannya. Harga salah satu elemen tarikan pelanggan juga kalau tak silap
Khairul Zamri recently posted…Program Qurban dan Aqiqah
ada juga yg sertakan harga sekali. cuma sy dan rakan #bloggerkakimakan jarang sertakan harga. Ada sebab dia
restoran masakan itali, diasaskan oleh chef jepun, beroperasi di malaysia…betul-betul universal 🙂
Amir recently posted…Untuk Muslimin & Muslimah yang teringin nak buat duit tanpa modal, tapi tak tahu macam mana nak mula
Wah, makanan halal dan sedap plak tu, tapi tulah…tempatnya jauh huuuu
siti hazreen recently posted…7 Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Calon SPM Tentang Institusi Pengajian Tinggi
hehehehe.. kalau kebetulan mai KL boleh la singgah