Geng #BloggerKakiMakan Meeting di Restoran Nandos Avenue K Pula

restoran nandos avenue k
Restoran Nandos di Avenue K

Restoran Nandos Avenue K

Projek menerjah Restoran Nandos diteruskan lagi oleh geng #BloggerKakiMakan. Jika sebelum ini kami singgah di Nandos Alamanda dan Nandos Sunway Putra Mall secara berkumpulan disamping ke outlet Nandos terpilih secara individu (Nandos Plaza Massalam – eXplorasa, Nandos Subang Parade – Hazman Fadzil, Nandos Mid Valley – Mahamahu dan Nandos Citta Mall – Shakiddo), kali ini kami menerjah Restoran Nandos  yang terletak di Avenue K Jalan Ampang pula.

Sambil makan sempatlah kami bermesyuarat secara ringkas untuk memperkemaskan lagi jemaah #BloggerKakiMakan yang semakin mendapat perhatian pengusaha restoran dan hotel untuk membantu mereka mempromosikan premis mereka.

Restoran ini bolehlah dikira masih agak baru yang beroperasi di dalam premis membeli belah ini berbanding dengan outlet restoran Nandos di luar sana. Ia sedikit sebanyak memberi pilihan kepada pengunjung Avenue K dan pekerja-pekerja di pejabat-pejabat sekitar Jalan Ampang dan jalan Yap Kwan Seng.

Jika selama ini mereka terpaksa ke KLCC untuk menikmati menu berasaskan ayam seperti ini, kini tidak lagi. Mereka hanya perlu singgah di sini untuk menikmati menu ayam peri-peri yang lazat. Restoran ini juga merupakan antara tempat makan ataupun restoran yang best dan sedap di Avenue K Jalan Ampang.

Hiasan dalaman restoran ini

Seperti juga Restoran Nandos di tempat lain yang kami singgah sebelum ini, restoran ini juga mempunyai corak hiasan dalaman yang tersendiri. Lukisan dindingnya memang menarik dengan perabot yang unik. Setakat yang saya tahu lukisan dinding ini berbeza daripada satu outlet Nandos dengan outlet Nandos yang lain.

meja bercorak yang cantik
meja bercorak yang cantik

 

bar

potret menghiasi dinding
potret menghiasi dinding

kitchen

Lampu yang unik
Lampu yang unik
susun atur meja yang kemas
susun atur meja yang kemas (gambar: hazman fadzil)
pandangan daripada luar
pandangan daripada luar

Disamping susun atur perabut yang juga kemas, hiasan dalaman yang unik dan menarik ini membuatkan suasana makan di sini tenang dan santai.

Lokasi

Tempatnya pun agak strategik dan senang untuk diakses kerana Avenue K ialah tempat terletaknya stesen LRT KLCC. Ini memudahkan orang ramai untuk datang ke tempat ini dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan LRT.

Menu restoran ini 

Untuk sesi terjah kali ini kami perlu memilih menu kami sendiri. Jika sebelum ini saya memilih Set Ramadhan sewaktu ke Nandos Plaza Massalam, Grilled Chicken Cataplana dan Angry Mango di Restoran Nandos Sunway Putra Mall, kali ini saya memilih 1/4 Chicken with 1 REG Side (Peri Chips), 5 Chicken Wings dan Peri Soup and Garlic Bread untuk santapan makan malam.

i/4 Chicken with Peri Chips
i/4 Chicken with Peri Chips
5 Chicken Wings
5 Chicken Wings
Soup and Garlic Bread
Soup and Garlic Bread

Set 1/4 Chicken with 1 REG Side (Peri Chips) yang berharga RM16.85. Set 5 Chicken Wings pula berharga RM23.21. Manakala set Peri Soup and Garlic Bread boleh dinikmati dengan hanya RM8.37. Untuk minuman, saya memilih Teh O Ais Limau (Iced Lemon Tea) kegemaran saya kerana minuman ini boleh diisi semula (free flow).

Menu-menu yang saya pesan ini bukan sahaja nampak sedap di dalam buku menu tetapi terbukti sedap dan lazat apabila dimakan. Ia memang kena dengan selera saya.

Menu-menu lain yang dipilih oleh Geng #BloggerKakiMakan.

chicken vege

chicken wings n jagung

hati

all foods

Komen eXplorasa

Kepada sesiapa yang berada di sekitar Avenue K Jalan Ampang samada anda datang untuk membeli belah ataupun anda memang berkerja di kawasan sini, anda bolehlah ke sini untuk menikmati ayam peri-peri yang pasti akan memuaskan hati anda.

Selamat menjamu selera di Restoran Nandos di Avenue K!

geng #BloggerKakiMakan
geng #BloggerKakiMakan

Rating

 Restoran Nandos – Avenue K
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2  (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

WORK LIGHTER, TRAIN SMARTER AS HUAWEI INTRODUCES TWO NEW...

Redefining what compact devices can do, from productivity to performance. KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2026...

LAST CHANCE TO SECURE YOUR HUAWEI MATE 80 PRO...

Secure Huawei’s latest flagship with advanced imaging, ultra-durable design and limited-time launch rewards before...

HUAWEI MATE 80 PRO OFFICIALLY LAUNCHES ALONGSIDE ‘SEE, TRULY...

Huawei’s latest Mate flagship returns with powerful imaging capabilities, intelligent performance and a refined...

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge