Restoran Nandos Sunway Putra Mall Pilihan Geng #BloggerKakiMakan Untuk Beraya Bersama

Sunway Putra Mall
Sunway Putra Mall (foto: mahamahu)

Sunway Putra Mall (SPM)

SPM bukanlah pusat membeli belah yang baru. Ia dulunya dikenali sebagai The Mall. Selepas pengambilalihan oleh Kumpulan Sunway, ia telah dinaiktaraf menjadi pusat membeli belah yang lebih eksklusif dan ditukar namanya.

Pusat membeli belah ini ditutup kepada pengunjung sejak tahun 2014 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf. Ia dibuka semula pada bulan Ramadhan yang lalu.

Terletak bedekatan dengan PWTC dan Sunway Putra Hotel (dulu dikenai sebagai The Legend Hotel), pusat membeli belah ini amat senang untuk dikunjungi. Ini adalah kerana stesen LRT amat dekat dengan tempat ini. Stesen LRT yang dimaksudkan adalah stesen LRT PWTC yang terletak hanya lebih kurang 50 meter daripada pintu masuk SPM. Malah ada jalan terus yang dibina menghubungkan stesen LRT tersebut dengan pusat membeli belah ini.

eXplorasa telah bertandang ke sini baru-baru ini untuk merayakan aidilfitri bersama geng #BloggerKakiMakan. Almaklumlah semua tinggal di tempat berlainan dan berjauhan. MJadi balik dari beraya di kampung masing-masing kami berkumpul pula di sini untuk makan-makan bersama.

Saya memang sengaja sampai awal ke pusat mebeli belah ini untuk explore pusat membeli belah yang baru dibuka semula ini. Memang tempat ini sudah berubah wajah. Susun aturnya kali ini lebih mirip kepada pusat membeli belah Sunway Pyramid. Lebih ekslusif dan moden berbanding yang dahulu.

Restoran Nandos Sunway Putra Mall

Banyak outlet yang boleh menjadi tarikan di tempat ini. Antaranya ialah Restoran Nandos yang terletak di tingkat LG bangunan pusat membeli belah ini. Geng #BloggerKakiMakan telah sebulat suara memilih restoran ini untuk menjamu selera.

Restoran Nandos Sunway Putra Mall
Restoran Nandos Sunway Putra Mall

Sebagai sebuah sebuah restoran franchise menu-menu yang terdapat di restoran ini sama sahaja dengan restoran di bawah label jenama ini di luar sana. Namun susun atur restoran ini dan hiasan dalamannya berbeza daripada farnchise di tempat lain.

Hiasan dalaman dan lukisan dinding di restoran ini agak menarik. Nampak segar dan boleh menjadi santapan mata sebelum menghadap santapan mulut.

Oh ya, selain eXplorasa, geng #BloggerKakiMakan terdiri daripada blogger-blogger makanan hebat seperti Hazman Fadhil, Kid, Mahamahu dan Cik Lily Putih. Anda boleh mengikuti aktiviti review kami di FB dan Instagram di bawah hashtag #BloggerKakiMakan.

Menu Restoran ini

Memang sengaja kami memesan menu-menu yang berlainan pada petang itu supaya boleh saling merasa menu yang berlainan.

Menu-menu pilihan #BloggerKakiMakan
Menu-menu pilihan #BloggerKakiMakan

Saya memilih menu yang agak baru dan belum pernah saya cuba iaitu:

1. Grilled Chicken Cataplana

Grilled Chicken Cataplana
Grilled Chicken Cataplana

Bagi yang meminati nasi yang bercampur dengan sayuran seperti tomato dan sebagainya, menu ini amat sesuai untuk anda. Ia dihidang di dalam kuali kecil yang bertutup.

Rasanya sedap tapi disebabkan saya kurang menggemari sayuran yang dicampur bersama nasi, saya sebenarnya lebih suka nasi biasa sahaja seperti nasi mediterranean dan sebagainya.

2. Angry Mango Pita with 1 REG Side

Angry Mango Pita
Angry Mango Pita

Menu ini sedap. Ada rasa mempelam sebab di dalam pita tersebut ada dicampur dengan jem mempelam.

Rasa ayam berserta rasa mempelam memberikan rasa yang baru yang berlainan daripada yang biasa saya cuba di sini.

Dua menu pilihan eXplorasa
Dua menu pilihan eXplorasa

Ini adalah menu-menu lain yang #BLoggerKakiMakan pesan:

restoran nandos sunway putra mall burger 2

restoran nandos sunway putra mall - butterfly chicken

restoran nandos sunway putra mall burger 3

restoran nandos sunway putra mall ayam peri-peri

restoran nandos sunway putra mall espetada

restoran nandos sunway putra mall wedges

air minuman "free flow"
air minuman “free flow”

Komen eXplorasa

Restoran ini memang tidak pernah menghampakan saya. Jadi bagi yang ingin menikmati ayam peri-peri Nandos, anda bolehlah memilih restoran ini yang terletak di Sunway Putra Mall. Di samping anda menikmati menu-menunya yang lazat, anda boleh membeli belah di pusat membeli bekah ini yang kebanyakannya disewa oleh outlet-outet yang baru.

Restoran Ayam Peri-peri Nandos Sunway Putra Mall
Restoran Ayam Peri-peri Nandos Sunway Putra Mall

Selamat menjamu selera di restoran ayam peri-peri nandos sunway putra mall.

 4,542 total views,  1 views today

Related Stories

Discover

Kisah Sebalik Statue Manneken Pis di Brussels Belgium

Siapa dah pernah sampai sini? Di satu fountain yang ada budak kecil bertelanjang sedang...

ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik Untuk Anak Bakal Exam

Aku pernah ditanya: Betul ke ReLY aplikasi kelas online terbaik..?  Jawapan jujur aku: Aku tak...

Kempen Nikmati Pulau Pinang Yang Sangat Berbaloi!

Kempen Nikmati Pulau Pinang sedang berlangsung! Kempen apa pulak ni..? Boleh baca entri ni...

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap Di Kuala Terengganu –...

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap di Kuala Terengganu. Ada ke? Kalau di Temerloh banyak...

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Kesan penyakit kencing manis. Apa kaitannya dengan yang suka travel? Ok, jika itu persoalan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas negeri pun...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this:
G-601VBDF9PQ