Northwest Cherry – Ceri Paling Sedap Yang Pernah Saya Makan

Northwest ceri yang sedap
Northwest ceri yang sedap

Buah Ceri

Bukan pertama kali saya makan buah Ceri (Cherry). Tetapi ceri yang saya makan biasanya mempunyai rasa yang biasa-biasa sahaja. Lebih kepada rasa masam berbanding rasa manisnya. Jadi, jika saya terpaksa membuat konklusi tentang buah ceri yang pernah saya makan, saya akan merumuskan bahawa buah ini bukanlah buah yang saya gemari.

Tetapi amat berlainan dengan buah ceri yang saya cuba tempohari. Rasanya manis. Buahnya besar. Isinya rangup. Pertama kali saya makan di bulan Ramadhan yang lalu saya terus jatuh cinta dengan rasanya yang enak dan manis serta berjus. Tiada lagi rasa ceri yang masam.

Basketful of freshly picked Northwest Cherries

Northwest Cherry

Itulah Ceri Northwest rupanya. ceri yang segar dan enak yang diimport daripada Amerika Syarikat (US). Ceri ini telah membuat penampilan pertama musim terbarunya di Jason Food Hall, Bangsar Shopping Centre baru-baru ini. 75% daripada jualan ceri di Malaysia dipegang oleh ceri ini rupanya. Patutlah sedap!

Pelancaran Ceri ini secara kebetulan sama dengan musimnya di US iaitu bermula bulan Jun hingga bulan Ogos. Ceri ini bukan sahaja popular di Malaysia malah ia juga mendapat sambutan hangat di negara-negara Asia yang lain seperti Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan China.

Penanam ceri ini di US percaya bahawa ini adalah ceri yang paling sedap di dunia. Ceri ini bukan sahaja bersaiz besar malah ia jauh lebih manis dan berjus berbanding dengan ceri-ceri lain yang boleh didapati di pasaraya-pasaraya.

Satu lagi yang istimewanya tentang ceri ini ialah ia dipetik, dipek dan dihantar kepada pengguna dalam masa 24 jam. Untuk sampai ke Malaysia, Ceri ini mengambil masa 4 hari paling lama. Dalam masa 4 hari ternyata ceri ini masih segar.

cherry northwest

Oh ya.. Jika masih dalam musim ceri tu ok la kan. Sebab ianya mengambil masa tak lebih daripada 4 hari je untuk sampai ke Malaysia. Tapi macamana kalau di luar musim ceri?

Haa ini lagi satu keistimewaan ceri ini. Ceri ini boleh disimpan selama 6 bulan dengan menyejukbekukannya. Hanya 3 langkah mudah:

1. Bilas ceri dengan air bersih
2. letakkan ceri ke dalam beg sejukbeku
3. masukkan dalam freezer

Jadi, bila rasa nak makan pada bila-bila masa, hanya keluarkannya dan makan.

Khasiat Ceri

Ceri semakin terkenal dengan khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia ada Antioksidan, Potasium Vitamin dan Mineral. Ini sangat bagus untuk dimakan oleh anak-anak sedang membesar. Antioksidan dan Potasium boleh menolong merawat penyakit radang seperti Gout dan arthritis, mencegah cancer dan menjaga kesihatan hati.

northwest cherry  yang berkhasiat
northwest cherry yang berkhasiat

Mempunyai kandungan kalori yang rendah dan juga rendah dalam sifat-sifat indeks glisemik menjadikan ceri ini sangat ideal untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis dan untuk mengawal berat badan. Ceri ini adalah buah yang unik kerana ia adalah satu-satunya sumber melatonin yang merupakan hormon yang dihasilkan dalam kelenjar pineal kita yang bertanggungjawab mengawal tidur kita.

Harga

Harga Ceri ini di antara RM40 to RM80 untuk sekilogram dan ia bergantung juga kepada penghasilan untuk musim tersebut.

Pengedar di Malaysia

Ceri ini boleh didapati pasaraya-pasaraya utama semenanjung Malaysia dan pasaraya terpilih di Malaysia Timur. Di Malaysia, GCH Retail (M) Sdn Bhd adalah pembekal utama ceri ini. GCH beroperasi di 147 pasaraya dan hypermarket di bawah nama Giants, Cold Storage, Mercato dan Jason Food Hall.

Pelancaran Northwest Cherry di Jason Food Hall baru-baru ini
Pelancaran Northwest Cherry di Jason Food Hall baru-baru ini

Komen eXplorasa

Jadi, kepada sesiapa yang ingin menikmati ceri yang sedap daripada yang pernah dinikmati sebelum ini, anda bolehlah mencuba ceri ini. Selain daripada saiznya yang besar serta rasanya yang manis, sedap dan rangup, ceri ini juga boleh tahan lama dengan menyimpannya dengan cara yang betul di dalam freezer.

Kalau tanya saya, memang saya akan cadangkan ceri ini. Bagi saya ceri ini adalah ceri paling sedap yang pernah saya makan.

Rating

Northwest Cherry
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.8

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ