Menikmati Menu Mediterranean dan Italian Sebagai Juadah Berbuka Puasa di Papero

Tempat berbuka puasa di Shah Alam

Tidak susah untuk mencari restoran best dan sedap untuk Buffet Ramadhan ataupun ala carte di Shah Alam. Daripada restoran Nasi Ayam, restoran dalam Pusat Membeli Belah hinggalah buffet di hotel besar, ia bukanlah satu masalah. Cuma nak kena pilih tempat sahaja. Dah tau tempat kena booking cepat-cepat. Jika tidak pasti penuh.

Baru-baru ini eXplorasa bersama geng #BloggerKakiMakan dan beberapa orang blogger yang lain sempat menerjah restoran yang baru dibuka di Seksyen 13. Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Papero..

Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam

Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam
Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam

Ya Papero. Nama yang agak unik. Sesekali dengar macam nama restoran Itali. Macam nama cokelat yang femes di Langkawi tu pun ada bunyi jugak.

Namun apabila ditanya kepada salah seorang pemilik restoran ini, Sheik Ahmad Fakhruddin, nama ini datang hasil daripada perbincangan bersama pemilik-pemiliknya yang terdiri daripada 2 Melayu Islam (70%) dan seorang daripada Arab Syria Islam (30%). Mereka jugalah yang berusaha menjenamakan nama ini dengan trademark “sedap… murah… best…“.

Salah seorng pemllik Restoran Papero, Tuan Sheik Ahmad Fakhruddin
Salah seorng pemllik Restoran Papero, Tuan Sheik Ahmad Fakhruddin

Restoran ini ialah restoran masakan segera (fresh) yang menumpukan kepada 3 menu utama iaitu Pizza, Sandwich dan Shawarma.

Restoran ini adalah cawangan pertama yang dibuka selepas kejayaan Restoran Papero di Sri Petaling yang dibuka sejak bulan Mei 2013. Restoran ini (Sri Petaling) pernah mendapat kunjungan rancangan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan.

Selepas setahun pembukaan restoran utama di Sri Petaling ini, Orient Dam Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan restoran ini telah membuka pula La Fontana Chocolate & Cafe. Restoran yang berasaskan Cokelat ini dibuka bersebelahan dengan Restoran ini di Seri Petaling.

Halal

Pengunjung yang beragama Islam tidak perlu bimbang. Restoran ini adalah milik orang Islam dan 100% halal. Pekerjanya juga adalah terdiri daripada orang Islam.

Saya lihat mereka ini mementing agama. Setengah pekerja mereka yang terdiri daripada warga negara Syria, sanggup berhenti sebentar daripada menyediakan sajian kepada pelanggan demi untuk melaksanakan ibadat solat Maghrib.

Untuk menjimatkan waktu, mereka melaksanakan kewajipan solat secara berjemaah di satu sudut restoran ini. Ini saya lihat sendiri sewaktu berkunjung ke sana tempohari. Kagum!

Menu Papero

Menu Restoran Papero
Menu Restoran Papero

Berikut adalah antara menu-menu yang sempat kami cuba pada malam itu:

Roti Fatayer

Roti Fatayer
Roti Fatayer
Roti Fatayer dimakan dengan Sup
Roti Fatayer dimakan dengan Sup

Roti ini dihidangkan sebagai pembuka selera. Nampak macam biasa je roti ni. Tapi bila dimakan bersama sup yang disediakan, boleh tahan juga rasanya. Unik dan enak.

Mexican Rice Chicken

mexican rice

Shawarma Chicken Kebab

shawarma kebab

Ayam dibungkus di dalam roti kebab ini memang enak. Kelazatannya tidak terjejas walaupun anda simpan untuk sahur. Ya saya tapau menu ini kerana tidak berjaya habiskannya di sana. Saya panaskan waktu sahur. Rasa enaknya masih sama.

Shawarma Chicken  Meal

Foto: MohdRasul.com
Foto: MohdRasul.com

Grill Chicken

chicken

Havanna Pizza

pizza

Pizza di sini agak istimewa. Resipinya dibuat sendiri dan berlainan daripada pizza yang biasa kita makan tu.

Pizza Rice


pizza rice 2

Rice Siossa

set lengkap pizza rice

Selain menu-menu yang sempat saya cuba pada sesi berbuka puasa tempohari, ada banyak lagi menu lain yang boleh dirujuk di dalam buku menu yang akan diberi kepada anda apabila anda ke sana nanti.

Kesemua saiz menu ini adalah mengikut standard orang timur tengah. Untuk orang Malaysia satu-satu hidangan menu ini boleh dimakan untuk 2 orang sebenarya.

Untuk bulan Ramadhan, ada juga set dan promosi untuk pelanggan yang hadir iaitu RM28 seorang, RM55 untuk dua orang, RM100 untuk 4 orang dan RM149 untuk 6 orang.

Info Papero

BRestoran Papero: PAPERO Facebook
Chocolate & Cafe: La Fontana Chocolate & Cafe
Email: orientdam@gmail.com
Nombor untuk dihubungi: +6 013-353 0320 (Tuan Sheik Ahmad Fakhruddin)

 

Alamat Papero Seksyen 13:

Restoran Papero
Kondo Acappella, Seksyen 13,
Shah Alam
(berdepan restoran tupai tupai)

Alamat Papero Sri Petaling:

Restoran Papero / Chocolate & Cafe
Sri Petaling Kuala Lumpur

Waktu Operasi Bulan Puasa :

Restoran Papero / Chocolate & Cafe
Sri Petaling Kuala Lumpur
5.30pm – 4am

selepas raya : 2pm – 2am
Tutup Hari Raya Puasa pada Hari Raya Pertama sahaja.

Restoran Papero Shah Alam
5.30pm – 12.00am

selepas raya :
4pm – 12am.

Restoran ini ditutup sempena Hari Raya Puasa selama 5 hari raya kecuali ada tempahan. Sebarang perubahan akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan penghantaran

hubungi nombor tertera untuk khidmat penghantaran
hubungi nombor tertera untuk khidmat penghantaran

Perkhimatan penghantaran ke rumah atau tempat kerja juga disediakan bagi kawasan berdekatan.

Perkhidmatan Keraian:

Pihak kami juga memberi perkhidmatan untuk sebarang majlis keraian seperti :

Hari Jadi / Majlis Ifthar Ramadhan / Open House / Kenduri / Conference dan lain lain di Premis kami.

Komen eXplorasa

Untuk yang ingin mencari kelainan menu terutama untuk menu berbuka puasa anda boleh masukkan restoran ini ke dalam list restoran bakal terjah anda. Kelainan rasa menu-menunya memberi anda kepuasan ditambah pula oleh harganya yang sungguh berbaloi dan saiz menu yang besar. Makan satu orang rasanya tak habis menu tu.

Saya rekomen restoran ini untuk anda kunjungi. Bagi saya, untuk menu mediterrenian, restoran ini adalah antara yang paling best dan sedap di Shah Alam malah di Lembah juga.

Selamat berbuka puasa dan menjamu selera di Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam!

Bloggers bersama pemilik dan staf Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam
Bloggers bersama pemilik dan staf Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam

Rating

Restoran Papero Seksyen 13 Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating: 3.7 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ