Restoran Tam Nasi Ayam (RTNA)

Nasi Ayam… Agak susah nak mencari restoran Nasi Ayam yang betul-betul sedap dan kena dengan selera. eXplorasa pernah membuat review satu restoran Nasi Ayam sedap di Keramat iaitu Restoran Nasi Ayam Own. Restoran tersebut adalah salah satu restoran Nasi ayam yang paling sedap dan best di KL.

Beberapa hari yang lepas, saya telah dijemput bersama Geng #BloggerKakiMakan untuk berbuka puasa di Restoran Tam Nasi Ayam Seksyen 23, Shah Alam. Nama restoran ini bukanlah kali pertama saya dengar. Cawangannya ada di TTDI Jaya tidak jauh dari rumah saya. Cuma belum berkesempatan singgah.
Kami sampai agak awal pada petang itu. Kesempatan tersebut kami gunakan sebaik-baiknya dengan beramah mesra dengan tuan punya restoran ini, Tuan Az-Zubair. Tuan Az-Zubair memang seorang yang peramah. Seronok kami berbual panjang pada petang itu sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Dapatlah kami mengetahui sejarah penubuhan restoran ini dan perit getir yang Tuan Az-Zubair telah lalui sepanjang menjadi pengusaha restoran Nasi Ayam.
Waktu berbuka semakin hampir. Pelanggan sudah semakin ramai memenuhi meja-meja restoran ini yang tadinya kosong. Pekerja RTNA sudah mula menyediakan menu-menu yang bakal kami hadap sebentar lagi. Penuh dua meja yang dicantun dengan menu-menu pilihan restoran ini.
Menu-menu RTNA
Restoran ini menyediakan banyak menu termasuk menu-menu yang turut disediakan oleh gerai-gerai yang beroperasi di sekeliling RTNA. Namun untuk entri kali ini saya akan menfokuskan tentang signature menu yang disediakan oleh RTNA sahaja. Mungkin ada entri yang dikhaskan untuk gerai-gerai yang menyewa dengan RTNA pula selepas ini.
Oleh kerana restoran ini adalah restoran Nasi Ayam, menu-menunya kebanyakannya berasaskan Nasi Ayam. Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah:
1. Nasi Ayam Goreng

Menu ini adalah menu asal restoran ini sejak ia mula ditubuhkan. Selama 2 tahun restoran ini beroperasi dengan hanya menyediakan menu ini. Apabila ada permintaan untuk menu baru, barulah RTNA menghasilkan menu baru.
Nasi Ayam yang lembut dan relai dipadankan dengan ayam goreng yang lazat memang terbaik. Saya mulakan sesi berbuka puasa pada malam itu dengan menu ini.
Penilaian saya kadangkala berdasarkan impresi pertama iaitu rasa yang saya perolehi sewaktu suapan pertama sesuatu menu. Jika suapan pertama itu menraik hati saya, saya memang akan teruja untuk menghabiskan menu tersebut.
Suapan pertama Nasi Ayam Goreng ke mulut telah memberi impresi yang positif kepada penilaian saya. Terpacul perkataan “sedap!!!” tanpa disedari.
Serius… Rasa menu ini memang sedap. Nasi, ayam dan supnya memang secukup rasa.
Menurut Tuan Az-Zubair, menu ini adalah menu yang paling laris sejak dulu. Mungkin kerana rasa asli Nasi Ayam dan faktor harga yang paling murah menyumbang kepada statistik ini.
2. Nasi Ayam Golek

Setelah melihat ada keperluan untuk mewujudkan menu baru untuk menarik lebih ramai pelanggan setelah 2 tahun beroperasi, RTNA telah memperkenalkan menu ini.
Nasi Ayam kekal seperti Nasi yang asal. Tetap lembut dan relai. Cuma ayamnya ditukar daripada Ayam Goreng kepada ayam Golek.
Rasa rempah Ayam Golek memberi sedikit kelainan kepada rasa asal Nasi Ayam. Menu ini juga ditambah dengan Sambal Belacan untuk memberi lebih kepuasan bagi yang sukakan pedas.
Menu ini boleh dicuba jika anda inginkan rasa baru Nasi Ayam.
3. Nasi Ayam Madu

Rasa baru Nasi Ayam. Rasa manis Ayam Madu memberikan pelanggan rasa yang baru untuk Nasi Ayam walaupun nasinya tetap nasi yang sama.
Pelanggan boleh mencuba menu ini untuk rasa yang berbeza dengan Nasi Ayam biasa.
4. Nasi Ayam Berempah

Menu ini adalah menu ke 4 yang diperkenalkan untuk memberi variasi kepada menu Nasi Ayam di RTNA. Nasi Ayam tetap dikekalkan. Kali ini ayamnya ditukar kepada Ayam Goreng Berempah.
Lagi satu kelainan pada rasa Nasi ayam di RTNA. Rasa ayam yang digoreng dengan rempah istimewa menjadikan menu ini menarik. Lebih – lebih lagi ayam yang digunakan adalah Ayam Dara.
Sup
Ketiga-tiga menu ini didatangkan dengan supnya. Nasi Ayam yang lembut dan lazat ini boleh saja dimakan tanpa sup sebenarnya. Tetapi untuk mengekalkan tradisi Nasi Ayam, sup memang menjadi satu kemestian sebagai pelengkap set Nasi Ayam.
Menu Khas sempena Ramadhan

Sempena Ramadhan tahun ini RTNA telah menyediakan set menu khas untuk pelanggannya. Ada 4 set Ramadhan kesemuanya. Ia bergantung kepada berapa orang yang akan menikmati hidangan tersebut.

Ini adalah antara menu daripada set Ramadhan yang sempat kami cuba:
1. Siakap 3 Rasa

2. Daging Goreng Daun Limau

Pertama kali saya mencuba menu ini. Sedap. Dagingnya lembut.
3. Kailan Ikan Masin

Minuman di RTNA
Selain daripada minuman biasa seperti yang terdapat di restoran lain, RTNA membawa sedikit kelainan apabila ia turut menyediakan jus buahan dengan gelas besar. Yang paling menarik hati saya ialah air yang diberi nama air KELAUT.

Air ini mempunyai rasa yang menyegarkan. Ia seperti gabungan jus dan koktail kerana selain daripada air yang menyegarkan ia turut dicampur dengan pelbagai buah-buahan yang dihiris halus. Ini adalah minuman yang wajib anda cuba jika bertandang ke sini. Tengok airnya sahaja sudah teruja untuk dicuba!

Sistem ambil pesanan yang mesra pengguna
Saya sangat respek dengan Tuan Az-Zubair yang sanggup melabur untuk sesuatu yang baru. Beliau telah mewujudkan satu sistem yang rapi di restoran ini. Selain daripada adanya staf untuk menjaga bahagian-bahagian tertentu seperti Akauntan, Pengurus Operasi dan sebagainya, beliau telah mengaplikasikan satu sistem berintergrasi dengan bahagian lain seperti kaunter bayaran dan dapur iaitu sistem mengambil pesanan menggunakan gajet (iPad).

Segalanya telah diprogram terlebh dahulu di dalam gajet tersebut. Pekerja yang mengambil pesanan hanya perlu menekan option-option yang telah disediakan di dalam program tersebut.

Satu lagi kebaikan tentang sistem ini ialah ia amat mesra pengguna terutama golongan OKU yang tidak boleh bertutur. Hanya hulur sahaja gajet tersebut kepada mereka dan mereka boleh memilih sendiri pesanan mereka dengan menekan menu-menu yang disediakan.
Mantap bukan?!
Info RTNA
Tam Nasi Ayam
No 1G, 3G, 5G, Jalan Pelabur B 23/B,
Seksyen 23 Shah Alam.No Telefon :
011-32908537
03-55455733
03-55452172 (office hour)Facebook: TamNasiAyam
Instagram: tamnasiayam
Surau

Surau yang selesa ada disediakan di tingkat atas sebelah pejabat RTNA. Ini memudahkan ummat Islam untuk bersolat dahulu sebelum makan sepuasnya seperti yang kami lakukan pada hari tersebut.
Lokasi
Komen eXplorasa
Memang terbaik restoran ini. Bagi saya restoran ini adalah antara restoran Nasi Ayam yang paling best dan sedap di Shah Alam. Malah antara yang paling best dan sedap di Selangor dan KL juga.
Kepada yang ingin mencuba nasi ayam yang best dan sedap, anda bolehlah bertandang ke sini dengan segera. Rasa Nasi Ayam yang sedap dengan pelbagai padanan menu ayamnya pasti akan membuatkan anda ingin datang lagi selepas mencuba.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
waaahhh… best juga nak try Tam Nasi Ayam ni dengan schoolmate.. jom buka puasa skali.. menu bajet dah ada…
KiD recently posted…Senarai Lokasi Buffet Ramadhan 2015
Ahhaaa sgt direkomen tam nasi ayam ni. Mantop
Sememangnya melihatkan menu di sini buat kita teruja nak cuba tambahan pula dengan air KELAUT gelas besar yang pastinya laku keras ketika musim panas ni kan….
Air kelaut mmg tak dpt dilupakan
pehh..gi makan tak ajak aku kann..
takpe..takpe..
titan recently posted…DUA jenis buah tembikai yang teringin aku hendak MAKAN – Densuke Black Watermelon dan Yubari King Melons
ahha.. lu kan sibuk berbuka dgn baby lu. gua malas nak kacau
Ya Allah sedapnya..especially air kelaut tu..mesti masuk dalam list jalan-jalan cari makan mama.
Mama Nadia recently posted…5 Bahan Kimia Dalam Skincare Yang Bahaya Bagi Ibu Hamil
memng sedap mama nadia.. best giller!