
Restoran Asrama Penchala
Ada lagi jemputan ke buffet Ramadhan. Semalam eXplorasa dan geng #BloggerKakiMakan menerjah Restoran Asmara Penchala yang menjadi lokasi pengambaran drama bersiri “Teman Lelaki Upahan” yang menjadi bualan sedikit masa lalu.

Mencari lokasi restoran ini tidak susah. Ikut sahaja Google Maps. Ia pasti membawa anda kehadapan restoran ini dengan selamat. Saya bertolak daripada Shah Alam tepat pukul 5.30 petang dan sampai di depan restoran ini pada pukul 6.15 petang. Itu pun setelah menempuh kesesakan lalu lintas di Bazaar Ramadhan Sungai Penchala tak jauh daripada restoran ini.
Restoran ini baru sahaja diambil alih oleh syarikat yang tidak asing lagi dalam bidang kulinari dan penyediaan makanan iaitu Felda D’Saji daripada pemilik asalnya. Banyak kemudahan yang ditambah dan dibaik pulih oleh D’Saji. Menu-menu di restoran ini juga ditambah dengan pelbagai menu oleh D’Saji.

Jadi restoran ini sebenarnya adalah restoran di bawah pengurusan D’Saji. Hanya nama sahaja yang dikekalkan. Jadi sudah semestinya kualiti makanan, kualiti servis dan lain-lain adalah terbaik selari dengan imej D’Saji yang merupakan peneraju dalam industri ini.
Menu- menu buffet Ramadhan Asmara Penchala
Menu Utama
Menu utama ini akan ditukar pada setiap hari untuk memberi variasi kepada menu-menu di restoran ini. Antara menu yang disediakan restoran ini:
Nasi Briyani Gam

Nasi Putih

Ayam Gulai ala Padang
Ayam Goreng Gajus
Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Ikan Keli Sambal Hijau

Kambing Masala

Ikan Patin Masak Tempoyak

Sambal Udang Petai

Udang Masak Lemak

Sayur Buncis Ala Bombay

Siput Sedut Masak Lemak Keladi
Semua menu-menu ini disediakan di ruangan buffet di tengah-tengah restoran ini.
Menu-menu lain
Menapak ke dalam sedikit ada lagi disediakan tempat makanan yang lebih ringan.
Kuey teow dan Mee Goreng
Bakso dan Laksa
Pasta
kambing Bakar
Ikan Bakar
Roti John
Sup Tulang Rawan
Pencuci Mulut
Air Minuman


Kemudahan
Surau, Tandas dan Parkir. 3 perkara yang mesti ada pada sesebuah restoran untuk menarik pelanggan. Restoran ini mempunyai ketiga perkara yang agak penting yang boleh menarik pelanggan ke sini.
Surau

Parkir
Alhamdulillah, restoran ini ada menyediakan kawasan parkir walaupun agak terhad.
Walaubagaimanapun pelanggan yang tidak dapat parkir di tempat yang disediakan di depan restoran kerana penuh boleh memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di premis sebelah restoran ini.
Info lanjut berkenaan Asmara Penchala
Suasana berkonsep Bali
Melangkah masuk ke restoran ini, memberikan saya suatu perasaan yang damai. Ini sudah pasti disebabkan konsep yang diterap oleh restoran ini ialah konsep Bali. Berbuka puasa di dalam suasana taman. Ini memang berlainan buffet Ramadhan yang pernah saya sertai pada tahun ini.

Restoran ini memberi pelanggan kebebasan memilih untuk berbuka puasa di dalam dewan (indoor) ataupun di kawasan terbuka (outdoor).

Gazebo
Di sini terdapat 2 gazebo yang disediakan khas untuk pelanggan yang inginkan susasana privasi. Tempat yang terhad ini seringkali menjadi tumpuan pelanggan.

Jika anda berminat untuk berbuka puasa di tempat yang unik dan indah ini lebih baik kiranya anda membuat tempahan awal untuk mengesahkan tempahan anda. Anda hanya perlu menambah RM50 daripada harga buffet Ramadhan yang ditetapkan.
Dewan Berhawa Dingin
Ada dua dewan bersaiz sederhana di restoran ini. Kedua-duanya berhawa dingin. Satu boleh memuatkan pengunjung seramai 6o orang manakala dewan yang satu lagi boleh memuatkan seramai 80 orang dalam masa masa.

Harga Buffet Ramadhan Asmara Penchala
Selain dari Restoran Asmara Penchala, D’Saji juga mempunyai 3 lagi lokasi buffet berbuka puasa mereka iaitu Dewan Perdana Felda, D’Saji KL Titiwagsa dan Restoran Felda Villa. Harga seperti di bawah yang cukup berpatutan.
Info tambahan tentang restoran ini
Alamat
Asmara Penchala
Lot 2933, Jalan Sungai Penchala Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala LumpurNombor untuk dihubungi
+603 7727 3535
+603 7726 0964
+6016 262 1500 (Wedding Event)
+6016 212 7952 (Corporate/Group Event)Email:
info@asmarapenchala.comWaktu Operasi : 6 petang – 11 malam
Facebook: AsmaraPenchala (sila follow untuk mendapatkan promosi terkini)
Instagram: AsmaraPenchala
Lokasi
Komen eXplorasa
Menu-menu masakan yang disediakan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Dan ia ditukar pada setiap hari. Bertemakan 90 Juadah Warisan Islam Nusantara, semua yang dihidangkan menarik minat saya.
Ditambah lagi makan di dalama suasana taman berkonsepkan ala Bali, ianya menjadi lebih menarik. Jika selama ini anda biasa berbuka puasa dengan suasana indoor di restoran dan hotel, di sini anda boleh memilih suasana outdoor. Ianya lain dari yang lain.
Yang paling best, harganya yang murah. Sangat berbaloi untuk anda datang bertandang untuk berbuka puasa dengan suasana santai sambil mendengar alunan muzik live oleh band jemputan.
Saya tanpa ragu-ragu mengesyorkan anda untuk datang sendiri ke restoran ini merasai pengalaman yang saya rasa. Pada saya buffet ramadhan di restoran ini adalah antara buffet ramadhan yang paling best dan sedap di sekitar Kuala Lumpur.

Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Dengan kemudahan yang ada nie memang dalam kategori yang berbaloi tambahan suasana yang menarik pun jadi daya tarikan….
hazman aka species1980 recently posted…Promosi Buffet Ramadhan 2015 – Restoran Asmara Penchala Felda D’Saji
konklusinya mmg berbaloi la berbuka puasa kat sini kaaaan
Petai pun nampak sedap…nyummm. sekali tengok macam tempat kenduri orang kawen lak hehehhe
DknaAbza recently posted…Shopping Raya Di GM Klang Wholesale City Malaysia
boleh juga nak buat kenduri kawen kat sini.. ada jer yang buat
wokeh nanti aku pi sini lah
kena pi cepat weyh..
Ada air tembikai laici yang sedap tu. Boleh cuba singgah lepas balik kerja.
Ummar Farouk recently posted…Air Tembikai Laici Untuk Kawannya Yang Sedang Semput
haaa… bagus idea tu