Lunch Di Restoren Nasi Ayam Ownn Keramat Kuala Lumpur

gambar restoren nasi ayam
restoren nasi ayam ownn keramat kuala lumpur

Nasi Ayam adalah salah satu menu masakan Malaysia. Terdapat banyak restoren dan warung yang menyajikan menu masakan Nasi Ayam. Namun bukan semuanya sedap. Ada yang nama sahaja Nasi Ayam, tapi rasanya bukan rasa Nasi Ayam kerana kurang resipi sebenar Nasi Ayam.

Jika di tempat kelahiran aku, Kuala Terengganu, ada satu restoren Nasi Ayam yang sedap iaitu Restoren Nurul Iman. Setakat ini jika ditanya, aku memang tanpa ragu akan mengakui bahawa restoren nasi ayam ini adalah yang terbaik setakat ini.

Namun di KL ini aku belum jumpa restoren Nasi Ayam yang betul-betul dapat menawan selera aku. Sehinggalah isteri aku membawa aku ke Restoren Nasi Ayam Ownn yang terletak di sudut simpang Stesen Minyak Petron Keramat Kuala Lumpur. Walaupun tidak sesedap Restoren Nurul Iman, sekurang-kurangnya restoren ini menyediakan Nasi Ayam yang paling best di KL setakat yang aku jumpa sehingga hari ini.

Hari ini aku datang lagi ke sini bersama rakan untuk merasai semula kenikmatan makanan Malaysia yang satu ini.

gambar dalam restoren

Kunci utama rasa sedap nasi ayam di sini ialah pada kombinasi ayamnya yang lembut dan lazat, nasinya yang dimasak enak, dan sup serta sambal nasi ayamnya yang secukup rasa.

gambar nasi ayam
nasi ayam
gambar ayam masak
lauk ayam yang banyak
gambar sup ayam
sup dan sambal nasi ayam
gambar air minuman
limau ais

Set Nasi Ayamnya memang sudah mencukupi dengan ayamnya yang agak banyak. Namun jika anda inginkan lebih ayam, anda boleh memesan ayam tambahan dengan kos yang amat berpatutan. Ada juga lauk tambahan iaitu pedal dan hati ayam goreng. Ini juga salah satu lauk yang membuka selera pengunjung di sini. Lauk seperti sayur-sayuran yang digoreng bersama dengan taugeh juga boleh dipesan untuk di makan bersama nasi ayam.

gambar lauk ayam
lauk ayam tambahan boleh dipesan jika inginkan lebih ayam

pedal dan hati goreng

Harga Nasi Ayam di sini amatlah berpatutan. Semasa makan tengahari tadi aku memesan 2 set Nasi Ayam, 1 pinggan ayam tambahan, satu pinggan pedal dan hati goreng dan 2 air minuman (limau ais dan teh o panas). Harga kesemuanya hanyalah RM21. Murah bukan?

Untuk datang ke sini tidak lah susah. Anda hanya perlu menuju ke keramat berhampiran stesen LRT keramat. Di sana ada satu stesen minyak Petron yang terletak di sat simpang tiga. Di situ anda akan nampak restoren ini yang berhadapan dengan Petron.

Mungkin Sebab inilah jika anda pergi di waktu makan tengahari (12.00 – 2 petang, restoren ini akan padat dengan pengunjung. Ada yang datang dari pusat bandaraya KL semata-mata untuk menikmati nasi ayam yang sedap ini.

gambar pelancong asing
pelancog asing juga ada yang datang untuk merasai sendiri rasa nasi ayam di sini
gambar keluarga bahagia sedang makan
pengunjung sedang enak menjamu selera

Sedikit kekurangan restoren ini ialah tiadanya parkir yang cukup untuk pengunjung. Namun pengunjung masih boleh meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar restoren ini.

Jika anda sedang mencari restoren dan menu Nasi Ayam yang sedap dan murah, aku syorkan restoren ini. Dengan harganya yang murah dan rasanya yang sedap, memang anda akan berpuashati dan akan datang lagi untuk kali kedua.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

  1. Di pekan Kuah Langkawi ada satu gerai yang menjual nasi ayam yang terletak di medan selera jalan sungai kuah. Nasi ayam gerai ini lebih kurang sama dengan ownn nasi ayam keramat. gerai nasi ayam kat Langkawi tu ialah kepunyaan abang kepada tuan punya restoran ownn nasi ayam sekarang ini. Dulu restoran di keramat abang dia yang jalankan tapi bila abang dia pindah pi Langkawi, abang dia serahkan restoran tersebut kepada adik dia (tauke sekarang). Boleh baca ceritanya kat sini http://esokyangmendatang.blogspot.com/2014/08/nasi-ayam-medan-selera-jalan-sungai.html

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ