EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra

gambar norman hakim dan memey suhaiza
Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Penaja Rasmi SBB2014

Cabaran 30 hari menggunakan ephyra. Aku mendapat peluang menggunakan produk ephyra ini apabila ephyra telah menjadi penaja rasmi sbb2014 bersama dengan yeos dan beberapa syarikat yang lain lagi. Pek Ephyra ini diberi kepada pemenang kontest yang diadakan sempena majlis yang gilang gemilang tersebut. Dan aku terpilih sebagai salah seorang pemenang. Hadiahnya ialah pek percubaan produk kesihatan ephyra selama sebulan.

Dari hari itu bermulalah hidup ku sebagai pengguna produk kesihatan ephyra. Inilah pertama kali aku menggunakan produk kesihatan secara istiqamah dan berdisiplin. Tujuan aku mengambil produk ini yang paling utama ialah aku ingin mencari satu supplemen yang boleh membantu badan aku mengekalkan tenaga yang cergas sepanjang hari.

Masalah aku

Aku seringkali lemah dan kerap mengantuk apabila memandu. Ini berkemungkinan besar kerana gaya hidup aku yang kurang bersukan. Dulu aku adalah seorang ahli sukan. Kegemaranku adalah bermain bola. Aku juga pernah bermain sukan rugbi dan biasa pergi ke gym. Hasilnya badanku agak ideal.

gambar pemain ragbi
pernah bermain rugby suatu ketika dahulu (gambar hiasan)

Segalanya berubah apabila aku terlibat dalam satu kemalangan pada 12 tahun yang lalu. Kemalangan yang agak dahsyat itu hampir meragut nyawa aku. Puncanya adalah mengantuk sewaktu memandu. 6 bulan aku terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat. Tulang pinggul aku telah terkeluar daripada landasannya.

tidur dalam kereta
kemalangan yang berlaku berpunca daripada mengantuk (gambar hiasan)

Selepas habis tempoh rawatan alhamdulillah aku masih lagi diberi nikmat berjalan oleh Allah. Tapi mulai saat itu aku tidak lagi boleh bersukan yang memerlukan aku berlari dan membuat aktiviti lasak dan sebagainya.

Dari agakan aku, kurangnya mengeluarkan peluh ini membuatkan badan aku cepat keletihan. Ditambah lagi dengan umur yang sudah hampir memasuki era 4 series.

Perlukan Supplemen

setelah bertanya dan membuat selidik kajian melalui bahan bacaan, antara rumusan yang aku boleh buat ialah badan aku perlukan supplemen untuk tenaga tambahan. Perkara ini apabila diluahkan kepada rakan rakan seusia, telah mendapat sokongan yg amat padu dari mereka. Malah aku digalakkan lagi oleh mereka. Ini adalah kerana mereka juga menggunakan supplemen.

Jadi langkah seterusnya ialah menentukan produk yang aku nak guna. Syarat aku untuk produk yang akan aku guna nanti ialah tiada isu halal haram, senang untuk digunakan, tiada kesan sampingan dan harga yang berpatutan. Dan yang pasti objektif aku tercapai. Dan produk ini memenuhi semuja syarat tersebut.

Kesan Ephyra

Setelah sebulan menggunakan produk ini memang terasa kelainan. Aku tidak lagi keletihan di kala petang menjelang. Temujanji aku dengan klien unit trust aku berjalan dengan lancar. Makin banyak aku aturkan temujanji selepas waktu berkerja. Waktu ini memang menjadi pilihan kebanyakan klien unit trust aku yang juga rata-ratanya terdiri daripada kenalan aku.

Namun begitu penyakit mengantuk ku masih ada walaupun semakin berkurangan. Penyakit ini aku rasa jika aku telan supplemen apa pun tak akan boleh hilang. Mungkin aku kena kembali mengeluarkan peluh. Ataupun mungkin aku harus berjumpa pakar untuk menentukan punca masalah aku ini.

Sistem pembuangan aku juga bertambah elok. Semenjak aku gunakan produk ini setiap pagi aku akan buang air besar. Ini amat baik untuk badan kita sebenarnya.

Jadi objektif aku telah tercapai dengan produk ini. Syarat yang aku tetapkan pun ditepati. Sememangnya produk ini diiktiraf halalnya. Amat senang disediakan. Letak saja air ke dalam bekas yang diberi bersama pembelian Ephyra, tambahkan satu sachet Ephyra dan goncangkan. Lepas itu boleh terus minum. Jika tidak sempat boleh minum dalam kereta sambil menempuh kesesakan lalulintas.

sarapan dalam kereta
minum ephyra sambil menempuh kesesakan lalulintas

Kesan Sampingan Ephyra

Produk ini memang tiada kesan sampingan kerana ia tidak melibatkan unsur ubat-ubatan di dalam pembuatannya. Cuma sebelum ini aku ada mendengar daripada pengguna yang dah menggunakan produk ini bahawa di awal penggunaan ada sedikit kesan tindakbalas badan. Ada yang jadi lemah badan dan sebagainya.

Namun selama sebulan aku menggunakan produk ini ia tidak memberi apa kesan pada badan aku. Cuma ada satu waktu timbul bintik merah halus di lengan sebelah kanan aku. Tengah aku terfikir adakah ini tanda kesan tindakbalas badan, aku menerima satu panggilan telefon daripada pihak Ephyra. Rupa-rupanya Bos Besar Ephyra sendiri yang telefon aku bertanya khabar dan pengalaman aku menggunakan produk ini. Sungguh berbesar hati aku dengan panggilan telefon ini. Memang aku kagum dengan cara Puan Amiza membuat marketing dan servis selepas jualan.

Aku ada memberitahu Puan Amiza tentang bintik merah tersebut. Namun Puan Amiza menjelaskan bahawa ianya bukan kesan sampingan yang biasa terjadi kepada pengguna-pengguna baru produk ini. Hahaha… Sedikit malu aku di situ. Rupanya bintik merah hanyalah kesan gigitan nyamuk kerana sehari sebelum itu aku balik kampung. Nyamuk kampung yang perdajalkan aku rupanya.

Mungkin ada lagi kesan kelebihan Ephyra kepada badan aku tanpa aku sedari. Maklum lah baru sebulan produk ini menjadi teman baik aku. Apapun kesan kelebihan Ephyra selain yang aku sasarkan di atas aku anggap sebagai bonus. Objektif utama yang aku cari daripada produk ini telah pun aku rasai.

Harga Ephyra

Harga Ephyra amat berpatutan. Berbanding dengan supplemen lain di pasaran, produk ini ternyata amat berpatutan harganya. Harga ini adalah harga mampu milik untuk produk kesihatan yang berkesan seperti produk ini.

Dropship

Aku memang akan menjadi pengguna tetap Ephyra selepas ini. Malah aku juga telah mendaftarkan diri sebagai pengedar Ephyra dek kerana keyakinan aku pada produk ini. Sesiapa yang ingin membeli Ephyra boleh juga beli melalui aku selepas ini ya..

gambar instagram
instagram post

Sesiapa yang sedang mencari supplemen untuk diri sendiri ataupun pasangan maupun sahabat handai, Ephyra ini memang aku rekomen. Anda boleh cuba dahulu pek percubaan yang berharga RM68 sebanyak 10 sachets. Rasai kelebihan-kelebihan yang anda akan dapat hasil daripada penggunaan Ephyra. Lepas tu jika anda rasa ianya memang sesuai untuk anda bolehlah teruskan dengan membeli pakej sebenar.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ