Restoren Abah Beriani Bandar Baru Uda Johor Bahru

gambar kedai nasi beriani
Restoren abah Beriani Bandar Baru Uda Johor Bahru Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Negeri-negeri di Malaysia ada makanan popular mereka masing-masing. Jika Terengganu terkenal dengan Nasi Dagangnya, kelantan dengan Nasi Kerabunya, Pulau Pinang dengan Laksa Penangnya, Johor juga ada makanan popularnya.

Selain daripada terkenal dengan Soto, Lontong dan Nasi Ambeng, Nasi Beriani Gam juga amat terkenal di sini. Dan rasa Nasi Beriani ini di sini sudah pasti tidak sama dengan nasi yang sama di negeri lain. Pasti rasa asli Nasi Beriani ini tidak dapat ditandingi oleh Nasi Beriani Gam yang terdapat di negeri lain, melainkan tukang masak beriani ini berasal daripada Johor dan pandai memasak Nasi Beriani ini.

Nasi Beriani ini juga menjadi salah satu daripada menu kesukaanku. Sudah lama aku tidak merasa Nasi Beriani ini. Kalau ada pun mungkin aku makan di restoren Nasi Beriani yang ada di sekitar KL. Rasanya memang tidak asli berbanding dengan restoren Nasi Beriani ini di Johor.

Alhamdulillah aku sempat merasa nasi beriani ini sewaktu aku bercuti ke JB tempohari. Setelah seharian menghabiskan percutian di Legoland Malaysia dan sehari suntuk di Sanrio Hello Kitty Town , hari ketiga kami ke Johor Premium Outlet (JPO) dan juga mencari makanan popular negeri Johor. Terima kasih kepada rakan Fida Rahman yang telah mencadangkan menu ini. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membawa dan belanja aku sekeluarga di Restoren Abah Beriani yang terkenal dengan Nasi Beriani Gam JDT.

gambar isteri

Restoren ini terletak di Bandar Baru Uda. Tidak jauh daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri dan JB Mall.

gambar mural
hiasan dinding Restoren Abah Beriani

Restoren ini ada keunikannya yang tersendiri. Nasi berianinya yang diberi nama Nasi Beriani Gam JDT memang sedap. Ada 3 jenis nasi beriani yang ditawarkan di sini. Ada nasi beriani biasa, nasi beriani gam, dan nasi beriani gam JDT.

gambar nasi beriani

Beza antara ketiga-tiga nasi beriani ini ialah, nasi beriani biasa adalah nasi beriani biasa yang berlaukkan ayam ataupun daging. Nasi Beriani Gam pula ialah nasi beriani yang lauknya dikambus dengan nasi. Manakala Nasi Beriani Gam JDT pula ialah nasi beriani yang lauknya dikambus di dalam nasi dan dihidang bersama set air minuman ringan dan Telur Pindang.

Sewaktu bertandang restoren ini tempohari, aku memilih untuk merasa Nasi Beriani Gam Kambing JDT. Set kambing yang dikambus dengan nasi yang dihidangkan bersama acar timun, minuman ringan dan telur pindang memang sedap. Kambingnya lembut. Nasinya lembut dan relai dan memang terasa rempah nasi berianinya.

menu berselera

gambar telur pindang
set Nasi Beriani Gam JDT dihidang bersama minuman ringan dan telur pindang

Manakala anak-anakku si Iffah dan Iqbal mencuba nasi beriani ayam dan daging lembu.

gambar buku menu
Menu dan harga restoren Abah Beriani

Restoren ini memang menjadi tumpuan ramai terutama di waktu makan tengahari dan makan malam. Jika anda berkunjung untuk menikmati makan tengahari disini di hari berkerja, eloklah anda datang awal sedikit daripada waktu makan tengari orang kerja pejabat (1-2 petang). Jika tidak anda akan dapati restoren tersebut dipenuhi oleh pelanggan yang datang menjamu selera disini. Mungkin tempat tiada meja yang kosong untuk kita menjamu selera.

Secara keseluruhan restoren ini memang sedap la. Memang menunya ada rasa Nasi Beriani Gam Johor yang asli. Mencari parkir untuk kenderaan juga tidak menjadi masalah. Banyak parking yang disediakan di sini. Jika ditanya aku, memang aku rekomen restoren ini untuk anda menjamu selera.

Selamat menjamu selera di Restoren Abah Beriani.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ