Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hujung minggu baru-baru ini aku sempat balik ke negeri kelahiran aku iaitu Terengganu bersempena dengan cuti sekolah. Kesempatan begini amat rugi jika tidak digunakan untuk balik ke kampung halaman. Anak-anak yang membesar di Bandaraya Kuala Lumpur ini herus diberi pendedahan dengan kehidupan di kampung walaupun suasana kampung aku sekarang tidak lagi seperti waktu aku kecil dahulu. Suasana kampung yang dahulu sudah semakin terhakis.
Seperti biasa, jika aku balik kampung aku akan mencari tempat-tempat menarik untuk aku bawa keluarga ziarahi. Pantai Batu Buruk memang tempat yang wajib aku lawati kerana kedudukannya yang paling senang untuk bersantai iaitu di Bandaraya Pesisir Pantai Kuala Terenganu.
Di Batu Buruk ini ada satu lagi tarikan untuk anda kunjungi. Di sinilah terletaknya restoren Nasi Dagang paling best di Kuala Terengganu iaitu Sudut Selera Kak Pah. Memang sedap! Sukar untuk anda mencari Nasi Dagang yang mempunyai kualiti seperti ini.
Nasi Dagangnya yang dimasak dengan enak dan lauk yang membangkitkan rasa asli Nasi Dagang Negeri Terengganu menjadikan restoren ini pilihan aku apabila bertandang ke kampung halaman.
Waktu jualannya hanya di waktu pagi, khas untuk sarapan. Dibuka seawal pukul 8.30 pagi, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di sini biasanya akan habis terjual sekitar jam 10.30 pagi. Jadi jika anda berhasrat untuk merasa Nasi Dagang yang best dan sedap ini, silalah ke sini seawal ianya dibuka untuk mengelakkan anda kempunan untuk merasa Nasi Dagang terbaik Negeri Terengganu.
Selain daripada Nasi Dagang, restoren ini ada juga menjual Nasi Lemak sebagai pilihan kepada pelanggan yang mungkin inginkan menu lain untuk bersarapan. Nasi Lemaknya juga sedap. Nasi yang lembut dan relai itu amat berselera apabila dimakan bersama lauk sambal Ikan Tongkol ataupun dipanggil Ikan Aya di dalam loghat Negeri Terengganu.
Apa yang membuatkan aku suka ke sini selain daripada Nasi Dagang dan Nasi Lemaknya yang mempunyai rasa asli Negeri Terengganu ialah restoren ini tidak kedekut dengan lauknya. Bukan senang untuk anda jumpa restoren yang menghidangkan lauk Gulai Ikan Aya untuk Nasi Dagang dan Sambal Ikan Aya untuk Nasi Lemak dalam kadar yang besar ketulnya seperti di restoren ini. Memang lauk di restoren ini banyak. Anda akan dapat menikmati lauknya dengan sepuas hati.
Harga menunya juga tidak mahal. Sepinggan Nasi dagang dan Nasi Lemak dijual dengan harga RM4.00 sahaja. Tambahan RM1.00 untuk tambahan lauk telur goreng ataupun dipanggil Telur Mata Lembu oleh penduduk di sini.
Oh ya. Restoren ini pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 suatu ketika dahulu. Ini juga mungkin faktor yang menjadikan restoren ini popular di kalangan penggemar Nasi Dagang.
Parkir di sini adalah percuma dan jika anda datang awal memang anda tiada masalah untuk mendapatkan parkir.
Bersarapan di sini bagi aku sebagai penggemar Nasi Dagang asli Negeri Terengganu adalah suatu kepuasan. Restoren ini memang menjadi pilihan aku untuk menikmati rasa Nasi Dagang yang best dan sedap.
Jadi jika anda ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di restoren ini untuk merasa menu Nasi Dagang dan Nasi Lemaknya. Anda pasti berpuas hati.
Memang bestlah makan Nasi Dagang dekat sini… Siap masuk akhbar dan dapat kunjungan Jalan-jalan cari makan TV3… 😉
Anuar recently posted…Kajian Tinjauan : Strategi pemasaran SEO tewas di tangan Adwords..
yup.. mmg best nasi dagang kat sini
pasti sedap masakan di sini..Alhamdulillah…kemajuan orang melayu dan mungkin boleh dikomesialkan pada satu hari nanti..
mohd yazed recently posted…Musim Bunga di Utara Malaysia
memang sedap makan kat sini… harga pun tak mahal
kena cuba ni.. belum kesampaian saya ke sana.. insyaallah.. thanks for the info
iluvtour recently posted…Places of Interest in Kuala Lumpur | Part 1
Nak cuba nanti jgn lupa ajak sy sekali ya. Hehehehe
Kiranya femes jugak la yea…. tapi takde gambar awek tu buat kurang penyeri …. hahahahaha
hazman aka species1980 recently posted…WW : Sejarah Lagu TAMAN RASHIDAH UTAMA
nyum sedapnyer….
memang sedap nasi dagang kat sini. kalau sy ke kuala terengganu memamng takkan missd makan kat sini
Servis tak adil dan amat teruk terutamanya utk org yang beli bungkus. Terpaksa tunggu hampir 1 jam baru dapat. Sedangkan yang dtg utk makan dlm 5 minit dah boleh dapat makanan. Kena belajar cara utk layan pelanggan dgn lebih adil.
ooo ya ka.. yg ni kena bgtau kat tokey dia ni…