Pada 13 Februari 2014 yang lalu aku dengan berbesar hati telah hadir ke sambutan Festival Kebudayaan Tahun Baru Cina Kuala Lumpur. Ia diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina di hadapan Galeri Kuala Lumpur untuk meraikan pelancong-pelancong dan warga bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah sudi menjemput eXplorasa untuk membuat liputan untuk hari bersejarah ini.

Majlis yang dihadiri oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan B Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Mohamed NAzri B Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Yang Terutama H.E Ugur Dogan, Duta Turki di Malaysia. Mereka diiringi oleh YBhg. Datuk Seri Ahmad Phesal B Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Di majlis ini pengunjung dihidangkan dengan pelbagai pilihan makanan Malaysia untuk dicuba oleh pelancong. Ada Nasi Lemak, Roti Bom, Satay, Roti Canai, Teh Tarik dan lain-lain lagi. Aku sempat juga merasa makanan tersebut di gerai yang dikhaskan untuk media.
Ada juga persembahan kebudayaan dan persembahan akrobatik daripada China. Perkampungan budaya disediakan untuk pelancong mencuba dan mempelajari keunikan hasil kraf Malaysia seperti demonstrasi keligrafi cina, membuat kuih kapit, mencanting batik bermotifkan cina, menenun tikar, membuat seramik, henna, membuat tanglung serta berhibur dengan permainan-permainan rakyat.
Selain daripada sambutan Tahun Baru Cina, majlis ini juga diadakan untuk melancarkan KL Horse And Carriage Ride iaitu kereta berkuda mengelilingi sekitar Dataran Merdeka.
Kuala Lumpur ada kereta berkuda? Di tengah bandaraya yang selalu mengalami kesesakan lalulintas ni ada kereta kuda? Jalan mana kereta kuda ni nak lalu ya? Kalau kereta kuda kat Pantai Baru Buruk ok la sebab kawasan pantai.
Ya. Itulah yang telah dilancarkan pada hari tersebut. Ini telah meletakkan KL setanding dengan bandaraya-kbandaraya lain di dunia yang mempunyai rpoduk sebegini. Pelancong akan berpeluang merasai pengalaman klasik melalui laluan lawatan bersejarah Dataran Merdeka seperti pada era 1800 yang lalu dengan menaiki kereta kuda.
Kuda yang digunakan dalam program ini merupakan kuda dari baka terbaik yang diimport khas daripada Belgium dan berumur antara 4 dan 5 tahun. Manakala kereta kudanya punya dibei dripadaIstabul, Turki. Unit Berkuda DBKL telah melatih kuda-kuda ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia dan kedaan jalanraya Malaysia yang sibuk.

Program ini dengan laluan pengenalan “Merdeka Warisan Ride Carriage” akan menjadi program pelancongan ikonik di KL. Akan mula diperkenalkan pada 15 Mac 2014, jadualnya adalah seperti berikut:
- 10.00 pagi hingga 11.30 pagi
- 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Ada 2 unit kereta berkuda disediakan. Setiap satunya boleh dinaiki oleh 4 hingga 5 orang penumpang dewasa sahaja.

Laluan yang digunakan ialah Jalan Mahkamah Persekutuan – Bangunan Sultan Abdul Samad – Masjid Jamek mealui Panggung Bandaraya sebelum menyeberangi Jalan Raja. Seterusnya ke Gereja St Mary’s sehingga ke Kelab Di Raja Selangor. Kemudiannya akan membuat pusingan untuk kembali semula ke Galeri Kuala Lumpur.
Di sepanjang perjalanan, pelancomg akan diterangkan berkenaan sejarah tempat-tempat yang dilalui tadi. Tiket berharga RM50.00 seorang dan RM200.00 untuk seunit kereta kuda. Tiket boleh didapati di kaunter Galeri Kuala Lumpur
p/s: foto kredit kepada Bro Nazlan
Hurmmm….kalau cuaca redup okey la kot…. itupun kalau nak amik hati awek / wife…. kalau ngan bangsar babes pun okey jugak….hahahahaha
hazman aka species1980 recently posted…HAZMAN vs FOOD – Majlis Jamuan Minum Petang di Pejabat
hahahaha.. kalau sifu yop man nak naik ngan bangsar babe sy blh tlg arrangekan
Nampaknya, KL makin meriah dgn adanya tarikan kereta berkuda ni.
Terbaiklah bro entri ni!
hafizmd recently posted…Pameran dan Kejayaan Universiti Penyelidikan
sempena tahun melawat malaysia la ni boh
Keluar topik jap..boh, mmg kemah keming logo eXplorasa….terbaik boh!
hafizmd recently posted…Pameran dan Kejayaan Universiti Penyelidikan
hahahaha.. credit to anarm. dia mmg kreatif
Belum pernah ada pengalaman menaiki kereta kuda. Kalau dapat pengalaman seperti ini memang menarik.
akubiomed recently posted…Yeo’s sentiasa menjadi Pilihan Semulajadiku
boleh la try sekali nnti kat sini bro
wahh..bak sikit limau ituuu..
titan recently posted…Berapa ramai yang masih guna lampu MENTOL di rumah?
hehehehe.. lupa lak gua nak wat balik bebanyak aritu
mana gambar bro naik kuda…heee. kalau nak merasa naik kereta kuda boleh lah…
Denaihati recently posted…Ephyra Pilihanku – Peluang untuk mencuba produk berkualiti ini.
hehehehe… kasi pak menteri jer hari tu tuan