
Restoren Mak Uda Selara Timur. Terletak di TTDI Jaya tidak jauh daripada rumah aku. Bertepatan dengan namanya, restoren ini menyajikan menu tradisional masakan Pantai Timur ataupun lebih tepatnya masakan negeri kelahiran aku iaitu negeri Terengganu.
Aku selalu juga ke restoren ini jika terasa nak merasa masakan Terengganu, terutama di hari minggu. Menu yang aku suka di restoren ini ialah Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan Nasi Impit. Sebenarnya ada bermacam-macam menu kat sini seperti Nasi Minyak, Roti canai dan sebagainya. Tapi setakat ini aku belum mampu lagi untuk merasa menu yang lain. Walaupun aku dah berniat daripada rumah untuk merasa masakan yang lain, tetapi bila sampai ke restoren ini, pasti 4 menu tadi juga yang akan aku pilih.






Di antara ke empat-empat menu yang aku suka tadi, pilihan utama aku ialah Nasi Dagang. Ada sebab aku pilih Nasi Dagang. Untuk yang dah biasa makan Nasi Dagang daripada kecil lagi macam aku ni, aku agak cerewet dengan Nasi Dagang ini. Jarang aku jumpa di KL ni Nasi Dagang yang rasa original macam Nasi Dagang di Terengganu. Banyak yang tak kena pada rasanya. Ada yang kuahnya terlalu cair, Ikan Tongkolnya tidak dimasak betul, Nasinya yang keras atau terlalu lembik dan lain-lain lagi.

Tapi di restoren ini Nasi Dagangnya memang terasa asli Nasi Dagang Terengganu. Jika nak rasa Nasi Dagang asli Terengganu tidak perlu pergi ke negeri Terengganu. Datang sini pun sudah memadai. Dengan kuahnya yang pekat secukup rasa, Ikan Tongkolnya yang dikukus terlebih dahulu sehingga rapuh tulang-tulangnya, Nasinya yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras, Nasi Dagang di sini lulus piawaian aku yang agak cerewet ini.

Begitu juga dengan Nasi Lemak dan Nasi Kerabu. Rasanya memang kena dengan selera Terengganu aku. Nasi Impit pula ada dua kuah untuk dimakan bersama. Ia boleh dimakan bersama kuah kacang. Ia juga boleh dimakan dengan kuah gulai Ikan Tongkol lauk Nasi Dagang tadi. Aku suka kuah yang kedua tu. Memang terbaik. Jika di Terengganu Nasi Impit kuah gulai Ikan Tongkol ni aku suka makan di Restoren Norazila Chabang Tiga.


Selain itu, restoren ini ada juga menyajikan menu sampingan seperti pulut panggang (dikenali sebagai Pulut Lepa di Terengganu), Ikan Goreng Celup Tepung, Pisang Goreng dan Keropok Goreng. Diantara menu sampingan ini aku rekomen Pulut Lepa. Pulut Lepa yang dipanggang di situ berintikan ikan dan amat sedap jika dimakan panas-panas.





Begitu juga dengan Ikan Goreng Celup Tepung. Ikannya yang segar disaluti dengan tepung memang enak dan terasa seperti kita sedang menikmatinya di gerai Ikan Goreng Celup Tepung yang banyak terdapat di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Memang terbaik. Sewaktu aku tulis entri ni pun air aku sudah kecur teringat menu tersebut.

Menu-menu yang aku sebutkan tadi akan disediakan kepada pengunjung diwaktu pagi sebagai menu sarapan. Apabila tengahari tiba menu tadi diganti dengan pelbagai hidangan menu nasi campur. Anda harus mencuba ikan bakar disini jika singgah di sini. Ikan Singgang pun amat menyelerakan. Ada pelbagai lauk yang tersedia sehingga rambang mata untuk memilih.
Di kala petang, menu pagi tadi pula disediakan sehingga malam. Cuma untuk menu makan malam, ada ditambah dengan masakan panas, seperti masakan Thai dan lain-lain lagi.
Diwaktu puncak seperti waktu sarapan pagi dan waktu makan tengahari restoren ini penuh dengan pelanggan. Jadi jika anda inginkan suasana tenang sila datang di luar waktu puncak.

Jika anda ke kawasan sebelah Shah Alam, anda boleh cuba singgah di restoren ini yang menyajikan masakan ala Terengganu. Rasa asli masakan Terengganu dapat dirasa disini kerana tuan punya dan tukang masaknya adalah orang Terengganu. Pelanggan juga ramai orang Terengganu yang berkerja di sini.

Selamat mencuba menu ala Terengganu di restoren ini.
pulut lepa tu yang mahal sekali. haha..
titan recently posted…Download soalan dan Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
best wooo pulut lepa dia.. serius.. singgit satu
Bestnya… Tengok makanan yang dijual dekat Restorn Mak Uda ini begitu menyelerakan sekali… 😉
Anuar recently posted…RAHSIA DR SHAH RAZALI Dan OTAI-OTAI HARTANAH DAPAT MEMBELI LEBIH DARIPADA 100 BUAH HARTANAH
Restoren ni mmg pilihan sy. Mmg best!
Lauk pauk kampung yang banyak. Rambang mata hendak buat pilihan.
akubiomed recently posted…Air mineral Spritzer kandungan OSA tinggi bukan sekadar penghilang dahaga
Uiiishhh….. memang puas hati kalau datang makan sini…..kalau nasi kerabu aku suka daging bakar , ayam percik ngan solok lada
hazman aka species1980 recently posted…HAZMAN vs FOOD – Roti Pattaya CHAMEK KOPITIAM
kalau yop man datang nnti aku belanja