Kenapa Ephyra Pilihanku

Ephyra Pilihanku

Ephyra… Tiba-tiba nama produk kesihatan ini melonjak naik sejak sebulan kebelakangan ini. Ini gara-gara majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 yang akan berlangsung pada 8 Mac nanti. 3 hari saja lagi.

Aku sebenarnya dah tahu akan kewujudan Ephyra ni. Cuma aku tak ambil pusing je. Ini adalah kerana aku memang tak gemar ambil makanan tambahan ni. Sebab utama aku tak gemar adalah kerana aku tiada disiplin yang kuat untuk teruskan pengambilan supplement. Pernah beberapa kali aku cuba mengambil supplement. Tetapi habis sebotol yang pertama aku dah malas nak teruskan. Itu masalah utama aku.

Nama Ephyra telah mula bermain di mata aku apabila aku hampir setiap hari terpandang papan tanda besar Ephyra di lebuhraya NKVE (selepas tol Jalan Duta menuju ke Shah Alam). Memang aku menggunakan NKVE untuk ke tempat kerja hampir setiap hari. Tapi yang aku tengok hanya hanyalah modelnya saja. Dalam hati berkata: “cun jugak model Ephyra ni…“. Hehehehe.

Kemudian, tup-tup rakan-rakan terdekat aku menggunakan produk ini. Bermula daripada jejaka berperut 6 packs Bro Eriqazz. Kemudian berjangkit pula kepada Project Manager SBB 2014  Bro Kid pula. “Apehal pulak ni”, getus hati kecil aku.

Persepsi aku pada mulanya Ephyra ini produk kesihatan dan kecantikan khas untuk wanita je. Tapi bila abang-abang ketak kita ni telah menggunakan produk ini terus la aku cari info pasal Ephyra.

Blog pertama yang aku terjah sudah semestinya blog rakan seperguruan aku di #TeamWork, Bro Kid. Entrinya yang bertajuk Ephyra Dan Kekacakan Lelaki telah banyak mendedahkan maklumat tentang Ephyra kepada aku. Aku juga beberapa kali singgah di Instagram Ephyra.

Daripada situ pula aku merayap ke Facebook Oceanlife2u dan lebih banyak pencerahan lagi tentang produk yang aku dapat di sini. Info yang aku cari iaitu apa kelebihan Ephyra terjawab di sini. Kelebihan produk ini ialah:

  • 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 MINGGU
  • memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
  • menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
  • mengurangi kedutan dan garis-garis halus
  • mengecilkan pori-pori kulit
  • menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  • mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • mengurangi sakit radang/sendi
  • sesuai untuk ibu hamil (5-6bulan ke atas) & menyusui bayi
  • membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
  • mengurangi kolesterol
  • menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
  • meningkatkan kualiti tidur
  • sesuai untuk lelaki dan wanita

Banyak tu kelebihan produk ini. Tetapi yang paling mencuri tumpuan aku yang umur semakin mencecah 4 siri ini ialah ia dapat meningkat imunisasi badan, mengekalkan tenaga optimum sepanjang hari, dan berupaya mengurangi kolestrol.

Memang aku mengambil berat akan 3 perkara ini. Tika usia begini sistem imunisasi aku rasa makin berkurangan walaupun tak ketara sangat. Jadi sipplement begini memng bagus untuk aku bersiap sedia.

Aku dan mengantuk memang tak dapat dipisahkan. Asal pandu kereta je aku mengantuk. Paling teruk kesannya ialah aku pernah kemalangan akibat daripada aku tertidur di dalam kereta yang aku pandu dengan kelajuan 120km. Dan kemalangan itu berlaku di atas jambatan sewaktu aku memandu ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Akibatnya kereta aku mengalami kerosakan penuh (total loss) dan sendi yang menghubungkan peha dan abdomen hampir tercabut. 6 bulan aku bertongkat dan berehat di rumah.

Sejak itu aku sedikit fobia. Keletihan mungkin menjadi punca utama penyakit mengantuk aku. Jadi jika produk ini dapat memberikan tenaga sepanjang hari ia mungkin akan membantu aku dalam menangani krisis mengantuk aku ni.

Dulu aku aktif bersukan. Badan agak fit. Aku pemain ragbi dan bolasepak yang aktif. Tetapi semenjak kemalangan yang hampir meragut nyawa aku itu aku tidak boleh bersukan secara lasak lagi. Gaya pemakanan pula sukar dikawal. Akibatnya jadilah badan aku macam yang sekarang ini. Namun elemen manis dan macho masih kekal. Hehehehe.

Jadi apabila produk ini dapat membantu mengurangi kolestrol, aku fikir ini sudah bagus. Ia sedikit sebanyak dapat membantu aku mengawal kolestrol. Takut juga aku. Rakan-rakan aku dah ada yang meninggal akibat serangan jantung dan stroke. Mereka ini memang aktif bersukan. Yang seorang tu kena serangan stroke di Gymnasium. Jika serangan tersebut boleh berlaku kepada yang aktif bersukan, macamana pula dengan orang yang tak aktif seperti aku ini? Aku harus mencari ikhtiar pencegahan.

Ephyra Pilihanku

Oh ya… Selain daripada testimoni daripada Bro Kid tadi, sempat juga aku menjenguk blog Kak Yan Mie yang menceritakan kesan Ephyra pada dirinya selepas menggunakan produk ini. Apa yang aku suka baca ialah tentang Energy Booster. Inilah yang aku cari.

Alhamdulillah, semasa pengambilan Ephyra ini, seawal 3 hari saya dah dapat rasa kesan yang positif dari segi Energy booster, badan terasa ringan, cergas sepanjang hari. maklumlah SUPERMAK macam saya ni kalau tak kena cara memang lembik jadinya, buat kerja serba serbi tak pernahnya habis, kerja bersambung-sambung dari siang bawa sampai ke malam, time malam je dapat rehat, penat tau!, siapa kata suri rumah duduk goyang kaki je??, jadi dengan Ephyra ini ianya dapat membantu saya bertenaga dan cergas sepanjang hari. – Blogger Yan Mie

Jadi apabila aku mendapat info tentang peluang aku untuk mencuba produk kesihatan Ephyra ini, aku memang tidak berfikir panjang lagi untuk mencuba nasib. Besar harapan aku untuk mencuba produk ini dan berharap agar masalah aku yang aku rasa semakin kronik itu dapat diatasi dengan produk ini. Memang hampir pasti Ephyra pilihanku.

Kalaulah ia berjaya memang aku akan buat testimoni la tentang produk ini kepada rakan-rakan dan pembaca eXplorasa ini.

Saksikan video duta Ephyra:

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ