Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli (RMTWS) Kuala Lumpur

 

mee tarik sedap KL

Bertandang ke restoran ini mengimbau kenangan saya semasa melawat Guangzhou pada tahun 2012 dulu. Lawatan dianjurkan oleh syarikat Unit Trust tempat saya bernaung. saya yang berjaya mencari pelaburan yang bernilai melebihi Rm1 Juta telah layak ke trip percuma tersebut.

Restoran ini menyajikan menu makanan halal cina. Tuan punya adalah seorang berbangsa Cina yang berasal daripada negara Tanah Besar China. Pekerjanya juga diterbangkan khas daripada negara China. Bercakap Bahasa Melayu pun masih agak kurang fasih.

gambar menu di dinding
Terpampang di dinding

Restoran ini terletak di Jalan Dang Wangi. Bersebelahan Plaza Dang Wangi. Memang boleh nampak kalau anda melalui Jalan Dang Wangi menuju ke persimpangan Bukit Nanas.

gambar restoren mee sedap
Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur

mee tarik cawangan dang wangi

Besar juga restoran ini. Ada 3 ruang. Sangat selesa untuk datang dan bersantai. saya suka makan di bahagian tengah kerana saya boleh nampak secara langsung bagaimana mee tarik dibuat. Di satu sudut kelihatan melalui cermin lut sinar seorang pekerja sedang menguli dan menarik tepung sehingga terhasilnya Mee Tarik.

pembuat mee tarik
pekerja sedang membuat mee tarik

Hiasan dan warna tema restoran ini sederhana dan mendamaikan dengan warna biru dan hijau dan sedikit sentuhan lukisan di dinding.

mee sup sedap KL
Ruangan pertama Restoran Mee Tarik Warisan Asli
kedai makan best KL
Ruangan tengah  Restoran Mee Tarik Warisan Asli Kuala Lumpur
ruangan ketiga restoren mee tarik
Ruangan ketiga Restoran Mee Tarik

 

Menu RMTWA

Jom kita terjah menunya pula.

Sesampainya saya di situ, seusai mengambil posisi tempat duduk dengan mengadap pembuat Mee Tarik secara langsung tu, saya terus memanggil pelayan restoran ini. Soalan saya yang pertama:

“Apa yang best kat sini..?”

Lantas pekerja itu menunjukkan menu ramai orang pilih katanya. Saya, selepas membelek buku senarai menu beberapa ketika terus membuat pesanan dengan mengikut cadangan pekerja tadi.

Fried Lamen with Beef.

Menu yang berasaskan mee tarik, cendawan dan daging lembu yang dihiris halus. Disertakan sekali hirisan lobak merah (carrot) sebagai bahan utamanya. Rasanya ok la bagi saya. saya habiskan sepinggan menu ini. Menu ini telah dihasilkan sejak zaman Dinasti Tang lagi mengikut keterangan di dalam buku menu.

foto dalam buku menu

Fried Lamen with Beef
Fried Lamen with Beef

gambar dekat mee

mee cendawan
cendawan dalam Fried Lamen with Beef
gambar mee daging
daging dalam Fried Lamen with Beef
kisah mee tarik
Sejarah Fried Lamen with Beef

Minuman pula saya pilih Air Oren Sunquick. Rasanya sangat asli dan pekat. Memang terangkat.

air minuman best
Sunquick kaw dan sirap yang best

 

Mee Soup with Braised Beef

Rakan saya yang turut datang bersama memilih untuk merasa Mee Soup with Braised Beef. saya sempat juga merasa menu mee sup ini. Jika ditanya antara kedua menu yang dipesan tadi, saya lebih menyukai mee sup ini. Mungkin saya akan mencuba di lain masa.

gambar mee sup
Soup Mee With Braised Beef

Ada banyak lagi makanan yang berasal daripada Tanah Besar China yang ditawarkan di sini. Makanan diklasifikasikan mengikut kelasnya yang tersendiri. Ada Soup Mee Series, Wet Mee Series, Rice SSeries, Dishes Series, dan Chicken Series. saya memang tak dapat nak mengagak rasanya macamana. Tapi yang saya tau berdasarkan 4 hari lawatan saya ke Goungzhou dulu, makanan daripada negara China ni memang pedas-pedas.

menu mee restoren mee tarik warisan asli
Wet Mee Series
mee sup restoren mee tarik warisan asli
Soup Mee Series
menu nasi restoren mee tarik warisan asli
Rice Series Menu
pembasuh mulut
Dishes Series
menu ayam restoren mee tarik warisan asli
Chicken Dishes Series
minuman di restoren mee tarik warisan asli
Menu minuman

Parkir

Sedikit masalah apabila restoran ini agak sukar untuk pelanggan dapatkan parkir. Tiada parkir khas untuk pelanggan restoran ini.

 

Komen eXplorasa

Kepada sesiapa yang ingin menikmati makanan yang berasal dari tanah besar china yang halal, boleh lah bertandang ke restoran ini untuk mencuba menu-menu di sini. Ianya pasti suatu pengalaman yang baru bagi anda terutama bagi sesiapa yang belum pernah bertandang ke Tanah Besar China.

Bagi penggemar menu masakan cina seperti ini, mereka mungkin akan melabelkan restoran ini sebagai antara restoran yang paling best dan sedap yang terdapat di dalam bandaraya Kuala Lumpur.

gambar orang kacak sedang makan
Bestnya!!!

Rating

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

  1. ternyata citarasa kita berbeza beza….tapi sokeh jer….dah pernah gi kat cawangan shah alam….mee soup beef braised tu gagal menarik hati…soup sedap tapi tak mesra ngan mee tarik….

    yang lain2 belum cuba…tapi lamb tooth pick dia memang 5 star ai bagi……makan nagn nasi…homaiii rasanyaaa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ